Semasa

Tak Sanggup Menanggung Derita Lahirkan 8 Anak Dlm Masa 3 Thn Slps Khwin Dgn Org Afrika

Dengan perkembangan dunia, semakin banyak perkahwinan trans-nasional berada di sekeliling kita.

Sekarang bukan sahaja gabungan orang Cina dan Eropah dan Amerika, tetapi juga banyak gadis Cina memilih untuk berkahwin dengan orang Afrika.

Kemudian, Kisah di bawah adalah mengenai kehidupan seorang gadis Cina.

Selepas dia berkahwin dengan orang Afrika. Ia boleh dikatakan buat gadis itu sangat menyesal.

Gadis tersebut bernama Ah Fong, dan merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti, wartawan dapati gadis itu mempunyai perkahwinan yang tidak baik sebelum ini.

Dan dia telah berpisah dengan suaminya selepas tiga tahun bernikah dengan suaminya.

Empat tahun yang lalu, Ah Fong bertemu seorang lelaki afrika yang sangat menyukainya.

Walaupun dia gelap, dia berasa sangat gembira dengannya. Ah Fong berfikir bahawa yang paling penting syarat untuk seorang teman lelaki ialah orang yang dapat buat dia gembira dan bukan menangis.

Ini adalah sangat penting dalam kehidupan tidak kira teman lelakinya kaya atau pun miskin.

Setiap kali mengalami kesukaran dalam hidup, mereka dapat fikir cara bersama-sama dan menempuhi segala kesukaran.

Oleh itu, Ah Fong membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang berkulit hitam itu.

Selepas perkahwinan, gadis ikut suaminya pergi ke Afrika. Tidak sangka ini barulah bermula kehidupannya yang menyakltkan.

“Saya harus pergi jumpa ibu bapanya lepas saya berkahwin, jadi saya pergi ke Afrika.”

Ah Fong berkata, “Tak sangka kali ini pergi ke Afrika susah untuk kembali lagi.”

Oleh sebab dia pergi ke Afrika, Ah Fong harus buang pekerjaannya, apa yang lebih mengejutkan adalah dia dan suaminya melahirkan lapan orang anak dalam hanya tiga tahun.

Tidak tahu mengapa, setiap kali Ah Fong hamil adalah kembar!

Apabila Ah Fong hamil lagi, dia akhirnya kembali ke China untuk melawat ibunya. Sekali, dia pergi ke hospital untuk ujian kehamilan.

Doktor melihat bahawa perutnya penuh dengan kesan kehamilan dan rasa terkejut.

Ketika bertanya kepada gadis itu, baru menyedari bahawa ia sudah menjadi seorang ibu kepada lapan orang anak.

Doktor terkejut bertanya mengapa dia lahir banyak anak. Kemudian jawapan gadis itu membuat semua orang terkejut! Ternyata suaminya sangat miskin di kawasan setempat.

Di sana, kalau keluarga ada banyak anak, kerajaan akan memberi bantuan dari segi kewangan.

Semakin banyak kanak-kanak, semakin besar sokongan dari kerajaan tempatan.

Setiap kali seorang anak dilahirkan, dia dan suaminya akan mendapat duit yang agak banyak dari kerajaan tempatan. Berdepan dengan wartawan, dia berkata,

“Saya tahu bahawa keluarganya adalah miskin, tetapi saya pada mulanya ingin bergantung pada usaha kami berdua untuk bekerja cari duit, saya tidak sangka dia akan menggunakan cara ini.”

Ah Fonv berkata dia sangat menyesal kahwin dengan suaminya.

Akhirnya, Ah Fong ingin berkata kepada gadis-gadis yang masih belum menikah: Sangat penting untuk memilih orang yang betul.

Gadis ini Terpaut Dengan Ketampanan Lelaki Berkulit Hitam

BERKENALAN selama empat bulan selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, sebelum keduanya sepakat meneruskan ikatan ke jenjang pelamin.

Itulah uniknya kisah cinta pandang pertama, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan pasangannya Adama Mohamed Camara, 26, jejaka dari Guinea, Afrika Barat yang selamat dijabkabulkan pada Jumaat lalu.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila berkata, dia didekati suaminya semasa sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur pada Disember lalu.

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

Fila selamat dinikahkan dengan Adama pada Jumaat lalu. Foto ihsan Nur Afilah

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila.

Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya kepada mStar pada Ahad.

Menurut anak kelahiran Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah ini, hatinya terbuka untuk menerima Adama kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang saya nak.

“Dia tak merokok, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga,” katanya.

Malahan kata Fila, hatinya tersentuh melihat kesungguhan suaminya apabila mengajak dia pergi menunaikan umrah selepas dua bulan perkenalan mereka.

Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan dan rakan Adama. Foto Aus Affan

“Lepas sebulan dua kenal dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin.

“Saya call beritahu mak tapi sebelum tu saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami.

Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, biar pun perkenalan singkat, urusan mendirikan rumah tangga mereka berjalan lancar dan mendapat restu keluarga.

“Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.

“Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin cara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia,” katanya.

Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama.

Ditanya mengenai komen negatif netizen mengenai perkahwinannya dengan jejaka asing, Fila enggan ambil pusing perkara itu sebaliknya menganggap dirinya bertuah kerana menjadi isteri Adama.

Pengantin mengabadikan gambar bersama rakan-rakan mereka. – Foto Aus Affan

“Saya tak kisah apa orang cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama.

“Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan belajar lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah.

“Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka.

Apa-apa pun doakan saya dan Adama,” katanya yang merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat bersama suaminya itu.

Dalam pada itu, Adama berkata dia tertarik dengan keperibadian dan kecantikan Fila.

“Perkara paling saya suka tentang Fila adalah kebijaksanaannya, cara dia berfikir dan dia juga baik hati.

“Kecantikannya juga tiada tandingan. Hakikatnya saya suka segalanya tentang dia.

Saya melancong ke bermacam-macam tempat tetapi saya tidak pernah melihat wanita cantik sepertinya,”

Katanya yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!