Semasa

Slps Bertindak ‘BIAD4P’ kpd Org Tua yg Inginkan Bantuan, Mengejutkan ini yg Berlaku kpd Channel Utube Baim Wong

MARAH netizen terhadap pelakon Indonesia Baim Wong nampaknya masih belum reda.

Ini apabila kali ini mereka memilih untuk unsubscribe atau tidak lagi mengikuti saluran YouTube suami kepada Paula Verhoeven ini.

Menurut laporan Tabloid, jumlah pengikut Baim di YouTube semakin berkurangan sejak tiga hari lalu.

Ia selepas kontroversinya memarahi seorang warga emas bernama Suhud yang didakwa mahu mengemis.

Tindakan pelakon berusia 40 tahun itu mengundang reaksi kurang senang netizen kerana sebelum ini Baim dikenali sebagai individu yang suka membantu orang lain, namun kali ini dia berubah sikap sebaliknya.

baim 2

Hasil carian portal berkenaan mendapati saluran YouTube Baim Paula turun satu anak tangga menduduki posisi keenam saluran paling ramai pengikut di Indonesia iaitu sebanyak 19.4 juta subsriber.

Tempat kelima diambil alih oleh YouTube Frost Diamond memiliki 19.7 juta subscriber. Ini bererti saluran milik Baim kehilangan lebih 300,000 pengikut sehingga berjaya diatasi oleh pesaing terdekat.

Sementara itu, video penjelasan dan penerangan Baim mengenai kejadian itu yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya itu menerima lebih 6 juta tontonan dan 140,000 komen netizen.

Ia menjadi trending di Malaysia dan Indonesia sejak Rabu.

Video Baim memarahi seorang warga emas menjadi tular di laman sosial.

Baru-baru ini, nama Baim Wong mendapat perhatian netizen apabila tiba-tiba tular video dia memarahi seorang warga emas yang meminta wang daripadanya.

Menerusi video berkenaan, pelakon itu dilihat memarahi seorang warga emas yang berusia 77 tahun.

Baim pada awalnya tidak menghiraukan warga emas yang mengikutnya ketika sedang menaiki motosikal bersama anaknya Kiano Tiger Wong.

Namun kemudian, dia berasa tidak selesa dan menegur orang tua itu dengan cara yang tidak sopan dan angkuh apabila menasihatkan individu itu berhenti mengemis dan mula bekerja.

Tidak lama selepas video berkenaan tular di media sosial, Baim akhirnya menjelaskan teguran yang dibuat itu tidak seperti yang dilihat netizen.

mStar