Semasa

Khabar Duka, Azizul Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Tiga Kenderaan, Dirempuh Depan Belakang

KOTA TINGGI – Seorang lelaki Orang Asli maut dan seorang kanak-kanak parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52, Jalan Sungai Rengit, dekat sini pada Ahad.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian pada jam 11 pagi tersebut mengakibatkan lelaki Orang Asli, Mohd Azizul A Rahim yang memandu kereta Proton Wira maut di tempat kejadian.

   

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian itu melibatkan kereta jenis Proton Wira dipandu pemuda berkenaan dengan sebuah kereta BMW dipandu lelaki dari negara jiran, 48, dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dipandu lelaki tempatan, 36.

             

Menurutnya, pemandu BMW, 48, cedera pada kepala manakala tiga penumpang yang juga merupakan warganegara jiran berusia sembilan, 14, dan 15 tahun cedera ringan.

“Pemandu Proton X70 tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Abdullah Mohamad berkata, seramai 15 anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dikejarkan ke tempat kejadian.

Abdullah berkata, mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Keseluruhan mangsa melibatkan 12 orang daripada tiga keluarga. Semasa kemalangan keadaan cuaca hujan lebat. Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu Proton Wira tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. Operasi tamat pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber SH