Semasa

Kucing Jadi Penyelamat, Halang Seorang Bayi Dari Terjatuh Ke Tangga Curam

Tidak dinafikan, kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling disukai oleh manusia kerana sifatnya yang comel dan manja serta senang dibela. Boleh dikatakan bagi setiap rumah yang memiliki haiwan peliharaan, kemungkinan besar haiwan peliharaan mereka itu adalah termasuk kucing.sajagempak.com - Kucing Jadi Penyelamat, Halang Seorang Bayi Dari Terjatuh Ke Tangga Curam

Baru-baru ini tular satu perkongsian video mengenai seekor kucing dan seorang bayi. Rara-rata warganet yang menonton video tersebut berdebar-debar kerana menyaksikan bayi tersebut nyaris ditimpa sesuatu yang tidak diingini.

Dalam video itu, bayi berkenaan kelihatan merangkak menuju kearah tangga yang curam, tetapi mujurlah pada ketika itu si kucing segera bertindak menjadi penyelamat.sajagempak.com - Kucing Jadi Penyelamat, Halang Seorang Bayi Dari Terjatuh Ke Tangga Curam

Si kucing yang perasan kelakuan bayi berkenaan bergegas menuju kearahnya dan seolah faham akan bahaya dan cuba untuk menahan dan menolak bayi tersebut dengan sedaya-upaya agar jauh dari anak tangga.

sajagempak.com - Kucing Jadi Penyelamat, Halang Seorang Bayi Dari Terjatuh Ke Tangga Curam
Tak boleh bayangkan kalau bayi itu merangkak ke bawah tangga

Tindakan kucing itu dianggap berjaya kerana bayi kerkenaan pun berundur semula dan terselamat daripada risiko bahaya.sajagempak.com - Kucing Jadi Penyelamat, Halang Seorang Bayi Dari Terjatuh Ke Tangga CuramPerbuatan kucing dan bayi tersebut dirakam dalam sebuah rakaman CCTV yang kemudiannya dimuatnaik ke media sosial.

VIDEO:

Rata-rata netizen memuji kucing tersebut dan menganggapnya sebagai hero penyelamat.