Dalam diam, pelakon Natasha Hudson selamat berkahwin dengan pilihan hati yang dikenali dengan nama Jay Jasmin.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Natasha, 39, memuat naik semula gambar (repost) yang memaparkan foto sepanjang majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Ahad.
Sedondon mengenakan busana berwarna peach, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson tersenyum manis di sisi suami.
Entri tersebut turut dipenuhi dengan ucapan daripada kenalan rapat yang mendoakan agar mahligai yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.
Sementara itu, adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson turut berkongsi gambar kakak dan abang iparnya di Instagram (IG).
Dengan ucapan ringkas, Tania mengucapkan tahniah kepada pasangan dua sejoli itu.
Sebelum ini, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan pada 2006.
Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena.
Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 15 April 2012 buat kali ketiga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.
Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun 2019.
Umum tahu, sebelum ini pelakon Natasha Hudson mengenakan hijab malah pernah berniqab pada tahun 2016. Namun, penampilan terbaru Natasha mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik foto ‘free hair’ di media sosial (IG) miliknya.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Natasha, 40, berkongsi foto dan video dirinya tidak bertudung di persisiran pantai yang dipercayai terletak di Pulau Langkawi, Kedah.
Kelihatan rambutnya yang berwarna perang, pemilik nama Natasha Liana Hudson mengenakan baju-T berwarna putih dengan legging hitam serta ‘bucket hat’ sambil menikmati keindahan laut.
Dalam hantaran berbeza, bekas model ini juga ada memuat naik rakaman memori ketika dia sedang menjalani aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang.
Hasil pemerhatian OhBulan!, pelakon filem Chermin itu bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen.
Di laman Twitter, rata-rata netizen turut mengulas mengenai isu panas itu.
@solehahahah: Natasha Hudson dari berniqab terus free hair. Dulu dia pakai niqab sebab suami rasanya.
@arfieysyafme: Natasha Hudson dah freehair semula huhuhu.
@yuliyanaayusuf: Natasha Hudson free hair dah? Sayang..
Sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Natasha berhubung imej terbaharunya itu.
Terdahulu, Natasha pernah berkahwin sebanyak empat kali namun perkahwinannya tidak berkekalan lama. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Hasil, perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.
Kemudian, Natasha berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7 namu memilih untuk bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai juga pada Oktober 2019.
Sumber: Instagram @natashahudsonofficial