Semasa

Saya Geram Macam Mana Rakaman tu Boleh Ada pd Suami dan skg Suami Nak Ceraikan sy Slps PKP nnt

Salam warga krt. Saya sudah berkahwin selama 10 tahun dan disahkan hamil anak pertama Alhamdulillah penantian selama 10 tahun.

Khilaf saya sebab pernah terlanjur sebanyak 7 kali sahaja dengan rakan dipejabat yang juga merupakan suami orang.

Kami melakukan itu hanya untuk sekadar bersuka2 sahaja memandangkan masing2 sayang dengan pasangan masing..

3 tahun saya simpan aib saya, saya dah berubah, solat taubat. Tapi akhirnya aib saya diketahui oleh suami.

Yang buat saya terkilan macam mana rakaman itu boleh ada pada suami dan  sekarang suami nak ceraikan saya lepas pkp nanti.

Saya suruh fikir masak2 sebab saya skrg mengandungkan anak nya. Dan boleh2 nya dikatanya anak dalam kandungan ni bukan anak dia. Saya dah bertaubat min.

Dan saya yakin ini anak kandung suami kerana kejadian ini berlaku 3 tahun lepas.

Dan saya sekarang mengandung baru 4 bulan sahaja dan saya pun sudah berhenti kerja 2 tahun yang lalu.

Saya hanya duduk rumah menjaga suami saya sahaja.

Sejak kejadian itu, suami cakap akan ceraikan saya talak 3 bila dah melahirkan nanti. Dan akan test DNA anak dalam kanduang saya.

Sekiranya anak ini adalah anak suami, suami akan tuntut anak ini. Tapi saya tak setuju suami lakukan test DNA kerana saya yakin ini anak suami.

Tapi sampai sekarang suami tidak habis habiskan menuduh dan membenci saya. Ya Allah.

Selama ni suami sangat baik.  Nafkah zahir batin semua cukup. Apa saya nak semua dapat. Tapi kenapa ujian ini datang disaat2 kami bahagia nak menyambut cahaya mata.

Ujian apakah ini? Saya sudah bertaubat. Tapi kenapa diperlakukan seperti ini? Sekarang suami tidur bilik lain.

Katanya dia jijik memandang saya. Suami tak pandang muka saya langsung.

Dia seperti ingin mengusir saya dalam keadaan hamil begini. Semua penjelasan saya sudah tidak berguna.

Kejamnya kau wahai suami.

Izati: 7 kali ja ? rakaman boleh sampai ke suami ? ni mesti kes “lepas rakam abang delete” .

Harap²lah dia tak upload dalam web mana² Allahu , nauzubillahminzalik .

Untuk nak bersama kembali susah la kot takut di kemudian hari suami menungkit pulak kisah silam sis .

Mintak ampun banyak² dekat Allah . ni salah satu balasan Allah dekat dunia . semoga dipermudahkan urusan .

Actually , suami sis tak kejam , tapi sis yang kejam. betullah orang cakap , kalau bukan laki yang buat masalah mesti perempuan and vice versa .

Ambik iktibar atas apa yang terjadi jangan lakukan kali ke 8 atas dasar suka² ye sis .

Mintak maaf kalau ada perkataan yang menyakitkan hati sis

Aniefa: Semoga trus tabah..hadapi dgn sabar..apa yg brlaku jdikn pengajaran..mmg sukar utk truskn kehidupan..

Tp kena la redha..seorang suami sukar utk melupakn apa yg awak dh buat kt dia..wlupn suami awak terima awak smula..

Tak semudah apa.yg awak pikirkn..suami akn sentiasa jijik dn akn sentiasa mengungkit smpi rasa ht dn perasaan awak merana.derita.

Jadi awak nk terus2an ke myiksa diri sendiri..sdgkn kesilapan ni awak sendiri yg cipta..jd lapangkn dada..lapangkn pikiran..

Apa2 keputusan suami awak.kena bersedia.smoga apa yg brlaku ni jdikn pengajaran utk masa akan dtg..jgn ulangi kesilapan yg sama.

Miera: Nasib la labu, sebab awak perempuan….. Kalau awak lelaki curang berapi Kali pun perempuan still boleh maafkan….

Kesian awak dah bertaubat, Dan sungguh2 berubah sampai berhenti kerja…. Allah tengah dtg ujian… Sementara pkp Masih sambung…

Dan sambung lagi! solat banyak2 Mohon keajaipan berlaku …… Moga Allah members hidayah pada Kita semua….

Lina: Terima lar padahnyerr.. 7 kali jer yerkkk…7 kali engko berzina tahu tak cik kak oiii.. Dosa yg paling Allah murka.. Memang dh buat solat taubat..

Yang itu awak mintak keampunan dari Allah.. Bagaimana dengan suami awak.. Awak tak minta maafkan…

Dosa dengan Allah sudah pasti Allah ampun.. Tetapi dosa awak dengan suami???…

Pergi lar haji 7 kali pun.. Selagi tak mintak maaf.. Selagi itu sia2.. Wallahualam.. Begitu jugak kalau suami berzina dgn pompuan lain..

Semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah SWT..

Nias: Bagaikan pinggan yang jatuh retak seribu.. Macamana cuba cantumnya kembali, tetap ada celanya..

Dosa kepada Allah s.w.t dengan taubat, dosa kepada suami bukanlah aib yang terbuka, tetapi dosa yg disembunyikan..

Adab sesama makhluk kena menyatakan dosa, dan meminta maaf.. Ini bukanlah dosa sebelum puan berkahwin yg kononnya kisah silam jangan ditanya..

Anggaplah ini sebagai duri2 yg menghapus dosa..

Dhila: Benda yg paling sush kembali asal ialah kepercayaan.. once u break it, it never be the same..

Forgive but not forget.. even 1dekad.. di harap anak yg bakal lahir itu tidak terkena tempias p’golakan parentnya.. anak xberdosa dan bersalah..

Inilah dugaan Allah s.w.t bg, sesuai dgn kemampuan hambaNya.. Allah s.w.t maha adil..

Miza: Kenapa perlu rakam ea?

Terima je puan.. itu hrga yg puan kena byr n terima. untung dah bg hukuman semasa kt dunia. masa untuk puan muhasabah.

Taubat tu Alhmdulillah, puan teruskan n dah insaf. cuma kepercayaan suami mmg dah musnah. anggap tiada jodoh.

Anak nnt bincang dgn suami supaya sama2 jaga gilir. supaya anak blh rasa kasih syg keduanya..

Jgn libatkan masa dpn n perasaan anak dlm bab ni.

Semoga dipermudahkn urusan

Maya: 7kali SAHAJA…Sekadar suka2???what the???sblm buat knp xpk..dpt suami yg baik bertanggungjwb xhargai..

Sbb dy suami yg baik lah dy buat keputusan mcm tu..mungkin dy terlalu2 kecewa..mungkin dy terlalu percayakn awak tp awak buat dy mcm tu..

Doa lah pada tuhan agar d lembutkn hati suami jika betul2 awak dh bertaubat n xkan laku kn lg..

Kalau x,anggap je lah ini blsan atas dosa besar yg awak buat..terima dgn redho..dy terlalu kecewa awak..terlalu sedih..letakkn dri awak pd dy..