Semasa

Sering Dihiina dgn Gelaran ini, Syafie Naswip Rayu Tolong Hentikan Panggilan Itu

Sebelum ini tuIar apabila pelakon berbakat Syafie Naswip nekad untuk melepaskan trofi Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang dimenanginya untuk membantu orang susah dan memerlukan ketika pandemik ini.

Meskipun berat hati, namun Syafie berkata ikhtiar untuk melelong trofi tersebut bukan mahu mencari publisiti tetapi dia berharap trofi kemenangannya itu dapat digunakan untuk membantu orang ramai.

“Saya tak ada harta lain nak kongsikan. Jadi, siapa yang boleh bida RM10,000 atau lebih, hasil kutipan itu kita akan bagi kepada orang yang lebih memerlukan.

Jangan risau sumpah saya tak menipu, saya tak ambil duit itu pun.

“Di atas rezeki yang Tuhan berikan menerusi kemenangan pelbagai anugerah, inilah masa yang terbaik untuk saya kongsikan kepada anda semua.

Jadi saya harap trofi ini dapat digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.

“Saya memang sensitif sikit kalau bab kekeluargaan ini. Saya harap ramai yang akan menyokong,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

Dalam pada itu, Syafie turut meminta rakyat tidak perlu menunding jari pada kerajaan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan bersatu hati membantu mereka yang susah.

“Hentikanlah hasad dengki antara satu sama lain dan sebarkan kasih sayang serta teruskan positif,” katanya.

Berhenti Guna Gelaran Retis

Menerusi satu entri di Instagram, Syafie memberikan pesanan kepada peminatnya supaya tidak memanggilnya dengan gelaran retis iaitu bahasa slanga untuk artis.

Syafie berkata panggilan sedemikian mengguriskan hatinya dan seolah-olah satu penghinaan terhadap pekerjaannya sebagai pelakon.

“Minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin tegaskan, kalau boleh kalau ada sesi bergambar, proses menyapa atau berbalas komen di Instagram, elaklah menggunakan perkataan ‘retis’.

“Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya. Kalau boleh, cukup anda gelarkan saya pelakon, pameran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Syafie berkata dia mengakui hatinya terguris setiap kali dipanggil dengan gelaran tersebut namun hanya mampu tersenyum.

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa, tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, ia sangat menghiris hati saya,” katanya

Sebelum ini, Syafie juga pernah mendedahkan dia menerima mesej ugutan menerusi Instagram miliknya. Tidak tahu apa salahnya, Syafie berkata dia langsung tidak mengenali individu berkenaan.

Memuat naik paparan skrin mesej itu menerusi Instagram, individu itu memberi amaran sanggup berhabis duit untuk menghantar santau kepada Syafie.

Dan akan berusaha melakukan apa sahaja cara untuk menyantau pelakon tersebut.

Difahamkan tidak lama kemudian pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message melemparkan kata-kata kesat serta menghina ibu Syafie.

“Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam sial lah,” tulis akaun palsu tersebut.

Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_.

“Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut.

Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.

“Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syafie telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Nilai dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

Kata Syafie lagi, dia juga berharap individu tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

RK