Semasa

Suami Aku Hya Tau Senangkan Org Lain dgn Dkwahnya, Shg lstri Menderita Melayan Perasaan

Assalammualaikum. Saya cuma nak luah. Mungkin saya ni bukan orang yang baik. Yang mampu tanggung semua tanpa aibkan suami.

Saya berkahwin dah hampir 12 tahun. Sekarang mengandung anak ke tiga..

Percaya tak. Anak kedua saya tidak suka pada suami iaitu ayahnya sendiri.

Ceritanya begini. Suami saya orang yang alim. Baik dari pandangan mata orang lain. Ramah mesra dengan orang lain.

Dia la yang bertanggungjawab memastikan bantuan apa-apa sampai pada orang yang memerlukan.

Baik dan hebat suami saya. Masanya penuh dengan kerja-kerja dakwah. Hebat kan.

Tetapi setiap hari. Suami cuma ada masa di rumah tak sampai pun 3 jam. Tu pun sebelum zohor.

Dalam waktu tu suami akan tengok TV, main henfon atau pun tidur. Saya dah terlalu lama pendamkan rasa ni. Daripada seorang yang ramah. Saya jadi pendiam.

Dulu saya suka bercerita pasal diri saya pada suami. Sekecil-kecil perkara. Tapi suami tak endah pun.

Memang dia tak dengar pun. Sampai sekarang, saya tak pernah cerita pasal diri saya dekat suami. Bila suami balik lewat malam.

Dia hanya cerita kan masalah dia. Macam2 tekanan dia. Saya dengar je. Dalam keadaan sekarang, saya mengandung.

Saya nak je cerita anak dalam perut dah gerak. Tapi saya cuma cakap sorang2 je. Happy tengok baby dalam perut gerak.

Tapi hanya happy sorg2.

Kadang2 bagitahu dekat anak2 je. Anak2 la pasang telinga. Dekat kan telinga pada perut.

Percaya tak, boleh kira berapa kali suami pegang perut. Boleh kira berapa kali suami tanya awak ok ke.

Saya tahu. Suami terlalu sibuk fikirkan bisnes dia. Dengan kerja dakwah dia.

Tapi sekarang saya dah sangat-sangat tawar hati. Saya tak ada perasaan pun pada suami.

Saya cuma buat kerja-kerja rumah yang saya rasa mampu buat je.. Masak pun jarang.

Jadi saya tak stress kalau suami x pernah bantu pun. Anak pun paham.

Saya kata mama penat. Dia tak kacau. Cuma bila suami balik. Pernah sekali dia tegur..

Bila nak berakhir ye simptom mengandung ni. Senyap2 je air mata saya mengalir.

Lupa nak cerita kenapa anak bongsu saya tak suka ayahnya.

Masa mengandung anak kedua. Saya terlalu pendam rasa. Sampai saya tak boleh nampak suami.

Saya jadi nak marah. Saya benci sangat-sangat dengan suami. Bila anak lahir. Tah dua tiga kali je kot dia basuh berak anak dan buat susu.

Jadi anak memang xnak peluk suami. Suami ada cakap, dah macam bukan anak dia dah. Saya cuma diam. Malas nak cakap banyak.

Bila mengandung anak ke tiga. Ni saya memang ingin sangat nak anak.

Saya rasa tua-tua nanti mungkin saya hanya boleh harap dekat anak dan bukan suami.

Suami kata nak jaga betul2. Dia masakkan untuk saya.

Saya rasa seminggu je. Basuh kain.. Sidai..lepas tu sama macam yang saya cerita di atas.

Saya pening, saya muntah, dia tak tanya pun. Dan mengandung kali ni saya terus terang. Saya rasa suka dia peluk.

Tapi masih sama. Pengabaian dari suami menyebabkan saya rasa nak marah. Tiap2 hari saya makin benci pada suami.

Lagi saya masam muka, dia akan minta anak sulong saya je yang tanya kan keadaan saya. Dia tak pernah tanya.

Pernah saya makan megi tengah malam sebab lapar. Saya cakap sorg2 sebab membayangkan dia teman saya makan.

Saya akui. Tak bertuah mana pun berkahwin dengan orang alim. Dia balik bising2 surau tutup. Dalam hati saya bersyukur surau dan masjid tutup.

Jadi dia ada banyak masa di rumah.  Tapi tu semua hanya sementara. Jika dibanding kan dengan orang lain yang suami penagih, suami kaki perempuan.

Rasanya keadaan saya jauh lagi baik. Saya patut bersyukur kan.

Saya harap saya mti masa bersalin nanti. Tapi kesian anak kedua saya. Dia sangat manja dengan saya.

Kalau umur saya panjang. Saya tak kesah pun bersama suami sampai tua. Sebab hati saya dah kering.

Saya cuma buat rutin saya macam biasa. Tanpa ada kasih sayang. Lagi pun saya bekerja.

Saya hilang kan stress dengan kawan2. Duit saya guna untuk diri saya. Walaupun banyak juga saya topup untuk duit rumah.

Yela. Suami memilih nak akhirat. Jadi kerja2 dunia ni dia kurang. Lantak dia la. Nafkah xnak bagi pun takpe…

Tu urusan dia dengan Allah. Terima kasih. Harap hati ini tenang sikit. setelah buat luahan di sini.

Yaya: Nape x terus terang je dgn suami..komunikasi antara suami isteri tu penting.

Kalau da nak masuk anak tiga pun sis asik memendam perasaan sampai ke tua sis berendam air mata.

Buat ape siksa diri.cerita dan confess mcm kat krt ni dgn suami.bgtau suami awk perlukan dia dirumah,nak berborak,bermesra,nak gurau ketawa dgn suami mcm org lain..

Bgtau awk rasa kosong.ckp kat suami kenapa anak2 xrapat dgn dia.suruh dia dgr ceramah atau tgk cerita ttg parenting.

Kalu dia xbuat mcm ni awk mungkin pilih penceraian sbb nak cari bahagia sndiri.kalau suami awk syg.

Sia mesti akan berubah sikit2..bg dia masa.tp kalau sama je.awk ckp je da putus asa dgn dia.

Melati: Suami macamtu, jangan beranak ramai..kesian anak2 sedia ada… Kecik2 dah pandai membenci bapa sendiri pun tak bagus juga.

Kalau emak asyik takde mood masak pun tak boleh jugak.. pendek kata.. kebajikan dan pendidikan, kasih sayang untuk anak2 penting.

Jika seorang bapa gagal, ibu kena lebih memberi perhatian. Berhenti fikir pasal laki.. mulakan hidup awak anak2 beranak dengan lebih teratur.

Khairani: Suami sepatutnya utamakan keluarga sendiri berbanding orang lain.

Sebab isteri tu amanah daripada Allah untuk suami jaga sebaiknya.

Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Berkahwin dan berkeluarga bukan perkara main-main. Ia mesti dilalui dengan penuh tanggungjawab.

Lelaki yang berkeluarga perlu mencontohi kepimpinan Rasulullah yang selalu berbuat baik kepada keluarganya.

“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmizi)

Amanah kepimpinan akan ditanya. Sebagaimana yang diingatkan oleh utusan-Nya.

“Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

Peah: bertahan untuk apa kalo dah tawar hati knp tak ajak bercerai bg kata putus luah dgn sikap dia yg kau x suka tu…

Nak kata bertahan demi ank pon kau sedia maklum ank ko x suka bpk dia…ke bertahan demi pepek ber unei?

Mailo: Sabar lah sis. Anggap je ujian berbeza. Bykkan dlm solat berdoa pd Allah. Allah akan beri kebahagiaan.

Jgn letak kebahagiaan pd suami. Kebahagiaan hanya dari Allah. “Hanya dgn mengingati Allah shj lah hati menjadi tenang”.

Sumber KRT