Semasa

“Netizen saran buat sujud syukur” -Dalam masa 3 saat saja, penunggang motosikal ni berjaya selamatkan diri daripada lori

BERPANTANG m4ut sebelum aj4l, tidak akan m4ti seseorang itu jika belum sampai waktunya sepertimana ketentuan tuhan.

Dalam satu rakaman berdurasi 16 saat, seorang penunggang motosikal nyaris digilis lori selepas dia terj4tuh di tengah jalan raya.

Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berbaju putih itu terj4tuh gara-gara keadaan jalan yang licin dan basah, dipercayai selepas hujan.

Ketika terj4tuh, sebuah lori muncul dari bahagian belakang sebelum dia sempat melarikan diri ke bahagian tepi jalan dalam masa kurang tiga saat.

Selepas lori tersebut berhenti, lelaki itu juga kelihatan bangun seperti biasa sebelum bergerak ke arah belakang lori, dipercayai untuk memeriksa motosikal miliknya.

lori1

Lelaki ini berjaya menyelamatkan dirinya dalam tempoh yang cukup singkat.

Dalam pada itu, rakaman kejadian yang diperoleh menerusi dashcam sebuah kereta di lokasi berhampiran turut ditularkan secara meluas menerusi laman Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.

Semakan mStar berdasarkan maklumat pada video mendapati kejadian itu berlaku pada jam 2.17 petang, Isnin lalu, namun lokasinya tidak dapat dipastikan.

Syukur adik Allah bagi panjang umur. Adik balik solat lepas tu solat sujud syukur tau.

JIEHA3445

PENGGUNA INSTAGRAM

Di ruangan komen posting-posting video itu, ramai netizen meluahkan rasa syukur kerana lelaki tersebut berjaya menyelamatkan dirinya dalam tempoh singkat.

Malah, ada netizen turut memberi cadangan agar lelaki itu melakukan sujud syukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut.

“Syukur adik Allah bagi panjang umur. Adik balik solat lepas tu solat sujud syukur tau. Niatkan dalam hati, sujud syukur,” tulis Jieha3445 menerusi komen di Instagram.

“Allahuakhbar. Sikit lagi je. Jantung aku macam nak luruh dah ni. Ny4wa dia panjang. Alhamdulillah.

lori2

Antara posting mengenai kejadian tersebut yang dikongsi di laman Facebook.

“Nak berhenti j4ntung sekejap tengok dia bangun lari tu. Allahu, Alhamdulillah selamat dia,” tulis beberapa netizen.

Di Facebook misalnya, ada individu turut berkongsi video itu dan pada masa sama turut mempromosikan dashcam jualan mereka.

“Tergelincir dan nyaris digilis lori. Pasang dashcam gais, senang nak rekod apa-apa kejadian,” tulis seorang lelaki sambil meletakkan pautan jualan dashcam pada posting tersebut.

Buat pengguna jalan raya di luar sana, sentiasa berhati-hati kerana malang itu tidak berbau. Pandu cermat, jiwa selamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar