Semasa

Video: Sebak Lihat Reaksi Si Akak Seolah Memahami Bila Shuib Cerita Tentang Pemergian lbu Mereka

Siti Sarah Sempat Dermakan Semua Produk Tudung Syarikatnya

Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir.

Segala kebaikan dilakukan arwh Siti Sarah secara senyap mula terbongkar satu persatu.

Ia selepas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (1CU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat p4ndem1k C0V1D-19, semalam.

Pengurusnya, Nana Mohammad Rom berkata, arwh sentiasa berusaha membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan dalam diam dan enggan dihebahkan.

Malah, Nana mendedahkan, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu banyak menghulurkan bantuan kepada rakan industri, bekas wartawan dan pengikut dalam laman sosial.

Nana akhirnya dedah sesuatu

“Arwah dikenali sebagai insan paling suka bersedekah. Sangat pemurah dan banyak menderma.

Arwh tidak pernah tolak sekiranya ada pengikut menghantar mesej langsung dalam Instagram (IG) memerlukan bantuan.

“Namun, arwh tidak suka orang tahu dan bercerita. Namun, pihak pengurusan, Indigital Music tahu mengenai perkara ini.

“Terbaharu, sebelum menaiki ambulans untuk ke hospital, arwh memindahkan wang kepada ibu tirinya minta dipanjangkan sedekahnya.

“Sebelum ditidurkan, arwh minta pembantu peribadi ambil semua produk tudung keluaran syarikatnya untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital,”

Katanya ketika ditemui BH Online selepas pengebvm1an arwh di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam

Nana akhirnya dedah sesuatu

Ditanya tahap kesihatan arwh, Nana berkata, arwh tidak memiliki sejarah penyakit kr0n1k.

“Arwh tiada penyakit kronik. Arwah sangat menjaga pemakanan, malah sering mendapatkan rujukan doktor peribadi.

Ia dilakukan semasa melakukan kuarantin kendiri di rumah.

“Saya menghubungi arwh setiap hari sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Arwh kata keadaannya okay dan minta jangan risau.

“Namun, arwh memberitahu kena ke hospital selepas paras oksigen jatuh pada hari kelapan. Ketika itu, arwh mula batuk, namun memikirkannya hanya gejala biasa,” ujarnya.

Akhirnya Shuib Beranikan Diri Cerita Semua Kepada Anak

Sewaktu pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ditemubual selepas pengebumian isterinya di tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Sia memaklumkan yang anak-anaknya masih belum mengetahui bahawa Siti Sarah sudah tiada.

Dia juga mengakui seikit gusar untuk berhadapan dengan perkara itu, namun harus menguatkan hati bagi memberitahu kebenaran sebenar kepada ketiga-tiga anaknya.

Dalam IG live Shuib petang semlaam, dia ada menceritakan bagaimana anak-anaknya mulai bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial.

Dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah meninggal dunia.

Justeru itu, menerusi akaun Instagram allahyarham isterinya, Shuib telah memuat naik momen yang sempat dirakam saat anak-anak mengetahui kebenaran.

Dengan tenang, Shuib mengumpulkan anak-anak dan memberitahu dengan begitu hemah berkenaan pemergian ibu mereka.

Jelas tergambar wajah terkejut dan masing-masing mulai menangis teresak-esak apabila mengetahui hal sebenar sehingga pelawak tersebut juga terasa sebak.

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Shuib dengan tenang memeluk anak-anaknya dan menenangkan mereka dari menangis selepas dimaklumkan perkara sebenar.

Ramai mengakui tidak sanggup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui sudah kehilangan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik.

Ini dalam membentuk anak-anak seperti yang dipesan oleh allahyarham isterinya agar mereka semua membesar menjadi anak yang soleh serta solehah.

Tonton Video KLIK DI SINI

Semalam, Shuib ada memuat naik sebuah video di Youtube mengenai reaksi anak-anaknya sebaik sahaja mengetahui ibu mereka sudah meninggal dunia.

Menurut Shuib, ketika arwah meninggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, dia tidak mengejutkan mereka.

Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengebumian, Shuib cuba untuk cekalkan hati dan tidak bercakap mengenai perkara tersebut terlebih dulu.

“Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat.

Ini kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi.

Nana Akhirnya Dedahkan, Sebelum Sarah Ditidurkan, Arwah Sempat Sedekahkan Semua Produk Tudung Syarikatnya

Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak.

Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini.”

Shuib turut memberitahu bahawa dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu mereka sudah tiada.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi.

Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham. Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka.

Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah.

Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik.

Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah.

Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.

Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah.

Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia.

Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham.”

Shuib turut meluahkan rasa syukur kerana ketiga-tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.

Shuib turut mengajak anak-anaknya mengerjakan solat Asar bersama, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.

Shuib memaklumkan kepada umum bahawa dia akan memuat naik video penuh mengenai reaksi anak-anakya di akaun Youtube kelak.

Sumber: Shuib

Sumber Rujukan : MSTAR ONLINE / IG Shafiq.Sharip/TiktokAA/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin