Semasa

“Makin Tua Makin Menjadi-Jadi..” -Pakai ‘Ripped Jeans’ Nampak Lutut, Netizen Sindir Nora Danish

Pelakon Nora Danish sering menjadi tumpuan wargamaya di platform media sosial. Dari segi cara hidup, penampilan diri kerap dijadikan topik utama.

Terbaru foto Nora memakai seluar ‘ripped jeans’ membuatkan dirinya menjadi mangsa kecaman sekali lagi.

Memilih untuk mengenakan kemeja bersama ‘ripped jeans’ sehingga terdedah bahagian lutut, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif mengundang netizen untuk menegur di Instagram (IG) miliknya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tidak elok untuk pelakon filem Polis Evo berpakaian seperti itu memandangkan dia memegang status isteri dan ibu. Malah, umurnya juga bakal menginjak 40 tahun pada 7 Mac ini.

Ada juga perasan aktres popular dengan watak utama Puteri ini kerap memuat naik ‘content’ yang keterlaluan sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, ada juga segelintir pengikut yang menyindir dengan mengaitkan momen Nora berjaya khatam Al-Quran memandangkan bulan Ramadan akan tiba dalam sebulan lagi.

Sumber: Instagram @noradanish