Semasa

Bini Aku Mesti Tak Bagi Aku Khwin Lagi, Adik Angkat Aku lak Suruh Ceeraikan Bini Kalau nk Khwin dgn Dia

Sinopsis: Bila aku ajak berbual, bini aku pandng sepi je. Selalu sgt tak tumpu apa yg aku cakap, mata kat skrin henpon, mata setakat jeling je bg reaksi. Nasib baik ada adik angkat aku..

Salam min. Saya dalam dilema. Adik angkat saya mengandungkan anak saya.

Saya tak tahu apa nak buat dan semenjak dari hal itu saya merasakan yang dunia ini da gelap buat saya.

Saya sayang isteri saya dan saya juga tak bolehlah nak lepaskan tanggung jawap saya sebagai seorang abang angkat.

Yang mana sedikit hari lagi akan menjadi suami kepada adik angkat saya sendiri.

Masalahnya Isteri saya pasti tak setuju jika saya kata nak kawin lagi dan adik angkat saya kata kalau dia kawin dengan saya dia nak saya lepaskan isteri saya.

Anak saya macam mana da berderet dengan isteri saya. Macam mana saya nak lepaskan dia sebab saya sayangkan dia.

Semua salah isteri saya sebab kerja dan balik pun tak melayan saya sangat.

Adik angkat saya je yang faham saya sampai saya terlanjur dengan dia. Semua salah isteri saya sebab tak mengambil berat pasal hal ini.

Apa perlu saya buat. tolong la. Saya insan lemah sekarang.

Part II: Aku taktahu nak lepas perasaan aku dkt siapa akhirnya Aku luah dkt sini sebab kt sini takde yang kenal aku.

Aku janda anak 3, dah 5 tahun. sebelum ni aku nikah tahun 2009. Tak dinafikan aku yang mulakan dulu tackle dia..

Tapi Tahun 2011 Aku dimadukan. Aku dpt tangkap dia nikah di seberang tanpa pengetahuan aku.

Sebelum tu pun dh bnyk kali Aku tangkap dia dengan perempuan tu tapi taktahu plk hubungan mereka sampai tahap tu.

Sejak bermadu suami aku banyak lebihkan isteri kedua. Rumah aku jarang2 balik selalu habiskan masa dengan isteri kedua.

Dia habiskan duit beribu2 dekat keluarga perempuan tu. Setelah setahun dia bawak perempuan tu balik duduk sebumbung dengan aku.

Sakit hati Aku hanya Allah yang tahu.

Hari2 bergaduh dengan madu aku dn dia akn bela perempuan tu. Spak terajang memang makanan Aku, tapi madu Aku pun pernah jugak makan spak terajang dia.

Memang panas baran. Aku memang dah taktahan hidup dengan dia. Aku minta cerai tapi dia cakap dia takkan ceraikan Aku..

Aku pasang lawyer semua tapi dia tetap taknak ceraikan Aku.

Dia pernah berjanji dengan aku Dan madu kalau dia ceraikan Salah sorang dr kami, dia akan ceraikan dua2.

Tak dinafikan aku memang jarang memasak kt rumah. Aku selalu beli je tapi Aku taksangka tu alasan dia cari yang lain..

Hasil perkahwinan dia dengan perempuan tu mereka ada anak perempuan sorang, sama baya dengan anak Aku yang bongsu…

Hidup Aku menderita selama bermadu sehinggalah 4tahun hidup bermadu, suami aku jatuh muflis.

TAKde duit.. dn keluarga madu aku mula bencikan dia hasut untuk bercerai. Mana tak nya dlu habis beribu2 skg dh takmampu nak bagi apa2.

Madu Aku pun pernah bgtau mertua yang dia dh takboleh hdup dengan suami sebab dia dh jatuh susah. Kata nya dia takboleh hidup susah.

Akhir nya satu haritu dia lari tinggalkan rumah. Suami balik kerja tngok dia dh takde.. 3hari lepastu sampai Surat taklik dr Thailand..

Suami aku takpernah ceraikan dia Aku taktahu apa status taklik tu. Masa tu aku paksa suami aku ceraikan Aku juga tapi dia taknak.

Mti2 dia taknak ceraikan aku akhirnya Aku ambik keputusan tggalkan dia balik rumah mak Aku..

Berbulan2 aku tggalkan dia dn akhir nya Aku dpt tangkap dia ada kenal dengan perempuan lain plk. Perempuan tu taktahu dia ada isteri.

Satu hari aku msg perempuan tu ckp Aku isteri S. Tapi dia tak percaya kata nya kalau S ada isteri takkan blh call dia tiap2 hari.

Dia mintak bukti jd aku hntr gmbar kahwin kami. Dia percaya dn minta maaf dengan aku.

Aku dh warning dia jgn ganggu suami aku tapi suami aku dpt baca msg kami. Aku tak ingt delete.. dia cari perempuan tu dn mati2 dia cakap yang dia takde isteri.

Dia dh ceraikan isteri dia. Si perempuan tu call Aku tnya betul ke. Dia siap bersumpah yang dia dh ceraikan isteri dia..

Tapi Aku berkeras kata kami belum bercerai. Akhir nya Aku gunakan perempuan ni untuk perangkap S.

Aku suruh perempuan ni layan S dn ajak S jumpa. Dia bersetuju.. Aku cerita hal kehidupan Aku selama ni dkt perempuan tu dn dia menangis dgr cerita Aku.

Aku taktahu tangisan yang ikhlas atau dibuat2.. tapi kata nya takpe dia akan tolg aku untuk lepaskan diri dr S.

Aku berpakat dengan dia untuk buat S jatuh cinta dengan dia dn tinggalkan aku lepastu dia akn tinggalkan S.

Satu hari pertemuan diorang dirancang. 30minit lepas diorang jumpa si perempuan tu msg aku untuk dtg.. masa aku muncul riak S memang terkejut gila.

Lagi2 bila tngok Aku dengan perempuan tu bersalaman mesra. Setelah macam2 terluah, Aku luah perasaan aku S luah perasaan dia.

Perempuan tu hnya dgr. S bgtau semua kekurangan Aku waktu jd isteri dia.

Aku akui Aku takmemasak, Aku takpandai berhias. Tapi dia apa kurang nya ttapi ada kekurangan.

Dn hal2 dengan madu Aku dlu pun semua terkeluar. Akhirnya depan perempuan tu S ceraikan aku. Aku tersenyum.

Aku dengan perempuan tu terus bangun berpelukan dn tinggalkan dia.. yang buat aku sakit hati dia kejar perempuan tu dn melutut supaya terima dia.

Dia nak mulakan hidup baru.. tapi perempuan tu abaikan terus masuk kereta.

3bulan berlalu , Aku dpt tahu kehidupan S murung. Berubat sana sini akibat kemurungan.

Masa tu hidup dia susah.. tapi lepas 5bulan Aku dpt tahu dia berhubung balik dengan perempuan tu.

Dn yang buat aku sakit hati, lepas 8bulan bercerai dengan aku dia ikat tali pertunangan dengan perempuan tu.

Aku sangat rasa dikhianati oleh perempuan tu. Aku msg dia tnya macam mana blh khianati Aku.

Kenapa dia mungkir janji dia dengan aku. Dia jawab setiap orang prnah buat kesalahan. Belajar dr kesilapan tu adalah perkara terbaik.

Saya yakin S blh berubah dn saya taksampai hati tngok dia hari2 dtg rumah merayu. Dia jwb macam tu dn terus block aku.

Aku korek2 cari cerita pasal S dr keluarga dia. Keluarga dia pun taksukakan perempuan tu sebab diorang ingt sebab perempuan tu S ceraikan aku.

4 bulan bertunang Aku dpt tahu diorang kahwin. Tapi keluarga S takpergi. Hnya buat belah perempuan tu saja.

Masa tu aku dpt tahu belanja kahwin semua keluarga perempuan tu yang tanggung. Yelah S mana ada duit.

Lepas dia kawin diorang dtg nak ambik anak2 Aku, memang aku takbagi. Sampai bergaduh kami kt rumah dn Aku nyaris tampar perempuan tu.

Tiba2 S tampar aku kata Aku kurang ajar dengan perempuan tu. Yang buat aku sakit hati kata nya dia lebih sayangkan perempuan tu dr Aku dn bekas madu aku .

Skg ni 8tahun dh berlalu. Aku taknafikan perasaan benci Aku pd perempuan tu masih tebal sebab dia khianati aku.

Aku takdpt terima yang dia tipu Aku.. dia buat aku bercerai dengan suami aku dn dia ambik suami aku.

Sakit sangat min.. dn sekarang keluarga mertua Aku dh mula suka kan dia. Diorang dh ada 4 orang anak.. tiao cuti sekolah dia akn ambik anak2 Aku pergi bercuti.

Tapi Aku takboleh terima min… Keluarga dia cakap S dh banyak berubah. Keluarga dia takpernah nampak S cakap kasar dengan perempuan tu, selalu tolong jagakan anak2.

Jauh berbeza dengan aku dlu, hari2 makan hinaan dn makian depan orang ramai.

Anak2 memang jauh sekali dia nak uruskan. Semua nya Aku buat sendiri..
Skg dia dh senang, perempuan tu pun ada bisnes sendiri.

Aku stalk fb perempuan tu, beli emas beli kereta. Dn hujung lepas dpt beli rumah. Sedangkan nafkah untuk anak2 aku dia bagi rm700 je sebulan.

Untuk anak2 dia memang mewah . Sekolah private school anak aku hnya sekolah kerajaan.

Pergi bercuti sana sini sdgkan anak2 aku time cuti sekolah je dia dtg ambil. Aku rasa tak adil untuk anak2 aku.

Aku usaha keras untuk besarkan anak2 aku sendiri min tanpa seorang bapa , sdgkan diorang hidup mewah.

Salah ke Aku untuk iri hati dengan keluarga dia? Kehidupan Aku dengan S sangat teruk S layan Aku, sangat sakit min.

Tapi kenapa dia blh layan perempuan tu sebaik2 nya?

Aku sakit hati tiap kali anak2 balik kerumah bercerita ttg mama dia, ttg adik2 dia, ttg cara bapa dia layan perempuan tu. Sangat sakit min..

Kesian anak2 aku, hanya menagih kasih sayang d rumah orang. S selalu bg perempuan tu kejutan, beli kan brg kemas.

Sdgkan masa hidup dengan aku, sejambak bunga pun dia takpernah bagi. Sangat hina rasa diri aku..

Tak dinafikan perempuan tu Cuba berbaik2 dengan aku.. sllu msg tnya khabar anak2. Sambut harijadi anak2 aku. Duit nafkah semua dia yang akan uruskan.

Dia yang akn transfer dn bgtau aku.. S memang takpernah msg aku sejak bercerai walaupun mengenai anak2.

Semua nya perempuan tu yang kawal. Sampai kan satu hari tu anak aku masuk wad, Aku msg S tapi takberbalas.

Perempuan tu plk yang call Aku tnya pasal anak… Dtg ke hospital berpegang2 tangan sengaja untuk sakitkan hati Aku. Salah ke Aku min ?

Aku sangat benci kan perempuan tu.. sebab dia Aku jd macam ni. Aku lansung takdot nak maafkan dia.

Aku rasa yang hak aku telah dirampas dengan kejam . Hak anak2 aku… Walaupun anak2 aku sayang perempuan tu, tapi aku benci pun.

Aku jd macam ni sebab kisah kehidupan Aku terlalu teruk dengan S. Dia yang buat aku jd macam ni…

Tolong la macam mana aku nak hilangkan perasaan benci Aku ni. Hidup Aku lansung taktenang tngok kehidupan diorang.

Kadang2 Aku berdoa supaya perempuan tu rasa apa yang Aku rasa dlu.. supaya S buat apa yang S buat kt Aku dlu. Sangat sakit min dimadu kan.

Sumber KRT