Semasa

Lagi mangsa banjir m4ut, pemandu lori hanyut banjir ditemui Iem4s

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui lemas selepas cuba menyelamatkan diri daripada lori dipandunya yang dinaiki air di Bandar Sri Coalfield di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat

mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 45 tahun itu pada pukul 4.50 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan Bestari Jaya kemudian bergegas ke lokasi kejadian di laluan sebuah persimpangan di kawasan itu.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

DENGKIL: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di premis perniagaan Taman Deluxe di sini, hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Shafizol Mohd Nor, berkata lelaki berumur 30-an itu terkena renjatan elektrik ketika melalui kawasan premis perniagaan berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika bomba sedang melakukan kerja menyelamat penduduk di Taman Mas dan Taman Aman, di sini, untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, ketika anggota tiba mangsa kelihatan terbaring dan kerja menyelamat dilakukan menggunakan tali untuk menarik mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Berikutan kejadian itu, bomba mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mematikan bekalan elektrik di kawasan itu bagi mengelak kemalangan berlaku,” katanya.

Sejak 3 pagi tadi, Taman Mas dan Taman Aman dinaiki air hampir dua meter menyebabkan penduduk berpindah dengan bantuan bomba, APM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Shafizol berkata, sesetengah penduduk tidak memberi kerjasama untuk berpindah dan melakukannya di saat akhir walaupun diarahkan sejak semalam.

Katanya, penduduk beranggapan mereka sudah tinggal lebih 12 tahun di kawasan itu dan tidak menjangka akan berlaku banjir besar.

“Penduduk perlu mematuhi arahan pihak berkuasa kerana ketika ini musim hujan berpanjangan dan air sungai juga meningkat termasuk pelepasan air empangan.

“Bomba juga berhadapan masalah melakukan kerja menyelamat kerana banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan raya sehingga menyukarkan untuk menurunkan bot ketika menyelamat,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Kosmo,BH,Media sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah