Semasa

“Tak boleh rakam, KJ dah Letak Jawatan” Namun Respon KJ Terhadap Video yg TuIar ini Sgt Mengejutkan

KJ Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Antara yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Namun, antara pengumuman yang ditunggu-tunggu adalah Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin bertukar portfolio dengan Datuk Seri Adham Baba yang dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara muka baharu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berikut senarai kabinet baru:

Menteri Kanan (Perdagangan, Antarabangsa dan Industri): Azmin Ali (Bersatu).
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan (Pertahanan): Hishammuddin Hussein (Umno).
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu).

Menteri Kanan (Kerja Raya): Fadillah Yusof (GPS).
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kanan (Pendidikan): Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu).
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Menteri Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu).

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno).
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba.
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS).

“Tak boleh rakam, KJ dah Letak Jawatan”

Kira-kira satu jam selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet baru, Khairy Jamaluddin yang mengambil alih portfolio Menteri Kesihatan memberikan respons terhadap sebuah video petugas kesihatan yang telah tular.

Ia berkaitan dengan salah seorang petugas kesihatan yang tidak membenarkan penerima vaksin merakamkan proses vaksinasi.

Video yang bertarikh 25 Ogos itu menunjukkan seorang penerima vaksin diberi amaran untuk tidak merakam proses vaksinasi.

Ia dilakukan atas alasan Khairy telah meletak jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi negara.

“Tak boleh rakam. KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam,” menurut petugas kesihatan tersebut sambil menutup kamera lelaki tersebut.

Bagaimanapun, menurut lelaki tersebut jururawat yang memvaksikannya membenarkannya untuk merakam video tetapi ia dihalang oleh seorang petugas lain yang hadir di situ.

“Punya la happening nurse tu layan siap bagi record . Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan . biadap.

Nasib record memang saja nak bagi family je.”

Dalam ciapan pertamanya selepas pengumuman Kabinet baru, Khairy hanya membalas ciapan tersebut dengan satu perkataan: “Assalamualaikum”.

Pada 23 Julai, Khairy yang sebelum ini merupakan menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) berkata orang awam dibenarkan merakam  proses vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV).

Dia turut mengarahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diamalkan dengan menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa, untuk tidak berlaku apa-apa keraguan lagi saya telah mengarahkan supaya pemantauan seperti biasa.

Kita pastikan SOP yang sedia ada iaitu tunjuk kepada penerima vaksin picagari syringe yang sudah pun diisi dengan kuantiti yang sempurna sebelum suntikan itu berlaku.

“Dan yang kedua kebenaran daripada saya, dan saya juga telah minta kebenaran daripada Menteri Kesihatan sendiri kalau sekiranya ada arahan untuk tidak diberikan kemudahan ini (rakam video).

“Sekarang ini penerima vaksin bolehlah (rakam) video suntikan vaksin mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pengumuman itu hadir selepas pada bulan lalu terdapat aduan dua individu yang mendakwa mereka menerima suntikan kosong.

Individu lain pula mendakwa mereka tidak dibenarkan merakam video atau merakam gambar.

Sejak Mei, beberapa pusat pemberian vaksin melarang penerima daripada merakam gambar vaksinasi mereka.

Tidak ada peraturan rasmi yang diketahui mengenai perkara tersebut.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berharap supaya perkara tersebut dianggap selesai.

Ini kerana menurutnya tugasan barisan hadapan sedikit terganggu sejak beberapa hari lalu berikutan isu tersebut.

“Saya ambil setiap aduan dari orang ramai secara serius dan saya tidak mahu ambil ringan kerana jika berlakunya sedikit kesilapan, ia dianggap banyak (kesilapan).

“Sudah tentulah kecuaian manusia berlaku di mana-mana jua,” katanya.

Dia turut mengarahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diamalkan dengan menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.

Pengumuman itu hadir selepas pada bulan lalu terdapat aduan dua individu yang mendakwa mereka menerima suntikan kosong.

Individu lain pula mendakwa mereka tidak dibenarkan merakam video atau merakam gambar.

Barisan Kabinet baru akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin ini (30 Ogos) di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Walaubagaimana pun, pengumuman senarai kabinet ini mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Mkini