Sejak petang tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki yang bertindak kasar dengan merampas beg seorang pemandu wanita.
Bagnya mengandungi kad pengenalan, tujuannya kerana bimbang wanita itu melarikan diri.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Marah sangat kereta dilanggar
Walaupun kereta lelaki itu yang menjadi mangsa pelanggaran, namun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang begitu kasar.
Ini kerana dia sama sekali tidak mempunyai hak untuk memegang kad pengenalan orang lain.
Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @zairulnaimft apabila memberi nasihat supaya tidak melakukan tindakan kurang cerdik jika berlaku kemalangan kepada pemandu jalan raya.
Rampas IC org lain pic.twitter.com/qU6avkyPAB
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) November 27, 2021
Walaupun tiada sebarang penjelasan mengenai kejadian yang berlaku, namun menerusi ruangan komen pengguna TikTok tersebut, ramai yang merasakan tindakan lelaki itu tidak wajar.
Ini kerana meminta kad pengenalan orang lain sesuka hati adalah satu kesalahan.
Lebih memburukan keadaan apabila dia mengambil beg pemandu wanita itu secara paksa dan membawa masuk ke dalam keretanya.
Ia bagi alasan supaya pemandu tersebut tidak lari daripada bertanggungjawab diatas pelanggaran tersebut.
Sumber: TikTok @zairulnaimft