Semasa

Semalam Saya Hampir Tombok Dia Sebab Dia Cabar Kesabaran Saya Bila Saya Mintak Belikan Sportrim Baru Untuk Kereta Saya Tapi Dia Cakap Membazir

Assalamualaikum warga KRT.  Saya nak minta pandangan semua. Saya buntu dan down sekarang ni.

Saya dah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan 6 orang anak. Apa yg saya perlu buat kalau isteri lambat bagi duit untuk saya ye?

Untuk makluman isteri saya buat 2 kerja dalam sehari.

Pagi dia jual kuih, petang sampai malam dia kerja ambik order kat kedai makan dengan bayaran Rm25 sehari.

Nafkah saya sepatutnya dia kena bagi Rm20 sehari tapi dah seminggu dia tak bagi. Dia tak jalankan tanggungjawab dia.

Macam mana saya nak buat belanja rokok  kalau dia tak bagi? Saya dah lama sabar dengan sikap dia.

Selalu balik lambat dgn alasan kedai makan tutup lambat tauke tak bagi balik awal. Saya nak makan apa kalau dia lambat? Dia tak fikir semua tu.

Saya duduk rumah dari pagi tak makan tunggu dia balik masak utk saya dan anak2. Kadang2 anak saya terpaksa minta nasi dekat rumah jiran utk saya makan.

Anak2 takpe boleh tahan lapar sampai malam mak diorang balik. Tapi saya ni penat tak boleh makan lewat2.

Dia balik pukul 11 baru dia masak. Tu pun goreng telur je. Dia ingat saya ni apa? Telur tu bagi kucing pun kucing muntah.

Saya nak makan daging batang pinang dgn ketam nipah kalau boleh.

Lagi satu yg paling saya tak suka sekarang dia dah tak jaga badan yang tak tahan bila tersentuh part lemak ketul  berdaki.

Kadang2 bila dia balik kerja tengah malam bau badan hamis macam ayam kampung. Saya pun tak selera nak tidur dgn dia.

Kadang2 bila tidur dgn dia saya rasa takut sebab saya rasa macam tidur dgn anakonda.

Saya dah makin hilang sabar. Geli bila duduk sebelah dia. Kadang2 saya menyesal kahwin dgn dia. Saya ni ada rupa, badan tegap, rambut lebat tapi dapat jodoh dengan Katak Soma lia ni. Menyesalnya.

Semalam saya hampir tombok dia sebab dia cabar kesabaran saya bila saya mintak belikan sportrim baru untuk kereta saya tapi dia cakap membazir.

Apa masalah perempuan ni ha? Dia pun banyak membazir duit beli beras susu anak pampers semua tu saya tak pernah bising. Suka sangat membazir beli benda tak perlu.

Hari tu saya nampak dia kotex saya marah la dia sebab benda tu tak penting. Ni dah dua tahun raya dia tak belikan saya baju baru.

Memang jenis derhake.

Mak mertua saya pun selalu menangkan anak dia kata saya ni pemalas.

Wehhh perempuan tua aku ni tak boleh kerja berat sebab aku tak nak bangun pagi tahu tak? Kau tak tahu cerita jangan sibuk la.

Hari ni saya dah hilang sabar. Lama dah saya pendam. Patut ke saya kahwin lain?
Baru ni Saya ada kenal dengan seorang cikgu sekolah rendah kampung saya.

Kerja kerajaan. Alhamdulillah mungkin terjamin hidup saya lepas ni. Saya dah survey dah Honda FK8R.

Lepas saya kahwin dia janjikan nak buat loan untuk kereta saya. Saya sayang dia.

Cantik putih slim. Bukan macam bini saya. Harap semua boleh bagi pendapat ye. Saya dah penat. Sungguh saya penat nak hidup dengan dia.

Saya pun ada kehendak dan hobi saya. Saya teringin nak pakai sportrim baru macam kawan2 saya tapi isteri saya tak mampu bagi.

Kawan2 saya semua suruh saya ceraikan perempuan tak guna tu. Tolong ye semua bagi pendapat. Saya buntu. Terima kasih

Part II: Bila aku tengok dia balik kerja penat aku urutkan dia ape semua tapii keesokkan harinya kantoi bila member dia upload gambar dia pergi ride siap makan2 nasi kandar

Assalamualaikum, admin. please hide id ye. tq. aku nak meluah n minta pendapat, saya dah berkahwin selama 4 tahun, masih belum mempunyai anak, so far kami ok tak de orang ke tiga ke ape ke hubungan semua ok.

Cuma min, suami aku tak romantik langsung, kalau tak romantik tapi duit bagi berkepuk2 tak pe la..

Ini sebulan rm200 je, itu lah duit makan, duit minyak, duit beli syampoo ape semua.

Kami skrg duduk berasingan so tak de istilah suami sibuk cari duit bayar sewa rumah sebagai nye, kami duduk rumah ibubapa masing2, suami aku tak romantik langsung.

Selalu biarkan aku makan hati, orang selalu cakap kalau bergaduh Perempuan selalu nak menang, tapi benda tu tak jadi pada aku min..

Kalau aku merajuk seminggu dia buat muka tembok je, langsung tak de rasa nk pujuk ke ape ke.

Dia buat hal dia, sedangkan salah tu dia yang buat, contoh nye dia pergi ride ngn kawan2 dia jauh2 tapi dia tipu aku ckp dia kerja dan kena balik lambat sebab kena ot,

Bila tengok dia balik penat aku urutkan dia ape semua, sian laki aku keluar pukul 7 pagi pukul 10 malam baru balik, tpii keesokkan hari nya kantoi bila member dia upload gambar dia pergi ride ke utara, makan2 nasi kandar, korang rasa ape perasaan aku.

Bini yang belum ada anak tinggal sorang2 malam2 kena tipu lak tu, sedangkan masa tu diawal usia perkahwinan bukan nye da lama.

Baru 2 bulan kawen dia da tipu aku macam tu, depan mak ayah aku kemain alim pakai kopiah, surau and mengaji tak tinggalbila ngn aku je layan lagu dangdut..

Itu ok lagi di usia 6 bulan perkahwinan kami, kitorang gaduh besar, sebab dia kantoi tengok video l0ca, waktu tu Aku rasa terhina sangat.

Ye aku akui yang aku nii tak cantik,  so bila aku tanya dia kenape dia ckp dia tak puas ngn aku, tak menepati citarasa dia.. korang rasa apa perasaan aku??

Aku rasa down gila, aku rasa terhina, dia suruh aku make over jadi macam perempuan2 tu, time tu jgk aku tumbuk dada dia.

Aku rasa macam dia nk aku ni jadi macam perempuan tak de maruah yang dia tengok tu ke, aku rasa jijik sangat da diri aku nii.

Aku persoalkan kenape kalau da tau aku tak menepati citarasa kenapa kawen jugak dengan aku, sedangkan bukan aku yang tergila2 kat dia.

Bukan aku pun yang nk kat dia, aku kawen ngn dia sebab parents paksa, parents aku ckp susah nk cari lelaki baik macam dia tu.

Sedangkan dia tak ada sapa2 pun paksa tpi kenape dia kawen dengan aku kalau mmg nfsu dia bukan dekat aku.. kenape dia nk siksa jiwa raga aku macam nii.

Aku maafkan jgk dia sbb dia mintak maaf. Tapi demi Allah sampai skrg aku masih ingat dan masih sakit hati, kena tipu and kena hina macam tu..

Tapi lama2 aku rawat jgk walaupun berdrah hati aku.. tak pe la aku redha je la. aku ingat dia berubah dah tpi ternyata dia masih lagi layan l0ca lagi.

Sampai kan bulan puasa pun layan benda tu.. aku diam kan aje, pernah skali aku meletop jugak.

Ade ke patut dia tengok video  tu depan mata aku! phone dia hang rasanya tuhan nk tunjuk, dia tershare video tu tanpa sengaja di Fb.

45 minit lepas tu baru dia perasan dan padam balik. tak tauu lah org da sempat tengok atau tak sebab masa tu tengah malam da.

And aku masih tak tidur dan scroll fb laa.. disebab kan dia suami aku.

Aku bintang kan dia so mmg dpt noti la bila dia up status, berderap lagi jantung aku, mak ayah aku friend list dia kot. tpi aku anggarkan mak ayah aku tak sempat tengok sebab dia up tu tak lama.

Jujur aku ckp kan skrg aku tahu je dia tengok video2 tu lagi, maklum lah baju seluar dia aku yang basuh, tpi aku diamkan je, aku tahan jee Allah je tahu sakit dia macam mana..

masuk tahun ke 2 perkahwinan, aku dah tak de rasa apa2 dah kat dia, lebih kepada benci, aku sendiri tak tau kenape boleh wujud benda ni.

Sedangkan aku cuba buat macam biasa, skrg kitorang duduk berasingan atas tuntutan kerja. aku di selangor, aku kerja sebagai cikgu sekolah private je, dia di negeri 9 sebagai juruteknik, perjalanan nk jumpa tu tak lama mana pun.

Setiap hujung minggu kami jumpa since lockdown je tak jumpa, aku faham. tpi yang aku hairan dia umpama macam tak kisah dan tak ambik tahu lansung pasal aku. umpama macam buat hal masing2..

Kalau aku tak whtspp tanya kabar dia diam seribu bahasa sebulan tu sebulan la diam, ini terjadi masa pkp yang pertama tahun lepas.

Aku rasa dia kawen dengan aku hanya sebab malu tak kawen lagi, maklum lah umur dah 31 masa kawen, kawan2 dia da ramai yang dah ada anak dah, so dia malu sebab kawan2 asyik tanya..

Dia mengiginkan isteri yang cantik cutting model tpi dia kadang2 lupa tengok cermin, sebab pada aku rupanya tak hensem pun.

Disebabkan aku terlampau tertekan dengan situasi kami nii sampai aku rasa macam tak perlu kot ada suami, duit belanja aku tak la banyak mana.

nk bayar duit kereta pun tak lepas, ngam² lepas duit minyak pergi balik kerja je.. selebihnye perbelanjaan aku semua aku pakai duit sendiri.

Kadang kala,makan minum dia pun aku yang tanggung bila duduk bersama..

Bukan mengungkit cuma macam fungsi dia kurang kat situ… aku sampai rasa macam kurang fungsi dia dlm hidup aku, menenangkan pun tak.. tiap kali aku marah dia buat derk je..

Skrg kami tak contact selama sebulan lebih akibat lockdown dan aku sikitpun tak de rasa rindu kat dia, bahkan aku risau dan malas nk jumpa balik kalau boarder dah dibuka.

menyesakkan hati betul bila pikir boarder bukak kena jumpa suami dulu, menyesakkan hati bukan sebab rindu, tpi sebab rasa meluat tu ada…

Sepanjang pjj ni, hanya saya saja yang dtg bertemu dia di rumah mertua, dia tak pernah sekali pun dtg rumah saya untuk berjumpa. alasan sibuk bekerja.

Tapi bila saya yang jumpa dia, elok je pulak cuti tak de la pulak sabtu ahad tu dia kena kerja.

apa lah yang patut saya buat nii saya umpama macam tawar hati dengan dia.. duit belanja dia masih bagi macam biasa lah rm 200 sebulan bank in then hantar je resit dengan caption duit belanja bulan ni.

macam beli barang online pulak… saya pun tak tau nk reply apa kalau macam tu cara mesej nye. saya just say tq jela. Lepas tu senyap terus.