Semasa

Pekerja Asing Asyik Melihat Dompetnya, Ingatkan Tengok Duit Dia, Tapi Sebenarnya Bukan

Seorang Pekerja Asing Asyik Melihat Dompet, Ingatkan Lihat Duit. Bila Ditanya, Jawapannya Membuatkan Ramai Tersentuh.Pekerja Asing Asyik Melihat Dompetnya, Ingatkan Tengok Duit Dia, Tapi Sebenarnya Bukan - sajagempak.com

Dalam mencari rezeki buat keluarga, seorang bapa berkemungkinan perlu berada berjauhan dengan keluarga dan anak-anaknya demi bekerja mencari pendapatan. Sudah pasti bila berjauhan maka pasti timbul rasa rindu terhadap isteri dan anak-anak.

Itulah juga pasti dirasai oleh warga asing yang datang ke negara kita, mereka terpisah beribu-ribu batu daripada isteri, anak, ibu, bapa dan keluarga.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama AkuPendosa Dunia, di mana dia telah melihat seorang lelaki warga asing yang duduk berseorangan menangis sembil melihat dompetnya, beliau pada mulanya ingat lelaki berkenaan tiada duit, tetapi rupanya.. jom kita baca.Pekerja Asing Asyik Melihat Dompetnya, Ingatkan Tengok Duit Dia, Tapi Sebenarnya Bukan - sajagempak.com

Aku tengok dia buka dompet duit dia, lama dia perhatikan sambil jari dok usap-usap dekat dompet dia tu, sesekali dia lap air mata.

Aku ingat dia sedang kira duit, aku pun intailah.. rupa-rupanya.. dia sedang tengok gambar anak-anak dia, seorang bapa yang jauh beribu batu sedang rindukan anak-anaknya.Pekerja Asing Asyik Melihat Dompetnya, Ingatkan Tengok Duit Dia, Tapi Sebenarnya Bukan - sajagempak.com

Begitulah kasih seorang bapa, bila didepan nampak tegas, bila berjauhan hanya air mata tanda kasih sayang.

#PengorbananSeorangYangBernamaAyah.