Semasa

Pemergiannya sangat dirasai ramai, Nurbibi Arisya meninggal dunia nahas kereta terbabas di LPT

HULU TERENGGANU – Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, yang berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemergian Yang Dirasai

“Innalillahiwainnailaihirajiun .. Takziah .. sungguh hebat wanita syurga , sampai beribu orang search namamu di facebook hanya kerana kebaikan semasa hidupmu .. trending now .. semoga Allah tempatkan kamu dikalangan orang beriman”

Innalillahiwainnailaihirojiun..Al fatihah

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran.”

Ramai sayang bi, ramai rindu bi dan ramai yg mendoakan bi. Bi orang baik. Semoga bi dan anak tenang di syurga Allah. Rehatlah bi. Nurbibi Arisya

Sumber SH dan Media Sosial