Semasa

Netizen Berang Rosyam Nor Tanya Soalan Biadap Pada Shuib , Namun Respon Balas Shuib Memang Selamba.

Tindakan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor bertanya mengenai status duda pelawak, Shuib pada Anugerah Meletop Era 2022 (AME2022) secara siaran langsung malam tadi mengundang rasa kurang senang netizen.

Mereka digandingkan sebagai penyampai anugerah bagi sebuah kategori sebelum pelakon berusia 55 tahun itu menyelit soalan bilakah Shuib akan menamatkan zaman dudanya.

Seorang pengguna laman Twitter, @aza_mikitty memuat naik satu ciapan menyelar tindakan Rosyam sekali gus berasa simpati terhadap ketidakselesaan Shuib berada di atas pentas.

“Rosyam Nor tanya Shuib dalam TV ‘kau duda terhangat sekarang. Dah 8 bulan ni kan, ada pengganti?’ Shuib sangat tak selesa…
“…tapi menangani situasi dengan berjaya. Namun Rosyam Nor terus memaksa untuk jawapan,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

Ciapan tersebut diulang kicah hampir 3,000 kali dan menerima 5,533 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan pelakon berpengalaman itu biadab.

Menurut netizen, soal rumah tangga dan pengganti tidak boleh dijadikan sebagai modal lawak apatah lagi bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu sudah banyak bertarung dengan emosi sebelum ini.