Semasa

“Bukan Semua Org Tau..” Slps Dituduh Dibayar Utk Menangis, Mila Akhirnya Mengaku Dia Bukan Pro PoIitik

RINTIHAN Mila Jirin berhubung desas-desus Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan menerusi sebuah video yang dimuat naik pada Ahad menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi perkongsian memperlihatkan dia menangis sebak dengan situasi politik yang tidak menentu ini, ada juga segelintir netizen yang menuduhnya dibayar untuk bertindak demikian.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih, aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ni. Tapi mungkin sebab dia (Muhyiddin) bantu aku. Dia bantu aku.

“InsyaAllah, aku doa sangat moga Allah mudahkan semua urusan orang kat Malaysia ni. Angkatlah Covid ni jauh-jauh Ya Allah,” luahnya.

Perkongsian Mila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih serta mengatakan ‘Abah’ sudah cuba sebaik mungkin dan sudah banyak membantu rakyat.

Jelaskan Perkara Sebenar

Bagaimanapun Mila yang dihubungi mStar memberitahu, tindakannya itu tiada kaitan dengan unsur politik, malah hanya berkongsi rasa sedih dengan pengikut di Instagram.

“Saya hanya ucapkan terima kasih kepada PM atas bantuan yang saya terima (subsidi upah untuk para pekerja) dan hanya berkongsi rasa dengan sahabat saya di IG tentang rasa sayu dan sedih.

“Tak ada apa apa unsur politik. Kerana saya bukan la extreme politik.

“Lebih kepada sebagai manusia dengan manusia. Berterima Kasih dan kenang jasa itu sahaja,” ujarnya.

Perkongsian Mila di Instagram miliknya.

Sementara itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, juga memberitahu dia tidak berasa marah kepada individu yang menuduhnya dibayar.

Kata Mila, tidak semua netizen faham tentang bantuan subsidi upah yang diterima daripada kerajaan.

“Saya tak marah… mungkin ada yang tak tau tentang bantuan subsidi upah yang saya terima.

“Saya juga ada jelaskan bagaimana kiraan subsidi upah dan juga bagaimana proses permohonan subsidi upah itu.

Lebih kepada sebagai manusia dengan manusia..berterima Kasih dan kenang jasa itu sahaja

“Bantuan subsidi upah itubukan diterima oleh saya sahaja malalah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.

“Bantuan itu memberi manfaat kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla,” ujarnya.

Untuk rekod, Program Subsidi Upah (PSU) berfungsi membantu perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

WhatsApp Image 2021-07-25 at 11.28.27 AM

“Bukan Mudah Berada Di Posisi, Perjuangan, Pengorbanan Abah”

Selain Milla Jirin, Heliza juga berkata bukan mudah untuk berada di posisi ‘Abah’ serta mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk Perdana Menteri dan semua rakyat.

“Ya Allah.. sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi Abah, perjuangan Abah, pengorbanan Abah.

Ya Allah… berikanlah yang terbaik untuk Abah dan kami semua , rakyat Malaysia. sebuah negara yang Engkau Redhai. Pandu kami Ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian Heliza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih.

Serta menyifatkan Muhyiddin merupakan Perdana Menteri terbaik Malaysia serta tidak mahu beliau melepaskan jawatan di saat genting ini.

Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu, Muhyiddin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun lalu.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja bagi PSU 4.0.

Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1 Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.

Sejak PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Sumber mStar