Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa seperti telur di hujung tanduk selepas beberapa gambarnya bersama suami, Engku Emran sudah dipadam di Instagram.
Isu ini semakin hangat diperkatakan selepas Noor Nabila bertindak menukar gambar profil akaun Instagramnya yang sebelum ini merupakan gambar perkahwinan bersama Engku Emran.
Berita mengenai masalah rumah tangga membabitkan Engku Emran dan Noor Nabila ini turut mendapat perhatian media di Indonesia yang juga mengatakan rumah tangga mereka telah sampai ke penghujungnya.
Sah, Mereka Masih Suami Isteri
Terbaru! Terdapat satu video yang dimuatnaik Noor Nabila diĀ Tiktok menunjukkan anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat berjemaah dengannya.
Video itu telah membuktikan yang Nabila masih sebumbung dengan suaminya apabila terdapat kelibat Engku Emran yang sedang menjadi imam mereka.
Cerita yang kita dengar bahawa perkahwinan mereka seperti di hujung tanduk itu adalah tidak benar.
Tonton Video di Tiktok @noornabila00