Halimi Ali Yahad, 50, berkata, kata-kata itu diungkapkan anak sulung daripada empat beradik itu kepada bapa saudaranya beberapa hari sebelum kembali ke universiti untuk sesi pengajian.
“Arwah katakan yang dia nak balik (USAS) terus, kalau tinggal pun tinggal terus (selama-lamanya).
“Dia juga kerap memberi nasihat kepada adik-adiknya supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan dengan baik tanpa perlu berulang alik ke hospital sepertimana pernah dia lalui ketika kecil dahulu,” katanya.
Halimi berkata, nahas itu dimaklumkan kepada isterinya menerusi panggil telefon sekitar jam 3 pagi, namun tidak dinyatakan secara jelas kemalangan berlaku.
“Saya dan isteri cari maklumat menerusi page viral di Facebook dan jumpa gambar-gambar mengenai kemalangan itu.
“Walaupun sedih kehilangan anak, kami sekeluarga reda dan anggap arwah pulang dalam keadaan masih muda tanpa banyak d0sa seperti kita,” katanya.
Dalam kejadian tengah malam tadi, lima pelajar USAS iaitu Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang duduk di bahagian penumpang belakang rentung bersama empat rakan apabila kereta jenis Honda City dinaiki terbakar selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar.
Halimi Ali Yahad 50, (dua dari kanan) dan isteri, Nor Laila Paralan 47, (dua dari kiri) ibu bapa kepada Iqbal Hasnun Halimi 23, salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi, tidak menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. – Foto Bernama
Kemalangan nah4s 5 sekawan di Perak awal pagi tadi, moga syurga buat para syuhada.
Al-Fatihah..
Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.
Mngsa terlibat dikenali;
– Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor
– Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu
– Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor
– Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor
– Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak
Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.
‘Kelas pagi ini sangat sayu’ – rakan mngsa n4has
RAKAN-rakan kelas mngsa kem4langan ngeri selepas Terowong Menora, Perak, tengah malam tadi masih terkejut dengan insid3n meng0rbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Menerusi hantaran yang tular dan dikongsi di media sosial, rakan-rakan lima mangsa memberitahu suasana kelas pada pagi ini agak berlainan.
“Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.
“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam m4yat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kem4langan. Al-Fatihah,” kata hantaran itu.
Video dash camera merakamkan detik m4lang lima sahabat dalam n4has berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
KUALA KANGSAR: Makan malam terakhir lima sahabat merupakan status terakhir dimuat naik di aplikasi WhatsApp oleh seorang daripada lima mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, tengah malam tadi.
Video yang dimuat naik pada pukul 8.11 malam oleh Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, itu dirakam di restoran makanan popular Korea di sebuah pusat membeli-belah di Ipoh.
Difahamkan, lima sekawan itu dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke rumah sewa mereka di Taman Chandan Puteri di sini.
Kesemua mereka sebelum itu sempat meluangkan masa dengan berkunjung ke Gerbang Malam dan Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh untuk riadah.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, Muhammad Nasrun rentung bersama empat rakannya, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Kejadian itu berlaku ekoran kereta Honda City dinaiki kesemua mangsa terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan dua treler muatan mozek dan besi pagar.
Difahamkan kereta dinaiki mangsa merupakan kereta sewa.
Menurut rakan Muhammad Nasrun, Muhamad Hakimi Rosli, 22, dia mengetahui kejadian berkenaan setelah dimaklumkan seorang rakan dan segera datang ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Katanya, ketika tiba di hospital, dia masih tidak mengetahui keadaan sebenar rakan-rakannya itu namun berharap kesemua mereka selamat.
“Saya dan rakan-rakan segera datang ke sini namun doktor memaklumkan yang Muhammad Nasrun dan empat yang lain masih belum sampai.
“Ketika itu, kami memang menaruh harapan supaya semuanya selamat. Bagaimanapun, ambulans yang tiba tidak lama kemudian memaklumkan kesemua mereka rentung,” katanya.
Menurut Muhamad Hakimi, kelima-lima mangsa tinggal bersama di sebuah rumah sewa berhampiran universiti dan sering dilihat menghabiskan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti.
“Walaupun tidak tinggal serumah, saya selalu juga meluangkan masa bersama mereka. Mereka merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma berlainan kursus.
“Saya lebih rapat dengan Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasnun berbanding yang lain. Kedua-dua mereka rakan yang baik dan tidak lokek menolong rakan-rakan,” katanya.
Muhammad Nasrun dari Kuala Kubu Bharu, Selangor merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi dari Terengganu pula pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Iqbal Hasnun dari Johor merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.
Muhammad Nabil Haikal dari Batu Caves, Selangor pula merupakan pelajar semester ketiga Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Ahmad Akmal dari Parit Buntar pelajar semester kelima Diploma Kaunseling Islami. – UTUSAN
kredit: sianar harian