Semasa

Prnah je Aku Saje Biarkan Semua Bil, Nak Tgk Dia Bayar ke Tak, Sudahnya Semua Tertunggak

Assalam warga krt. saya mahu meluahkan perasaan dan juga pendapat warga krt krna tidak pernah saya bercerita atau meluahkan masalah saya pada sesiapa pun.

Saya istri yang bkerja gaji tetap dalam 2500 sahaja bulanan.

Dikurniakan anak 2 orang dan suami bkerja sales gji bergntung kepada jumlah sales.

Kami berkahwin selama 6 tahun. saya makan hati dengan suami kerana boleh dikatakan 90% segala perbelanjaan rumah, makan mnum dan anak2 saya yang tanggung.

Dia cuma bayar sewa rumah sahaja sbanyak rm550 sbulan. Itupun kadang sampai tuan rumah wsap saya dan pernah di beri amaran sebab lmbt bayar.

Bil api/air, yuran sekolah anak taska&tadika 800/sbulan, kereta saya yang pkai saya byr sdri dan dia pakai kereta lama saya yang dah hbis bayar.

Penapis air, insurans anak, belanja barang2 rumah dan dapur. Semua atas kepala saya.

Kadang saya pun tak tahu macam mana gaji saya banyak tu boleh survive smpai sekarang. Mugkin saya niat hya untuk anak2.

Pernah beberapa kali saya cuba berkeras untuk buat tak tahu tak bayar segala bil sebab mahu dia rasa tanggungjwb.

Tapi end up bil smpai tertunggak hmpir seribu dan itu sangat menggangu emosi saya dan rasa malu dengan tuan rumah yang dapat tahu bil api/air tertunggak.

Akhirnya saya jgk yang melangsaikan semuanya.

Nafkah saya sbgai isteri mmg sgt jrang merasa. Tahun2 sbelum ni memang dia ada hulur jgk plg banyak 1000-500.

Tapi duit itulah yang saya buat untuk bayar sgla bil, satu sen saya tak guna untuk diri sendiri.

Padhal gaji sale dia lbih banyak pd gaji bulanan saya. dh puas saya meluahkan membebel mengugut untuk hdup sdri. tp tiada perubahan.

Hidup saya sekarang bagai 2 orang yang berbeza. ditempat keje bersama kwn2 saya seorang yang sgt ceria, berborak bgai tiada mslah.

Tapi bila dirumah saya bgai tiada jiwa. saya tidak berckp, tiada gelak tawa, tiada senyum bahkan bergurau dengan dia.

Hidup saya dirumah hya untuk anak2. dan dia anggap tiada apa2 berlaku.

Suami memang sorang yang baik dimata orang, tidak meninggi suara dan jaga anak2. tp adakah itu ckup dalam rmhtangga?

Saya smpai kadang nk beli pisang goreng 2 ringgit pun berkira apatah lagi bedak muka. dia kalau tiada duit slalu mtk dengan saya.

Tp saya klu tiada duit tiadalah tmpt saya bergantung. Cuma tahan perut sendiri.

Saya rasa nak berpisah kerana hdup saya bgai isteri yang berdosa, tiada lagi layanan saya sbgai istri kepada dia.

Saya jd seorang isteri yang bermasam muka dan sentiasa menolak lynan untuk bsma, saya akan bckp dengan nada kasar.

Krn saya rsa tidak adil untuk dia memdpt lynan itu.

Ttpi saya tkot untuk berpisah krn saya tahu prsaan anak yang tiada ksh sayag ayah dr kecil.

Raya bru2 ni 100% perbelanjaan saya yang tnggung. Dia cuma buat taktahu tnpa keluar satu patah soalan bkaitan baju raya anak2.

Apatah lg juadah raya saya beli baju raya anak2 dan saya sendiri serta lauk2, biskut raya untuk meraikan hr raya.

Dia makan dan beraksi tnpa rasa bersalah. Tlg bg pandangan dan komen krt. Saya ingin tahu.

Nia: Boleh berbincang dengan suami,cuba berkomunikasi dengan baik.Cuma satu je saya rasa yang puan tak patut buat dari awal,bayar bil2 rumah.

Dan paling puan mati2 kena elak adalah memberi suami pinjam duit puan.Dia kena figure out banyak benda.

Transparent if betul takde duit.Bila dah one to one and sebenarnya dia memang ngelat n xnak bertanggungjawab tanpa sebab yg munasabah.Sila cau puan.

Jgn bazirkan hidup kita dengan stress dan dilemma.Bahagia tu kita kena cari dan bina sendiri.Bukan semata-mata dari suami.

Aqilah: Pendapat saye… Blh berbincang… Dan mohon puan2 jangan mudah untuk terus berfikir bercerai…

Cerai banyak keburukan dari kebaikan… Pandangan sy, suami puan tak teruk sangat… Kene fikir panjang…

Kehidupan dan anak2 macammna…lagi2 tempoh mco, banyakkan diri dekatkan pada Allah.. InsyaAllah hati akan tenang…

Ieza: Lain kali bila dia buat muka kesian minta duit, minta pinjam duit.. keraskan hati boleh?

Selagi ko membantu selagi tu suami anggap isteri sentiasa ada duit sbb bila dia minta dapat.

Dia minta layanan batin yg ko wajib bagi blh plak buat keras. dia minta duit ko cair. apa yg ada serah je.

Beraya tu tengah2 mco ni.. satu keperluan ke utk sambut jugak walau tengah daif? perlu gak ya thn ni berbaju baru, beli kuih raya, buat juadah raya?

Kalau xbuat semua tu mati ya? ko beria sambut sedangkan laki buat xtahu ko tetap korek duit sana sini utk sambut jugak so laki tu anggap ko sebenarnya ada je duit.

Pandai je cari duit nk settle masalah. so dia xperlu buat apa, diam n masalah akan selesai.

Selamanya beri persepsi salah kat dia. lepas ni dari sakit hati, ko buat exactly apa yg dia buat.

Call tuan rumah gtaw papehal lepas ni direct call laki ko tu, jgn call ko. ko block terus je nombor tuan rumah.

Kereta ko tu da abis bayar kan? jual. lak8 nak pergi kerja pandai laa usaha beli kenderaan sendiri /naik public transport. ko asyik membela setiap inci diri dia so stop semua.

Dia bising, ko bising dia balik. Ungkit semua benda. jgn masa ni menikus tp kat sini berkobar2 bercerita mengadu.

Gtaw dia ni baru permulaan, sebelum ko ambik keputusan nak lepaskan biawak hidup tu.

Masa tu segalanya atas bahu dia nk tanggung. ni ko baru tarik sikit je nikmat hidup dia gambaran utk dia kalau nnt ko dah bukan bini dia lagi.

Good luck laa ehh. bukan senang nk keraskan hati. tp senang je nk meluah mengadu harap miracle happen.

Xyah berangan. atas ko utk ubah. xpayah nk berangan harap laki tu dan keadaan berubah tiba2.

N stop bagi alasan anak. bosan laa. anak lagi bahagia bila xde masalah dari hidup bergelumang masalah tengok korg xbahagia, masam muka, marah2.

Melati : Guna kesempatan MCO utk menipu pendapatan.. cakap gaji kena potong. Ramai dah kawan2 yg selama ini menanggung semua buat kaedah ni.

Kena pekakkan mata telinga tunggakan bil. Ready jika perlu pindah rumah. Dari situ laki akan mula buka mata.

Gaji awak, simpan diam2 ….guna separuh je untuk kegunaan. Goodluck

Amelia: Ada org masa bercinta xsabar² nak kawin wlupun tau laki tu pemalas keje kedekut panas baran dan sebagainya….tau seronok je …

Bila da duduk sebumbung baru tau keburukan pasangan masing²…laki xberfungsi klu kita xmintak duit …

Jangan mua kan dari awal kawin….biar dia tau tanggung jawab ckit

Farah: Puan dah pernah slow talk dengan suami tak?

Suami n saya dua2 bekerja bahagian sales. Jujurnya mmg sangat terkesan masa MCO ni.

Sebab saya kerja bahagian sama, takde lah saya persoalkan tentang suami saya sebab saya faham.

Untuk situasi puan pulak, mungkin puan boleh slow talk dulu dengan husband.

Sebab dari bacaan puan ada kata suami pernah je bagi RM500-1,000 sebulan. Maksudnya takde lah teruk sangat suami tu.

Dia tahu juga menghulur masa dia ada duit. Ni dia takde hulur ni sbb bagi saya mmg takde kot duit nak dihulurkan.

Jadi penting untuk Puan komunikasi dulu dengan suami. Cuba luahkan apa puan rasa. Sebab kadang2 lelaki ni tak cakap dia stress pasal duit. Tapi sebenarnya dia stress je.

Mungkin suami puan macam tu.

Ini saya bersangka baik je. Puan lebih kenal suami macam mana kan.

Tapi saya tengok ramai yang suruh cerai lah apa kan. Bagi saya tak adil juga buat anak2 nak cerai tanpa cari solusi penyelesaian.

Solusi terakhir kalau suami taknak berbincang mgkin boleh pergi pejabat agama untuk dapatkan kaunseling perkahwinan.

Wallahualam.

Sumber KRT