Semasa

Pemain BolaSepak Terkenal BeIasah lsteri, Sempat Lagi Kahwin Baru dgn Janda Muda

Nama pemain bola sepak Indonesia iaitu Alfath Fatheir sebelum ini pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Ia berikutan dengan tindakannya yang menceraikan isteri, Ratu Rizky Nabila ketika wanita itu sedang sarat hamil 9 bulan.

Kemudian mengahwini seorang janda muda, Nadia Christina.

Memetik laporan Tribunnews, perbuatan kejam tersebut tidak terhenti di situ, Ratu juga mendakwa bekas suaminya itu pernah mengasarinya ketika di awal kehamilan.

Alfath juga dipercayai tidak mengaku bayi dalam kandungan Ratu adalah darah dagingnya sendiri.

Foto Nadia Christina dan Alfath 

Malah dia juga pernah mencabar bekas isterinya itu untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan siapakah bapa kandung bayi dalam kandungan tersebut.

Lebih mengejutkan apabila pemain bola sepak negara seberang ini kemudian bertindak menikahi wanita muda, Nadia Christina yang ketika itu berstatus janda.

Hal ini sekaligus membuatkan ramai orang menuduh Nadia sebagai ‘perampas’ yang merosakkan hubungan rumah tangga Alfath dan Ratu.

Menurut sumber, Alfath dan Nadia Christina telah mendirikan rumah tangga sekitar bulan April yang lalu.

Foto Nadia Christina

Ibarat pisang berbuah dua kali. Baru beberapa bulan bergelar suami isteri, sudah ada berita yang tidak sedap didengari mengenai rumah tangga pasangan ini.

Nadia mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Alfath dipercayai telah memukul Nadia sehingga wanita ini mengalami lebam-lebam pada seluruh badannya.

“Saya hanya ingin memberitahu anda fakta-fakta tentang bagaimana Alfath Fathier, tidak mahu memfitnah.

Saya hanya ingin memberitahu anda bahawa saya tidak boleh naif seperti semuanya baik-baik saja. 

Saya bosan menjadi perisai untuknya, dari keburukan dan drama.

Saya trauma pada diri sendiri, dia bertindak baik-baik saja seperti tiada apa berlaku.”

Dakwa Nadia lagi, dia tidak tahu mengapa suaminya itu bertindak sedekimian.

Apa yang boleh dikatakan, Alfath akan bertindak ganas setiap kali dia marah tanpa alasan yang jelas.

Sementara itu, Alfath menerusi akaun Instagramnya menafikan kesemua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Dakwa pemain bola sepak ini lagi, isterinya itu hanya ingin mencari publisiti sahaja dengan menjaja cerita rumah tangga di media sosial.

“Selesaikan secara baik dan tidak usah menceritakan keburukan orang kerana saya pun menjaga dan menutup keburukan awak.”

Jawapan Balas Nadia

Foto: Tribunnews

Sumber: TribunnewsHot Detik