Semasa

Masalahnya suami aku seronok2 duduk dengan Bini pertama dan Bini pertama tidak tahu hubungan Aku Dan suami sudahh lama

Aaslamualaikum krt. Aku amat2 teraniaya dengan suami Aku, aku nikah  secara sah setelah melahirkan anak dari benih suami aku. suami tak sediakn Aku tempat tinggal.. dia biarkn Aku dengan anak Aku tinggal dengan keluarga aku.

mak Pak Aku dah Tua.. baru2 ni akak Aku halau Aku Dan anak Aku Dari rumah sebab anak Aku suka buat kacau.. ape lah budak sekecil ini tahu ape2.

Masalahnya suami aku seronok2 duduk dengan Bini pertama dan Bini pertama tidak tahu hubungan Aku Dan suami sudahh lama Aku tak tahan dengan keadaan ini susu anak pempers semua dia tak bagi duit. Suami abaikan nafkah aku dan anak2.

Sebelum Aku nikah dengan dia hidup Aku senang hati Aku tenang.. kenapa selepas aku kawin hidup Aku jadi Susah? macam2 dugaan datang.. Aku dah berdoa aku dah Cuba solat 5 waktu tapi hidup Aku sentiasa Di uji..

Aku tak pernah merasa indahnya berumah tangga.  kenapa Allah tak Bantu Aku? Dari start kawen hingga ke hari ini Aku besabar. Kenapa tuhan jodohkan aku dengan lelaki seperti ini?.

suami tak pernah teman Aku tidur malam.. masa pantangg? Aku sorang2 juga anak tapi Aku relax.. sekarang Aku tak boleh besabar dahh.. Aku mnyesal  sangat kawin dengan dia.  kemana Aku patut pergi? Aku dihina sebab tiada duit..

Aku susah.. ape yang Aku perlu buat? Aku tak kuat seperti orang lainn.. Aku puas da menangis.. menjeritt.. tak seorang pun yang ambil tahu.. perlu kah aku jumpa isteri pertama dan tuntut hak aku?

Kredit KRT