Hi Min selamat pagi, minta hide FB saya min. saya nk luahkan hal ni. dah lama saya simpan.
Saya dah berkahwin 6 tahun, kami kawen atas dasar suka sama suka sejak dibangku sekolah.
Awal perkahwinan kami pjj dari 2015-2018. semuanya sangat indah.
2018 sehingga skrg kami dah tinggal sebumbung. alhamdulillah. anak pertama kami skrg 5 tahun, anak kedua 2 tahun.
Selepas tinggal bersama baru saya tahu suami saya pernah ada hubungan kekasih dgn seorang perempuan sebelum kami bernikah 2015.
Perempuan tersebut tinggal satu tempat dgn suami saya.
Jadi hampir setiap hari mereka berjumpa. sehinggalah kami bernikah, mereka masih berhubungan sbb kami pjj.
Perempuan tu tahu suami saya sudah bernikah masa tu.
Sejak 2018 baru mereka slowkan hubungan mereka sbb kami dh tinggal sebumbung dan perempuan tersebut sudah ada bf dan akan berkahwin.
Tetapi saya perasan suami masih comment di fb mak dan adik beradik perempuan tersebut contohnye utk wish happy birthday atau wish raya atau sekadar memuji2 mak perempuan tu seolah2 untuk mengambil hati.
Untuk pengetahuan, hubungan mereka sebelum suami berkahwin sebelum ni memang direstui keluarga dan ibu bapa perempuan tersebut.
Mereka betul2 berkenan dengan suami. sampai mcm tu rapat hubungan mereka min.
Sekarang suami dan perempuan tu sudah tidak friend di fb tapi masih menyimpan no hp masing2 sebab kadang2 whatspp story perempuan tu akan naik di whatspp suami saya.
Suami pula sehingga kini masih wish2 dan comment2 memuji2 mak atau ayah perempuan tersebut.
Saya baru tahu semua ni lepas kelahiran anak ke2 dan apa yang paling buat saya sakit min nama ank kami suami letak nama perempuan tu bukan nama biasa min.
Anak kami sepsang lelaki dan perempuan. suami nk letak nama anak hujung dia sama. ini nama contoh saya bagi. Danish dan Danisha.
Nama perempuan tu bukan nama biasa min kalau nk kata kebetulan. ini mmg betul2 dia letak sbb nama perempuan tu lain sikit.
So anak2 kami yg perempuan hujung dia danisha mmg nama perempuann tu hujung dia danisha. ank kami yg lelaki hujung dia nama danish.
Saya sedih kemurungan min saya betul2 rasa suami suka nama tu atau ikhlas dengan nama tu rupa2 nya nama tu nama gf dia min. Allahu.
Saya sedih sangat min. kdg2 saya nampak dia conment di fb adik perempuan tu, ‘kirim salam pada mama, ckp kt mama get well soon’.
Saya bace hancur hati saya min. mama? panggil mak perempuan tu mama? kalau dulu2 takpela min, ni sampai skrg min.
Saya tau perempuan tu yg mana. dan sudah berkahwin. saya kdg2 selalu terjumpa perempuan tu sbb kawasan kami ni bukan bandar besar.
Rupa2 nya seblum ini, suami selalu makan di kedai mama perempuan tu. dari situ mereka jatuh cinta.
Suami bekerja ada pangkat sikit, mak dan ayah perempuan tu sangat2 berkenan dengan dia.
Sehingga kami dh menikah, mereka masih berjumpa. masih bermsej masih call. hancur hati saya min. saya dah tawar hati makin hari dgn suami.
Tp suami tak tau akan hal ni. saya tak tau nk ckp mcm mana. mmg confirm akan gaduh dan suami akan sambil lewa menafikan hal ni.
Saya tertekan. saya marah2 dia. saya dah kurang rasa hormat pada dia sbb dia masih ingat perempuan tu. paling teruk saya kene hadap nama ank saya ni.
Sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. saya perlu buat apa min.. saya rasa nk koyak surat beranak anak2 saya.
Sekarang saya agak dia ada hubungan dengan perempuan lain. sbb dia selalu outstation. biasanya dia akan ada gambar utk setiap job dia.
Ni dah sejak setahun ni takde gambar apa2. alasan dia pkp. tp takkan gambar sendiri dgn kawan2 dia takde ambik.
Naluri saya kuat min tapi saya belum kuat nk bukak hp atau tengok whatspp dia. saya tau kalau dia ade hubungan, dia akan menafikan dan membuatkan semua kesalahan kt saya sbb saya kenal suami saya. bantu saya min.
Saya perlu buat apa.
Allahuakbar sakit dada. Tambahan, bila saya cek. rupanya suami sangat aktif komen dan like fb dan ig perempuan tu sejak 2014.
Suami suka bergurau bila ada gambar perempuan tu. kalau ada family mereka post gambar ramai2, suami akan like setiap gambar yg ada perempuan tu min.
Setiap gambar. satu2 dia akan like. walaupun nampak sikit. kdg3 dia bg emoticon love di gambar tersebut. dan rajin sangat komen dia fb family perempuan tu.
Tetapi post saya pasal anak2, post saya yg saya tag dia jalan2, jarang sekali dia like mahupun komen. kdg2 dia perasan tapi tak respond apa2.
Mula2 saya fikir, suami bukan yg aktif di fb. lama2 bila dh tinggal sebumbung baru tau min, suami mmg akan bukak fb. selalu.
Dia sekarang tengah suka tengok tiktok semua perempuan gelek2. dan kebanyakkannya perempuan tu mmg taste dia min.
Muka bulat berisi putih2. badan berisi2 chubby2 tu mmg taste dia min.
Saya pernah terperasan dia masih simpan gambar perempuan tu di dlm memory card hp dia. kdg2 dia masih belek gambar tu.
Untuk pengetahuan, gaji saya lagi tinggi dari gaji suami. tp saya tak kesah untuk berkongsi tanggungan. perempuan tu kerja di warung kedai makan biasa.
Suami kereta biasa, saya sebelum kawen dah beli vios. akrg rumah dan loan tanah pakai nama saya. saya tak kesah saya fikir tu aset saya.
Kdg2 saya terfikir kenapa suami tak putuskan je hubungan dgn saya sebelum berkahwin dan berkahwen je dgn perempuan tu.
Kenapa teruskan juga dgn saya. adakah kerana pekerjaan saya yg elok, dan dia boleh menumpang senang?
Saya bukan merendah kan perempuan tu. tapi saya terfikir sendiri. kenapa masih terima saya walaupun dari dulu sampai skrg dia masih tak boleh move on dgn perempuan tu.
Masih cintakan perempuan tu.
Part II:
Hampir 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. kami bakal menimang cahaya mata kedua.
Alhamdulillah. kini, hubungan kami suami isteri semakin hari semakin bahagia.
Lagi² akan diserikan pula dengan kehadiran anak dalam rahim ini, kami hidup seperti apa yang orang lain idamkan.
Suamiku sgt baik. Selalu membantu aku buat semua kerja rumah, uruskan anak sulung dan sebagainya.
Cuma nafkah on off sebab kerja sbg tukang masak, tidak menentu pendapatan pd musim covid ini.
Yapi itu tidak menjadi masalah kpd aku krn aku juga bekerja. suami cukupkan diapers dan susu anak, itu sudah buat aku bersyukur.
Kami selalu spent time sama2, aku mmg tak berkira duit tambah² bila makan² di luar bersama suami.
Aku bahagia saja sebab layanan dia di rumah adlh layanan yang menjadi dambaan wanita lain.
Dulu, suami aku sama juga spt lelaki yang tak bertanggungjawab. Kami penah bercerai sebelum pkp yang pertama krn aku sudah tidak tahan.
Adik beradik suami sering ikut campur dlm urusan kami suami isteri. pernah mereka memujuk suami aku untuk pjj dengan aku konon bersimpati dengan gaji suamiku yang kecil.
Kakak iparku pernah mencanang namaku pd seluruh keluarganya mengatakan yang aku dlm diam malu mempunyai suami seorang tukang masak sedangkan aku bekerjaya dan mendapat gaji yang lebih besar daripada suami.
Aku tak tahu perkara itu sehinggalah pd satu hari aku bertengkar dengan suami, dia terlepas semuanya.
Aku kecewa dan lebih kecewa lagi suami menyebelahi kakaknya. katanya, aku adalh manusia yang nak menghancurkan hubungan kekeluargaan mereka
Sedangkan aku tak penah masuk campur hal keluarga mereka. aku bukan jenis banyak mulut bila dengan keluarga mereka.
Dipendekkan cerita, kami bercerai juga selepas kami bertengkar. puncanya adalah aku menemui pesanan kakaknya yang lain bahawa dia tidak pernah menerima aku masuk dlm keluarga mereka.
Dia pesan, bila balik kg nanti, dia hanya menerima suamiku saja tapi tidak menerima aku.
Tak mahu tengok muka aku lagi jejakkan kaki di rumah ibu bapa mereka.
Ya, aku sangat terluka dan lebih terluka, suami aku tidak menyebelahi aku dan percaya bulat2 apa yang disampaikan kakak dia sedangkan yang duduk serumah.
Tido sebantal dngan aku adalah dia. bukan kakak dia. aku pasrah dan reda. aku hidup berdua dengan anak.
Dalam masa beberapa minggu masih dalam eddah suami pada masa itu tinggal di rumah ibu bapanya.
Dia mengadu kpd aku secara berkias yang dia juga punyai masalah dengan kakak² yang cuba menghina dia pula sebab mereka tidak tahu kami bercerai.
Mereka cuba psiko harapkan kami bercerai. padahal kami mmg sudah bercerai.
Dari situ, suami mula nampak siapa yang harus dia percaya dan dia mohon rujuk kembali krn rindukan anak. anak mmg rapat dengan dia.
Aku pikir lebih 100 kali smpai tiada jawapan. akhirnya aku mohon Allah tuntun hati aku demi kbaikan keluarga kami. akhirnya kami bersatu kembali.
Rupanya ada hikmah perceraian itu berlaku. selepas kami rujuk, suami aku berubah 360 darjah.
Tidak lagi menggunakan kata²nya yang mengguris hati aku, buat semua kerja rumah termasuklah basuh kain, angkat kain, bersihkan rumah, masak atau beli makanan jika tak larat masak, uruskan anak, uruskan rumah hampir setiap hari sehingga kini.
Aku bersyukur. aku lebih bahagia dengan suami skrg dan suami akn cuba memahami hati aku setiap kali aku meluah perasaan.
Pujukan yang aku terima berbanding perlian pada satu ketika dulu. dia memang memanjakan aku bagai anak kecil. dulu emosiku didera, kini tidak lagi alhamdulillah.
Cuma, suami masih berusaha menjernihkan hubungan aku dengan keluarganya. aku tidak mampu.
Aku rasa maruah aku dipijak². aku menerima suami, bukan menerima keluarganya.
Mmang tak elok begitu kan? tapi aku terkesan dengan kata² kakak ipar yang mengatakan dia hanya menerima suami tetapi tidak aku.
Aku penah juga balik kg dia dua kali selepas kejadian itu, tetapi adik ipar lelaki dan perempuan aku memandang sinis pd aku.
Anak aku juga tak dpat bermain dengan sepupu mereka menggunakan barang mainan mereka.
Aku sdih lihat moment itu. sejak itu aku tak mahu lagi berganjak ke sana.
Aku tak mampu lihat anak aku dilayan seperti orang yang bersalah sdgkan dia hanya kanak² yang tak faham apa² selain bahagia dlam dunia dia saja.
Satu hal nya, mereka jenis yang tak tahu malu. sudah mencaci aku, masih mahu guna harta aku, kereta aku. tapi dengan muka yang sombong.
Mereka sejenis yang mengatakan smua harta itu adalah kepunyaan suamiku walhal mereka tahu suamiku hanya ada motor sebijik sja itu pon dia dpat selepas kami rujuk.
Aku tak boleh hidup dan hadap orang yang tak tahu malu. suami ajak aku pulang lagi ke kg, meraikan majlis perkahwinan adik beradik yang lain. tapi aku tak mahu.
Aku tak kuat untuk didera emosi. aku jenis cepat serik dan tidak mudah melupakan. maaf aku mgkin tidak ikhlas sebab aku tersangat sakit.
Aku juga tidak mahu suami balik seorang diri menggunakan kereta aku. aku juga tak smpai hati biarkan dia naik motor saja sebab jauhnya hampir 5 6 jam.
Aku buntu. aku memang tak mahu mereka menggunakan harta aku.
Aku tak redha kerana aku tidak mampu berbuat baik kepada orang yang memijak aku. aku bukan sebaik itu.
Kali terakhir adik² ipar aku naik kereta aku (bersama suami), mereka buang segala kulit buah mata kucing yang mereka makan di bahagian kaki.
Tak cukup dengan itu, mereka melenyek buah itu di karpet kereta aku dengan cara memijaknya.
Aku jumpa banyak buah yang dah kena lenyek smpai melekat habis di karpet. belum lagi face mask yang aku sediakan sekotak di dlm kereta, lesap smuanya tinggal kotak sahaja.
Ya Allah, aku tak mampu hidup dengan manusia berhati busuk. aku tak tunggu lama, tak tunggu mereka hancurkan kereta aku dulu untuk aku sedar. aku cepat sedar.
Ya, aku sangat berkira dengan orang yang aku rasakan tidak layak. sebab aku sngt bermurah hati dengan manusia lain sebelum ini.
Aku tidak mampu bermurah hati pula dengan orang yang menganiaya aku. maaf luahan ini agak panjang. dr cerita aku, aku mahu minta pendapat kalian.
Bagaimana caranya untuk aku ikhlaskan hati aku untuk maafkan mereka dan bagaimana aku harus kuat untuk menghadapi mereka lagi.
Suamiku sudah sngat baik akhir2 ini terhadap aku sehingga melayani aku sperti puteri bila di rumah.
Tapi aku rasa bersalah kerana tidak dpat memaafkan keluarga suami. aku cuba tapi aku tak mampu. aku tahu suami sedih. tapi, aku tak mampu buat masa ini.
Aku perlukan kata semangat untuk perbaiki semuanya.
Terima kasih kerana membaca. semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. amin.