Aslmkm semua. untuk makluman isteri aku ni lurus (bukannya tak pandai stpm 5 principles) tapi kekadang aku tergelak tengok gelagat dia.
Kuat bebel dengan mudah naik angin, ada satu masa tu aku pura pura jampi dia tapi yang kelakarnya isteri aku boleh tahan masa aku jampi tu.
Mertua aku dah tahu aku macam mana, tak dilayannya ketika aku tengah merapu tu.
Sehinggakan orang kg pernah tanya mertua aku semalam menantu jampi sapa.
Aku ingtkan suara aku pelan ja, rupanya jiran boleh dengar. tersipu sipu mertua aku malu.
Aku beli kan isteri aku Myvi bukannya main suka dia dari kancil tukar ke Myvi.
Masa naik dengannya aku buka gps untuk blk ke rumah. dah tahu jln tapi saja aku buka.
Bila GPS suruh turn left aku belok kanan, bila GPS sebut turn right aku terus tak belok begitulah seterusnya.
Isteri aku mula jeling aku, bila darah dia mula naik, dia pon tanya awat buat mcm tu. aku cakap saja nak bg gps tu pening, lama lama lingkup lah gps tu.
Masa tu dia punya marah sehari tak ckp ngan aku. pasai nak bg kereta dia rosak, benda elok nak bg rosak katanya
(aduhh masa taip ni pon aku tergelak ingatkannya blk).
Pernah satu masa aku terpisah masa tengah shoping bateri tel habis aku terus mengelabah dan minta DJ supermarket tu buat pengumuman suruh bini aku tunggu dekat kereta.
Dia hempasnya pintu kereta punyalah kuat sampai mcm nak lekang pintu tu, sbb marahkan aku. hahaha.
Bila aku tegurnya dia, dia turun jln kaki min, tak mau naik ngan aku, 2 kilo juga dia jln kaki.
Last dia naik juga kereta sbb aku cakap kat sini bnyk gangster In. dia takut. lps tu balik tak cakap lg.
Hahaha… jgn serius sgt dlm group ni, chill chill dah ler.
Apa yang akan berlaku lagi antara aku dengan wife lps ini tak tahulah,
apa pon yang berlaku.
I love u darling.
Nina: Kalau kahwin niat kerana Allah … In sha Allah segalanya lancar… Bahagia tu kita yang cari kalau rasa happy ..
happy la kita.. kalau asyik nak gaduh semua dari kita… Hidup kita kita yang atur… semoga bahagia ke anak cucu..
Aisha: Kalu laki aku habis bateri fon time shopping lg seronok aku shopping xde nye hempas pintu . Mau x seronok aih , kad bank dgn kite .
Xboleh beli pun xpe . Jnji boleh cuci mate . Kalau ade laki mau 15 minit sekali call tanye kat mane . Dia ingt 15 minit shopping tu ckup agaknye
Arif: Jangan si isteri memendam rasa plak bro. Perempuan ni kalau kena sakat elok2 boleh diterima.
Bila kena lawak / sakat/ buli bodoh yang kita rasa lawak n syok sendiri. Harap isteri bro bertabah dan sabar. Apa apa moga bahagia sehingga syurga bro.
Juju: Engko kalo cerita2 bersemut ke apa ke, simpan sensorang je derr… Dlm ni majoriti mkcik/pkcik bwg nk dgr kisah laki biawak hidup.
Mak mertua ipar duai jahat, bini curang, mak tiri mak lampir, betina kaki sondol dll seumpama dgnnya. Dah ko bahagia, mkn sendiri je, xyah share.
Bubel: smga awkk tbah dgn sgla ujian yg akn mndtg..sbb ujian tu Allh ukur dri setiap perkataan kita sndri…
Appun yg beelaku dimsa akn dtg seklipun boleh diagak dn dibaca namun ianya tetap rahsia Allh ..smga bhgia hgga kjnnah …
Khairini: Belikan myvi untuk isteri, maknanya kereta tu nama isteri la kan. Bagus, awak suami yang bijak.
Ye la, mana tau bila awak dah tak ada, adik beradik berebut harta. Sekurang-kurangnya myvi tu dah tentu hak isteri.
Man: Tersirat, dia ada duit, dia hepi walau bini dia suka majuk, dia suka gurau biawak..xpa nohh, janji bahagia.
Apa cerita pun dlm ni org kecam. Rilex sudah.
Wan: Teruskan kelakaran anda ,bro . walaupun bini x suka.sbb tu lah asam garam be rmhtgga
Sdgkan lidah lg tergigit.bukan maksud memperlekeh kan ,cuma itu lah cara kta laki bini .Good luck ,bro
Shima: Kisah ape ntah dia ni..mana,ade org nak dngr cite ko g kerja blik kerja mkn bini ko masak pas mkn tido…xde nya org nak dngr cite mcm tu…
Cite yg org nak dngr ko berskendel dng kawan sekerja bini ade skendel jiran sebelah rumah ..
Cite mcm tu ramai la yg nak dngr..dah jd lumrah kehidupan manusia ..cite baik² ni simpan tepi jelah .
Sumber KRT