Semasa

Lantang bercakap pasal undang2 dalam ‘live’, sekali Pakar Undang2 ini bersuara boleh buat Kak Long terkedu

SHAH ALAM – Mana-mana individu yang mengaibkan pihak lain sehingga menimbulkan fitn4h tidak kira sama ada dalam bentuk lisan atau mana-mana terbitan secara kekal boleh berdepan tindakan undang-undang sivil (saman fitn4h) sekiranya perbuatan tersebut dikenal pasti menjatuhkan reputasi pihak yang diaibkan.

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, tort fitn4h prinsip-prinsip dalam undang-undang fitn4h boleh dilihat dalam Comman Law, namun di Malaysia terdapat juga Akta Fitn4h 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitn4h di bawah undang-undang sivil.

Manakala, fitn4h dalam undang-undang jenayah pula merujuk kepada Kanun Keseksaan, Seksyen 499 hingga Seksyen 502.

Bagaimanapun jelas beliau, penting untuk mengenal pasti kategori fitn4h yang dinyatakan kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza.

“Fitn4h ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan juga slander. Libel adalah fitn4h-fitn4h yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya.

“Manakala slander pula merujuk kepada fitn4h yang disampaikan dalam bentuk kata-kata lisan atau gerak gaya.

“Satu tuntutan bagi fitn4h yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut dapat menunjukkan kerugian khas (kecuali dalam kes-kes tertentu).

“Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitn4h secara libel,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sebarang tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap seorang wanita yang bertindak membuat kekecohan termasuk meninggikan suara kepada pekerja di sebuah kedai rangkaian 24 jam kerana bertindak mempertahankan anaknya yang dituduh mencuri.

Wanita itu juga telah bertindak membuat siaran langsung melalui media sosial miliknya sekaligus menimbulkan pertikaian netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mengaibkan nama baik syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairil Azmin berkata, kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitn4h.

“Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat atau telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang.

“Oleh itu, setelah dikenal pasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitn4h, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitn4h di mata masyarakat?,” katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan sama ada sesuatu tuntutan fitn4h boleh dibuat atau tidak.

“Tiga persoalan itu adalah, adakah terdapatnya kenyataan fitn4h? adakah kenyataan itu merujuk kepada orang yang menuntut (Claimant)? dan adakah kenyataan itu telah diterbitkan atau sampai kepengetahuan pihak ketiga?,” katanya.

Gadis 7E Beritahu Apa Yang Jadi

Sejak dua menjak ini, tular di media sosial akan i.su membabitkan seorang wanita bergelar kak long apabila dia membuat onar di kedai bersama anak lelakinya.

Keja.dian itu menerima tentangan dan keca.man hebat daripada kalangan netizen sehingga akhirnya wanita itu mengalah dan akui kes.ilapannya kerana keterlaluan dalam ti.ndakan.

Berikutan k.es itu, siapa sangka akhirnya akak 7E masuk line apabila dia memuat naik sebuah video bersama staf yang lain di Tiktok pula.

Dalam sorotan yang dikongsikan oleh pemilik akaun, kelihatan dua orang staf perempuan dan seorang staf lelaki yang mana masing-masing menutup mulut mereka sewaktu video dirakam.

Turut disertakan dalam entri tersebut memaklumkan bahawa mereka masih beroperasi seperti biasa walaupun kedai dis.erang kak long, malah pelanggan juga masih ramai.

Perkongsian itu sekaligus menghuraikan segala tanda tanya netizen akan pemilik suara di dalam video sebelum ini , bilamana staf yang mengawal situasi tenang sahaja walau beberapa kali dibidas.

Bukan itu sahaja, rata-ratanya juga tidak putus memuji kecantikan mereka.

Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Viral video seorang wanita memarahi pekerja 7 Eleven kerana menuduh anaknya mencuri.

Timbul satu persoalan, kalau seorang kanak-kanak membuat jenayah, bolehkah kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah?

Kecoh isu Kak Long 7eleven, peguam ini jelas kesalahan undang-undang

Kita tolak tepi cerita 7 Eleven tu. Tulisan ini dah takda kaitan dengan mereka.

Sekiranya kanak-kanak disyaki membuat jenayah, ini yang akan berlaku:

1- Jika kanak-kanak itu umur 9 tahun dan ke bawah:

Tidak ada tindakan yang akan diambil oleh pihak Polis mahupun Mahkamah walau sebesar mana pun kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan terlepas dari sebarang tuduhan jenayah.

(Rujuk Seksyen 82 Kanun Keseksaan)

Sekiranya orang dewasa gunakan kanak-kanak itu untok buat jenayah, maka yang akan didakwa dan dihukum adalah orang dewasa itu.

2- Jika kanak-kanak itu berumur antara 10 hingga 12 tahun:

Jika dibuktikan bahawa kanak-kanak itu TIDAK faham tentang keadaan dan kesan jenayah yang dilakukannya, maka dia tidak akan dibicarakan atau dikenakan apa-apa hukuman.

Jika dibuktikan bahawa kanak-kanak itu faham tentang keadaan dan kesan jenayah yang dilakukannya, maka dia akan dibicarakan serta dihukum selaras dengan Akta Kanak-Kanak.

(Rujuk Seksyen 83 Kanun Keseksaan)

3- Jika kanak-kanak itu berumur antara 13 hingga 17 tahun:

Setiap perbuatan yang dilakukan akan dibicarakan serta boleh dihukum selaras dengan Akta Kanak-Kanak.

Kalau tadi kita bincang tentang undang-undang jenayah. Persoalan seterusnya pula berkenaan undang-undang sivil yang membawa kita ke persoalan:

4- Bolehkah kita saman kanak-kanak?

Ya boleh.

Semua kanak-kanak bawah 18 tahun boleh disaman. Mereka wajib diwakili oleh ibubapa atau Peguam, dan segala penyerahan penfailan kes perlu diserahkan kepada antara dua orang tersebut.

Saman-menyaman ini dibuat bagi mendapatkan ganti rugi atas kerugian yang terhasil daripada tindakan kanak-kanak tersebut, atau pelanggaran kontrak (Rujuk Aturan 76 Kaedah 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

Kesimpulannya, kanak-kanak tidak akan sewenang-wenangnya terlepas dari sebarang tuduhan, hukuman, atau tindakan Mahkamah sekiranya melanggar undang-undang.