Semasa

Siti Saleha Sah Cerai Talak Satu, Ini Jawapannya Bila Ditanya Sebab Penceraian

SELEPAS tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercer4i talak satu dengan suami Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Isnin.

Lafaz cer4i dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10.30 pagi.

Terdahulu, Siti Saleha hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna hitam ditemani ibu, bapa dan peguamnya, Azmi Mohd Rais.

Manakala Ahmad Lutfi hadir memakai sut hitam ditemani dua peguam.

SALEHAH66

Saleha tenang menjawab soalan daripada wartawan mStar.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ketika ditemui kelihatan tenang dan menganggap jodohnya dengan Ahmad Lutfi tidak panjang.

“Hari ini Alhamdulillah kami sudah bercerai cara baik, jodoh kami tak panjang… sampai sini sahaja.

“Tiada apa-apa yang boleh saya ulas, cuma kami tiada kesefahaman,” ujarnya.

SALEHA55

Kr1sis p4ndemik bukan punca percer4ian

Sebelum ini, pada bulan September tahun 2020, Siti Saleha pernah ditanya mengenai keluarga dan perkahwinan ketika kr1sis pandem1k Cov1d-19. Dia berkata, kehidupannya dan suami, Ahmad Lutfi Azhar dalam keadaan baik.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikan kami waktu untuk luangkan masa bersama memandangkan sebelum ini, masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tempoh itu juga saya gunakan untuk kembangkan hobi saya menjadi bakat contohnya memasak dan melukis,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha mengejvtkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi k3s sebutan percer4iannya dengan Ahmad Lutfi.

Saleha

Untuk rekod Siti Saleha dengan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.