Semasa

Rumah 2 Bilik Aku Trpaksa Jadikan 7 Bilik, Kalau Minyak Moto Habis Pkerja Naik Basikal pun Aku Sanggup

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak.

Tujuan aku kongsi kisah ini adalah kerana ramai sebelum ini yang menceritakan sikap suami yang mengambil gaji isteri.

Aku dan wife dah kahwin selama 12 tahun. Mula–mula kahwin, walaupun dua–dua bekerja, hidup kami memang struggIe.

Lebih–lebih lagi masa tu kami berdua tengah sambung belajar.

Dengan macam–macam nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku tak akan usik gaji wife aku.

Lebih–lebih lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas–kemas, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi–kongsi) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal–hal lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income.

Gaji dia, yang aku tahu ada p0rtion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit–sikit dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada eg0, aku tak akan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku reIa naik motor pergi kerja.

Kalau motor pun tak ade minyak, aku lagi reIa kayuh basikal. Bagi aku, sebagai seorang lelaki, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga.

Nak duit poket lebih sikit untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri!

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarik4t multinati0nal. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah dari hanya 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada c0ntinentaI.

Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia.

Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar–besar atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi m4ngsa penipuan).

Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat–saat susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezeki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha! Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka.

Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena–mena ramai pula yang mengg0da. Ada dar4, dan ada yang janda.

Masing–masing sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang terg0da. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak–anak yang sihat dan comel–comel.

Dan aku sama sekali tidak akan berkompr0mi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah seorang lelaki yang sebenar!

Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban!

Ima: Dgn ego anda tanpa memikirkan soal keselamatan diri & secara x langsung masa depan anak bini dgn menaiki motor..ego tidak mahu ambil duit isteri?

Dh kenapa? Bukan senang sama senang, susah sama susah? Cerita tamil apakah ini? Buat bijak berfikir skit

Nora: Spa yg dpt suami cmnii tlonglah bersyukur sgt2 even xkaya sklipun , skurang2nya dia brtggjwb dn masih jga prasaan kita.

Kebanyakan pasangan merasakan pasangan mereka mampu berdikari… Sampai mereka lupa fungsi dan peranan serta tanggungjawab sebenar.

Yusof: Tanggungjawab suami juga adalah memberi ilmu pengetahuan ugama kepada isteri, dah tunai ke belum?

Ingat bagi nafkah zahir jer dah cukup? Habis tu, macam mana nak pimpin isteri ke syurga kalau tak de ilmu pengetahuan?

Kalau ikut Ustaz Azhar Idrus memanglah bagi duit jer dah cukup pasal dia bukan ulamak pun, dia cuma acah-acah influencer yg tak de ilmu ugama.

Adlin: HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI

Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya, HALAL…. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit.

Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, “Yang ni awak bayar”. Hukumnya HARAM.

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, “Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar”. Ini baru boleh.

Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. “Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar”.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini?

Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, “Oooo… kalau macam tu teruk la. Mana boleh….”

“Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!”