Semasa

“Maaf, malam ini kami bkar mercun…” -Individu Minta Izin Bkar Mercun Sempena Upacara Keagamaan Raih Perhatian Netizen

Kuala Lumpur: Permohonan seorang ahli laman Facebook (FB) Bukit Sentosa/Beruntung Resident (BSBR) kepada penduduk sekitar kawasan itu menjadi tular di media sosial.

Ia selepas pemilik akaun Julia Goh Phaik Bee memohon kebenaran untuk memb4kar mercvn sempena upacara keagamaan kaum Cina, malam ini.

Katanya, dia meminta maaf sekiranya tindakan itu menyebabkan penduduk sekitar terganggu.

“Mohon admin (pengendali) approve (benarkan). Kepada semua warga Bukit Sentosa, Bukit Beruntung (BSBR), saya ingin memberitahu bahawa malam ini, kita kaum Cina akan sembahyang dan membak4r mercvn pada tengah malam untuk menjemput tuhan kita.

“Saya meminta maaf kalau terganggu malam ini. Harap segala salah silap dimaafkan. Terima kasih semua,” tulisnya di dalam status FB.

Hantaran itu mendapat komen positif daripada ahli kumpulan laman sosial itu yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Rata-rata mereka tiada halangan dan bersetuju dengan syarat ia mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Seorang netizen, Nur Hidayah Azizan berkata, dia tidak kisah orang Cina atau India membak4r mercvn, sebaliknya remaja Melayu yang bermain mercun lebih dari sebulan.

Seorang lagi pemilik akaun Shahril Cucuatok berkata, dia ingin menyertai acara b4kar mercvn itu dan berharap keluarga Julia turut bersama ketika Aidilfitri nanti.

“Kita sama-sama happy lorr (gembira lah),” katanya.

Pemerhatian wartawan mendapati ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata positif mengenai perkara itu dengan ada yang memuji cara netizen memberikan maklum balas.

Dimuat naik sejak lima jam lalu, hantaran itu mendapat 1,600 tanda suka, 374 komen dan 17 perkongsian setakat ini.