Semasa

Saksi Ceritakan Siti Bainun Mula Tak Suka, Marah2

Kejadian tertarik langsir sehingga besi tercabut dipercayai menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun mula tidak menyukai remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Menurut laporan BH Online, pendedahan tersebut dibuat oleh saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut.

“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik yang menempatkan saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut
“Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” katanya pada prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Malah Yasmin berkata, dia pernah diarahkan Siti Bainun bagi membogelkan remaja berusia 13 tahun itu sebelum diikat dengan tali dan dibaringkan sebelum dicurah air panas.

“Saya diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air.
“(Ia menyebabkan) ada kesan parut di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella,” ujar saksi berusia 19 tahun itu.

Kelmarin, Yasmin dalam perbicaraan berkata, pengasas berusia 30 tahun itu mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga Jun tahun lalu.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja terbabit yang mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Sumber: BH Online (Faris Fuad)