Semasa

“Saya Rasa Nak Menangis” – Dikecam Sampai Trending Di Twitter, Mia Sara KesaI Dan Mohon Maaf

Kuala Lumpur: Pelakon Mia Sara Nasuha, 16, kes4l dan memohon maaf selepas satu ciapannya di Twitter mengund4ng salah faham serta menjadi perdeb4tan ramai.

Dalam ciapan itu, Mia Sara berkata, dia pen4t kerap disamakan dengan gadis lain di TikTok yang memakai selendang hitam serta ‘eyeliner’ menyerupai dirinya.

Disebabkan ciapan itu, netizen mempertikaikan kenapa pelakon itu perasaan gadis lain cuba men1ru gayanya selain mendkwa dia sy0k sendiri dan cuba meraih perhatian.

Ciapan Mia Sara itu diciap semula lebih 400 dan hampir 4,000 komen.

Mia Sara berkata, niat sebenarnya adalah untuk menyampaikan mesej positif dan dia mengakui caranya menulis ciapan itu agak meng3lirukan.

“Silap saya, inti utama saya nak cakap di sini adalah tak semestinya dia pakai ‘shawl’ dan ‘eyeliner’, dia nampak macam saya. Pada asasnya, saya mahu orang lihat gadis-gadis cantik itu sebagai diri mereka sendiri.

“Saya mohon maaf atas salah tafsir berlaku. Komen ‘cantiknya macam Mia Sara’ kedengaran salah pada saya. Dia nampak macam diri sendiri dan cantik dengan tersendiri.

“Ciapan saya ditujukan kepada bahagian komen dan bukan kepada gadis terbabit. Saya sudah jelaskan dan tak salahkan mereka sebab salah faham. Sebab cara saya tulis pun memang salah,” katanya.

Mia Sara juga menjelaskan niat asalnya tidak lain untuk memberi mesej bahawa setiap wanita memiliki kecantikan masing-masing tanpa perlu disamakan dengan orang lain.

“Saya rasa nak menang1s. Saya tiada niat nak cakap hal lain tapi orang salah faham. Saya nak sebarkan mesej positif supaya orang melihat setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri mereka,” katanya.