Semasa

“Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa” – Vida Ada Tawaran Buat Yassin Senario

Usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menaja kos membuat gigi baharu bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Yassin Anye.

Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Gempak pada Sabtu, Vida mahu Yassin lebih yakin dengan memiliki sebaris gigi yang cantik.

“Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa.

“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh,” luah Vida.

Yassin terdahulu mengulas mengenai situasi isterinya yang tular dan menjadi perhatian ramai menerusi akaun TikTok.

Bagaimanapun, hasrat Vida itu mendapat kecaman netizen yang menganggap pelantun lagu I Am Me itu sengaja mahu menumpang kisah Yassin.

“Alang-alang jumpa terus, atau DM.

“Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini.

“Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo?

“DSV kalau pakai braces mesti lepas ni lagi cantik. Tak nampak rahang besar sangat. Macam muda 10 tahun,” saran beberapa pengguna.

Namun, ada juga yang memuji hasrat murni Vida itu.

“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk happy dan semakin kaya.

“Hebat Datuk. Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis beberapa warganet lain.

GV8 bakal melabuhkan tirai pada malam ini dan enam finalis bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Siapa pilihan anda? Aliff Aziz, Aweera, Azan Scan, Adibah Noor, Suki Low atau Nikki Palikat?

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Bijak merahsiakan perkahwinannya hingga dianggap bujang terlajak, Yassin Yahya akui dia sebenarnya sudah sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Kata pelakon itu, dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan berita perkahwinannya dengan Farah Waheeda Mahadian kepada umum, selain ingin dikenali melalui kerjayanya.

“Saya memang tak pernah berkongsikan berita pernikahan dengan Farah Waheeda, tapi sekiranya ada peminat yang ingin ambil tahu, mereka boleh saja datang dan bertanya.

“Sebabnya, saya lebih suka diri ini dikenali melalui kerjaya dan kejayaan, bukan perihal keluarga,” katanya.

Yassin yang mula dikenali melalui kumpulan Senario itu turut menjelaskan, isterinya juga memahami permintaannya agar tidak mendedahkan diri tanpa sebab.

“Ia sebenarnya adalah salah satu daripada permintaan saya sendiri. Saya katakan kepadanya, jika benar-benar perlu dedahkan, biarlah kena pada waktu.

“Kebetulan saya menyertai pertandingan Gegar Vaganza 8 (GV8). Justeru, saya anggap masa itulah yang paling sesuai untuk muncul sebagai sebuah keluarga depan umum.

“Saya juga tak sangka kisah mengenai isteri dan anak sampai jadi viral di media sosial,” katanya lagi.

Yassin tak dedah sudah 11 tahun kahwin demi kerjaya

Yassin berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Nasi Lemak 1.0 bersama media di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur semalam.

Nasi Lemak 1.0 berkisahkan persaingan antara Hero Huang dan Lan Qiao di mana mereka saling berlawan untuk menentukan siapa yang paling pandai memasak.

Semasa pertandingan sedang berlangsung, satu kejadian misteri terjadi apabila Hero Huang dengan tiga orang sahabatnya kembali ke masa lampau iaitu di zaman Kesultanan Melaka.

Selain Yassin, filem arahan dan dilakonkan Namewee itu turut dijayakan pelakon AC Mizal, Wak Doyok, Saiful Apek, David Arumugam, Delimawati dan Yumi Wong.

Ia dijangka menjengah pawagam pada 27 Januari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok video berdurasi 15 saat yang memaparkan Yassin bersama seorang wanita dan kanak-kanak yang dipercayai isteri serta anaknya, menari bersama-sama.

Rakaman itu mencuri perhatian kerana sebelum ini ramai yang tidak menyangka pelawak itu sudah pun berkahwin dan dikurniakan cahaya mata.

Melalui video dari akaun Warda Waheeda itu, Yassin yang berbaju kuning dilihat melayan isteri dan anak mereka, Puteri Aulia Zawarda, 5, menari.

Ramai yang menyatakan perasaan terkejut kerana itu adalah kali pertama Yassin memperlihatkan isteri – yang raut wajahnya dipuji persis pelakon Janna Nick – dan anaknya kepada umum.

Mengulas penampilan isteri di TikTok, Yassin berkata dia tidak menghalang Farah Waheeda menggunakan aplikasi itu.

“Saya tak halang, semua orang boleh menggunakan TikTok. Saya sendiri pun menggunakan TikTok untuk promosi penampilan Sa.Ya di GV8. Saya nak lihat kuasa TikTok.

“Alhamdulillah, tak sangka, daripada hanya 400 pengikut, akaun @yassinsenariounion kini memiliki hampir 100 ribu pengikut dalam tempoh tak sampai tiga bulan.

“Sekarang sesiapa pun boleh viral, yang penting apa isu kita ketengahkan,” katanya lagi.

SAAT PERTAMA KALI NETIZEN NAMPAK ISTERI YASSIN SENARIO

Yassin berkahwin dengan Farah Waheeda Maharidan, 43, pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.

Bercakap tentang filem Nasi Lemak 1.0, Yassin berkata dia tidak memikirkan soal kontroversi pengarah Namewee yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Saya melihat dia seorang yang berbakat. Saya tak pandang kontroversi.

“Hasil kerjanya baik terutama dalam aspek sinematografi. Dia sangat teliti,” jelasnya.

Filem yang menelan belanja RM 3.5 juta ini bakal menemui penonton bermula 27 Januari ini di 120 buah pawagam seluruh Malaysia.