Assalamualaikum warga KRT dan admin. Tolong siarkan cerita saya, dan tolong hide nama fb saya.
Hmm, saya berusia 22 tahun, baru lepas bersalin dah 14hari. Suami 26 tahun.
Saya berpantang dirumah bapak sedara saya disebabkan pkp, saya takboleh nakbalik berpantang dirumah keluarga saya di daerah lain.
Mula2 saya nak pantang dirumah sendiri keluarga saya tak bagi sebab saya hanya tinggal berdua dengan suami, orang tua tua cakap takot jadi bukan bukan.
Sejak saya bersalin, saya perasan suami saya berubah.
Ketara dan sangat ketara, dia tak kesah tentang saya, tak peduli tentang saya, dia cuma pedulikan anak dia.
Tapi saya ok, mungkin ada sebab sebab kenapa dia taknak dekat dengan saya. Dia datang tengok anak, terus hilang lepastu.
Taktanya kabar, wasap saya pun tak call tak. Tapi saya tengok dia kerap online, bila saya wasap cakap rindu, dia just bluetick.
Sakit sangat saya rasa, tapi dalam keadaan berpantang saya cuba tak layan perasaan. Saya cuba kuat.
Maybe dia busy.. Tapi hati saya rasa macam ada benda tak kena, rasa mcm nak menangis. Saya cuba bertahan, sebab yala taknak menangis tanpa punca.
Esok dia datang macam biasa nak tengok anak, saya ambik senyap2 beg dia yg selalu dia bawak, ambik phone dia check.
Allah, hanya tuhan tau betapa hancurnya hati saya.
Sakitnya jiwa raga saya, mental saya dah mula terganggu. Tanpa saya pedulikan diri saya dalamkeadaan pantang, saya mengamok macam orang gile.
Saya jumpa wasap dia dgn perempuan lain, perempuan satu kilang dengan dia.
Dah terlanjur pun, katanya dia takdapat nak tahan diri dia sebab saya dalam pantang.
Dia perlu seseorang. Allah. teruknya jijiknya saya rasa. Perempuan tu dia mula berkawan masa saya masuk ward, konon nak luang masa bosan tanpa saya.
Bayangkan saya tgh bertArung nyawa melahirkan zuriat dia, dia tgh sedap dengan perempuan lain.
Banyak betul wasap taksenonoh, gambaq taksenonoh depa.. Sdgkan kami baru ja belom setahun kawin. Lepas sy mengamok, dia dah takot.
Dia mintak maaf mintak ampun. Tapi saya keringkan hati.
Saya terima dia seadanya sebelum ni, miskin, apa pun takdak, kerja dia pun saya yg ulang alik bawak dia cari kerja, dah senang buat benda jijik mcmni.
Rumah kereta moto semua saya punya, bermaksiyat dalam kereta saya pulak.
Terus saya halau dia dari rumah saya, saya ambik balik kunci keta moto saya, barang2 saya, saya haramkan dia sentuh apa pun dari duit saya.
Saya terus hilang rasa nak kesian ka apa semua saya dah tak peduli lagi.
Nak pegi keja jalan kaki ka apaka semua saya dah tak kesah. Saya baling phone dia, yang saya belikan utk dia.
Biar dia takdak apa pun.. Kejam ka saya buat mcmtu? Atau perbuatan dia lagi kejam utk saya?
Saya nak bercerai, saya dah taknak fikir anak saya takdak bapak ka apaka, saya boleh jadi mak dan bapak utk dia.
Betol tak pilihan saya utk bercerai? Atau bagi peluang, tapi saya dah memang takrasa pun peluang utk dia.
Sebab saya boleh terima kalau dia takdak apa satu pun, saya tak kesah dia takdak duit nakmakan pun kena pinjam2 tapi bukan dok curang tidoq dgn perempuan lain.
Rani: Suami dah sampai berzina. Jadi sebelum awak kena penyakit kelamin lepas dah habis berpantang.
Lebih baik awak sedekahkan je suami pada perempuan tu. Awak pulak angkat kaki cari kebahagiaan sendiri.
Nurul: Dikk, akk suka semangat dan tindakan awak. Awk sngat2 kuat.
Semoga sentiasa kuatkan diri dan tabah dlm mengharungi hari2 yg mendatang. Inshallah adik boleh. Love 1 kali.
Wan: Mungkin kerana ni ramai wanita taknak kahwin dgn laki yg kurang berada. Bkn tak sanggup hidup susah dgnnya, tp takut tak dihargai lps suami dah senang terus lupa jasa Isteri dulu.
Takpa puan insyaallah akan dpt ganjaran Di akhirat atas pengorbanan puan. Dan betul la tu tindakan puan, dah menumpang bini pun nak maksiat lagi. Sabar ya puan..
Jamilah: Memang patut pun tindakan kau. Biar dia miskin merempat baru nak sedar diri.
Tengok la nanti pompuan mana je yg sudi layan nafsu dia bila dah miskin takde harta. Ingat dik, kalau dia merayu2 mintak ampun jangan sesekali cair dengan pujukan dia.
Onim: Pergh….serius aku tabik dekat kau kak…dah la muda lagi… Berani terus ambik tindakan…
Tak mcm sesetengah perempuan…laki mencelup sana sini pun maafkan…lepas tu boleh cakap laki kena goda….
Tu x kira lagi kehidupan tengah hancur lebur, anak ttp keluar setiap tahun…
Sofea: Awak muda lagi..perjalanan awak masih panjang…jgn buang² masa dan waktu dgn lelaki yg mcm ni..tak reti bersyukur.
Diberi segalanya..mungkin dia bkn yg terbaik utk awak..jgn stress kan diri..kesian anak..benda tak elok tak payah simpan lama.
Nina: Tahniah dikkk. Awak dah buat benda yg betul. Igt, awak muda lagi. Kita pempuan tak mati lah hidup takdak burung nan seekor tu.
Besarkan anak elok2. Majukan diri. Pasal jodoh, Insyaallah ada nnt. Toksah terburu-buru lagi.
Org pempuan saham sentiasa ada. Gud luck dgn kehidupan baru.
Ieda: Ya allah baru 14 hari bersalin. Maknanya umur anak pun baru 14 hari dah kena lalui perangai bapak dia yg macam ni..
Kalau ikut cerita puan ni, masa dalam wad lagi dia kenal dgn wanita tu.
Waktu puan sedang tunggu masa nak lahirkan anak dia.. Insyaallah Puan kuat. Pantang elok2 dulu.
Marian: Xyah time dia..biar dia ngan awek kilang tu..lain kali klu de keta or umah duit byk dr suami..jgn bg…
Biar dia rent umah n beli keta sndri utk kita..even duit brg dapur n belanja..tu tugas dia..org laki klu dmanja ngan smua tsedia nnbg mcm2..
Memang dia lupa dri..ada umah gi sewakn..biar dia usha sndri nk sewa ke beli..
Tak kn ajak kwin tp xmampu nk bg anaknorg mkn.buat pe ajak kwin..
Sumber KRT