GEORGE TOWN – Seorang mekanik dilaporkan maut selepas dihempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)
yang sedang dibaikinya di sebuah bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini malam tadi.
Mangsa, Muaz Mat Isa, 31, ditemui dalam keadaan tersepit di bawah MPV jenis Proton Exora kira-kira pukul 11.45 malam.
Difahamkan, mangsa ketika itu berada seorang diri dan kejadian disedari seorang rakannya yang datang mencarinya di bengkel berkenaan.
Menurutnya, sebaik tiba bomba mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang di bawah MPV tersebut.
Beliau memberitahu lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.05 pagi tadi.
Mayat mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Balik Pulau dekat sini untuk dibedah siasat.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
Sumber kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah: