Semasa

Satu hari mak aku cerita dekat adik2 aku dia kene marah oleh isteri aku sampaikan tidak diizinkan masak atau guna barang dapur dalam rumah and so on

Min. Aku pinjam fb kwn aku. ceritanya begini min. aku berkahwin dengan seorang wanita yang aku kenali melalui internet. asal mana biarlah rahsia. dulu aku percaya bercinta selepas nikah itu indah lalu aku proceed untuk berkahwin dengan dia.

Aku dilahirkann dalam family yang susah. ayah ku sakit terlantar. ibu ku sakit tapi boleh lah buat kerja sendiri . aku ade 3 beradik. adik perempuan 2 orang dah kahwin dah berkeluarga. namun hidup mereka cukup2 makan sahaja.

selepas berkahwin aku dapat kerja di sg. gaji aku alhamdullilah banyak juga. aku beli sebijji rumah 2 tingkat tetapi nama isteri aku. aku cuma bayar deposit dan bayar bulan2. kami hidup bahagia.

bercinta lepas nikah lah katakan. Berbalik kisah tadi. aku sorang je abang yang ade rumah. ade kereta 2 biji beli cash. adik2 aku semua belum mampu. aku decide untuk ambik ayah aku duduk sekali aku nak jaga dia.

tapi min isteri aku bantah. sampaikan satu keluarga dia datang jumpa aku dan melarang aku untuk ambik ayahku duduk dengan aku. niat aku tertangguh kerana masalah ini sehinggaa lah ayah aku meningg4l dunia. takpe.

aku redha. kini aku nak ambil mak aku duduk dengan aku kerana rumah besar dan selesa. kesian adik aku dah berkeluarga gaji kecil. bagi aku biarlah kali ni abang pulak jaga mak sebab abang dah mampu. korang berkhidmat lah pada suami masing2.

baru 2 bulan mak duduk dengan aku macam2 jadi min, mak aku tak delah kene pukul ke apa tapi dia selalu s4iko mak aku. s4iko pakcik makcik aku sampaikan sedara mara attack aku cakap aku tak patot ambik mak duduk situ. Salah ke aku min?

Satu hari mak aku cerita dekat adik2 aku dia kene marah oleh isteri aku sampaikan tidak diizinkan masak atau guna barang dapur dalam rumah and so on. so dia nak duduk dengan adik aku balik.

mak aku tak kacau orang, dia selalu buat hal dia je. bila aku tanya isteri aku dia jawab tak pula. dia difitnah lah macam2 . aku terfikir2 min. aku buntu. haritu sebelum puasa mak dia dtg rumah order barang2 dan terus renovate rumah tanpa pengetahuan aku.

last2 aku kene bayar. habis ribu riban tak apelah rumah aku jugak. tapi skrg .. isteri aku nak tuntut cerai. hari2 nak cerai. dan suruh mak aku keluar dari rumah tu secepat mungkin. skrg bini aku dah balik rumah mak ayah dia dah seminggu tak balik rumah.

dan hari2 tu jugak lah aku kene paku dengan mil dan fil aku kononnya aku ni tak sayang bini.. aku ni entahlah min. aku bukan tak nak pujuk dia. tapi entahlah aku rasa aku dah buat sehabis baik aku sebagai suami.

aku bg nafkhah, barang dapur kereta , smpai kereta mak dia pon aku bayarkan. tp aku jadi tawar hati min . sebab dia tak nak susah2 untuk family aku sedangkan aku sanggup susah2 untuk family dia.

Entahlah aku rasa aku dipergunakan.. masalahnya min. kalau aku ceraikan isteri aku risau dengan aku2 sekali kene keluar dari rumah ni. sebab rumah ni nama dia bukan nama aku.

macam mana min? siapa tahu? ade ke cara aku boleh dapatkan balik rumaah ni? atau aku perlu pertahankan. tapi hati aku dah tawar sangat  help me. please help

Kredit KRT