Tindakan seorang penunggang basikal yang melakukan aksi bahaya dengan menunggang sambil mengikut rapat di belakang sebuah lori treler.
Kemudian videonya menjadi tular sejak beberapa hari lalu, akhirnya mendapat perhatian pihak polis.
Menurut K! ONLINE, rakaman video itu dipercayai dirakam pada 17 September lalu di Jalan Kuantan – Gambang oleh seorang pemandu lori yang memandu di belakang basikal berkenaan.
Dalam video berdurasi dua minit 34 saat itu menunjukkan seorang penunggang basikal melakukan aksi bahaya dengan mengikut rapat sebuah lori treler.
Manakala kedengaran percakapan perakam dengan rakannya yang memandu lori treler terbabit.
Polis cari penunggang basikal 'cucuk' belakang treler pic.twitter.com/AI9ScWwXrr
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) September 21, 2021
“Dengar kata, indentiti laki ini bukan calang-calang..”
“Mesti best duk belakang treler, laju je kayuh tu..”
“Hobi kami mahal, nyawa kami murah..”
Tindakan pemandu basikal itu menimbulkan rasa bimbang pemandu lori berkenaan malah penunggang basikal itu dikatakan ikut memecut apabila lori terbabit cuba menjarakkan kenderaan mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin berkata, polis sedang mengesan penunggang basikal terbabit.
Dan meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Katanya, orang ramai kini diberi kelonggaran untuk bersukan dan beriadah termasuk melakukan aktiviti berbasikal.
Malangnya ada pihak yang salah guna kelonggaran itu dengan melanggar peraturan jalan raya seperti video yang tular sebelum ini.
Kesalahan itu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 42 dan Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu denda RM300 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan berulang atau boleh dipenjara.