Semasa

Masa Dia Dpt BPR Aku Minta 100 Nak Buat BeIi Susu ngan Pampers Anak, Suami Bentak, Dia Suruh Aku Guna Duit Sendiri

Salam. Maaf nak meluahkan perasaan.
BPR kn dah dapat. saya hanya minta RM 100 sahaja dari suami untuk beli susu anak. Suami tak nak bagi.

Dia suruh guna duit sendiri. Allahuakbar sedih sangat rasa hati. Dah 10 tahun kahwin,suami jarang sangat beri duit nafkah pada saya.

Saya ni hanyalah suri rumah sahaja. Saya ada jugak niaga. Duit niaga tu banyak saya habis kan untuk keperluan anak-anak

Suami tak pernah nak ambil tahu baju anak elok je tak. Seluar anak koyak pun tak kisah. Baju t-shirt saya kat rumah banyak dah berlubang-lubang.

Saya nak minta beli baju pun payah. Hari tu minta dia duit nak beli baju raya,dia bising.

Setiap minggu dia cuma bagi RM50 untuk belanja dapur. Dulu RM 100. Sekarang makin kurang dia bagi.

Duit tu lh nk isi minyak motor. Nk isi minyak kereta. Nk belanja dapur. Bila minta lebih,dia tanya mana duit yang dia bagi.

Bila dia guna kereta atau motor, tak isi semula. Biarkan minyak tu tinggal sikit. Kadang – kadang je dia isi.

Bila saya kata kena isi minyak motor atau kereta dulu,dia merungut kenapa tak isi. Mana cukup duit nak isi.

Saya kadang guna kereta atau motor ambil anak sekolah. Pergi kedai dan hantar barang jualan. Bila balik kampung,dia boleh hulurkan RM50 pada atok dia.

Tapi bila saya minta,dia kata duit dia dah habis. Saya tak tahu nk kata apa. Rasa nak menangis waktu tu sahaja.

Setiap bulan dia bagi duit pada ibu bapa dia. Itu saya tak kisah.

Tapi jauh di sudut hati saya,saya cemburu ibu bapa dia dapat duit belanja. Saya tak ada pun.

Nak beli apa-apa usaha sendiri. Hari tu masuk hospital pun kena bayar bil sendiri. Allahuakbar. Nak menangis sungguh waktu tu jua.

Dia kata yang sakit saya. Bukan dia. Bil saya.Bukan dia. Lepas ni kalau sakit kena masuk hospital lagi, saya tak nak dah. Tak mampu nak bayar bil hospital.

Biarlah saya duduk rumah dan rawat sakit sendiri. Hari tu kalau tak sebab dah terlampau sakit sampai susah nak bernafas, tidak saya pergi hospital.

Bila anak buat salah,saya tempat dia lepaskan marah dengan membebel semua.

Saya hanya mampu diam dan sabar. Masuk bilik air mandi sambil menangis semahunya.

Bahagian Ke Dua : Masa bpntang, 3 hari mak mertua xbg aku berckp dgn suami tkut klu dekat nnti “bersama”

Aku ni kawin dengan anak tunggal, sebenarnya aku tak tahu langsung dia ni anak tunggal nak dekat kawin baru tau dia ni anak tunggal.

Dia tipu dia cakap ad adik bradik 4 orang dia bongsu, aku ni nak tak nak terima jela sebab sayang.. Aku tanya dia sebab apa tipu cakap ada adk bradik 4 orang?

Dia kata dia pernah kawan dengan gurl dulu, bila cakap anak tunggal je kena tinggal.

Korang faham2 jela anak tunggal ni macam mana mak bapak dia sayangkan anak dia.. Alhamdulillah kami bertunang..

Pada satu aritu time ujung minggu aku ikut lah dia balik kampung, then time makan satu family tu tetiba mak dia kata ‘sebenarnya kan, anak acik ni ramai suka tapi tu lah tak tahu kenapa dia pilih kamu,

Yang nak jadi besan tu anak dia blajar di UiA dan pernah datang rumah untuk di satukan tapi anak nya tolak’ ko rasa ada rasa nak makan lagi tak? Ke rasa nak balik je time tu?

Ingat aku ni tak laku ke? Mentang2 aku spm je.. Yang paling best tunang aku time tu diam je tak jawab apa2 , aku pun diam jela..

Balik pada kampung tu aku mintak putus sebab mak dia cakap macam tu kat aku, then tunang aku kata dia tak dengar pun mak dia cakap cmtu? Dia kata aku buat cerita beb, menyirap aku.

Pastu dia call mak dia tak jawab then call bapak dia angkat bukak loud speaker then tunang aku tanya dengar ta ibu cakap macam tu masa makan tadi?

Bapak dia kata tak dengar, pastu tunang aku kata panggil ibu kejap nak tanya betul ke tak cakap macam tu, bapak dia kata ibu pening kepala tak bole bercakap dalam fon.. So tutup la fon.

Bergduh jap dalam kete then aku tinggalkan cincin tunang aku dalam kereta dia, sebaab time tu aku da tawar hati dahhh..

Selang seminggu macam tu mak bapak dia datang rumah mak aku serah semua duit hantaran takot tak jadi kawin.. Haa tau takot?

Time cakap tak pikir hati dengan perasaan aku ke? Mak aku pujuk, terima lah jgn putus.. Tarikh kawin na dekat, so tak jadi la putus..

Tiba la hari persandingan aku.. Alhamdulillah jalan dengan lancar kedua dua belah pihak dan selang beberapa minggu aku di sahkan hamil..

Best sangat, cepat dapat bby tapi aku mengalami alahan yang teruk sampai tak boleh bangun.

Makan baring muntah, tu jela keja aku tiap hari.. Sampai tilam kena bawak kedepan takot muntah aku tercicir kat lantai..

Berat turun banyak kot time tu, makan semua keluar balik, sedih sangat,

Mak dan bapak mentua aku datang la ke rumahh, then aku cakap kat mak mentua aku, aku tak larat nak masak then tak bole bau nasi tengah mendidih tu.

Aku salam then buat air. Aku suruh suami aku layan mak bapak dia sebaab aku nak baring dalam bilik jap, tak larat..

Selang 10 minit tu mak mentua aku suruh bangun, Dia suruh aku buat kerja, cuci baju, lipat baju then kemas rumahh..

Aku rasa time tu dah terlampau lemah yang bestnya laki aku tengok je? Aku nak pengsan dah tau time tu.

Mak mentua aku tengok muka aku dah lain dia suruh baring dalam bilik sebaab dah pkul 6 petang nanti nak solat mahgrib baru mandi..

Aku pun ok kan jela then aku nampak baju kotor dalam baldi so aku masuk dalam mesin basuh untuk cuci then baru masuk balik.

Tetiba laki aku menjerit sayang sedap nya tidur sayang Cuci baju macam mana sampai banjir kat dapur.

Aku pun berlari la ke dapur tengok memang habes dah dapur rumah aku, pastu laki aku marah2 , dala penat kena lagi marah.

Aku tengok salur yang buang air dari mesin basuh tu terkeluar dari toilet, dan tetiba aku baru teringat mak mentua aku yang alih saluran tu.

Tapi kan dia diam je tak mengaku pun tu salah dia, biarkan aku kena marah dengan anak dia..

Tiba la solat maghrib aku tak pandang langsung laki aku, air mata menitik je.. Then dia tanya kenapa nangis?

Aku cakap la bukan salah aku saluran air tu terkeluar tapi mak dia yang buat tapi kan dia diam je..

Sebaab mak dia kan? Aku ni bini dia bole la dia marah2 sampai jiran2 dengar.. Hmm

Lepas beberapa bulan tu laki aku ajak balik kampung rumah nenek dia sebaab sedara mara dia balik termasuk mak bapak mentua aku tu, so aku pun ikut jela..

Tiba la ke esoknya harinya sarapan pagi ramai2, aku duduk satu table dengan sedara yang mana aku dekat jela dan laki aku ada kat sebalah.

Tiba2 mak dia datang cakap kat table tu sebenarnya kan mizan bukan nama sebenar boleh jadi cikgu tapi dia tak nak, dpat dah tawaran, kalau tak mesti dapat menantu ciku jugak, laki aku cakap balik,

lau jd cikgu tak dapat la kawin dengan aku pastu mak diam dan terus blah.

Semenjak k3s tu aku cakap dengan laki aku, aku tak nak jumpa mak dia buat sementara skit jiwa dan stresss dia pun ok la.

Genap 9 bulan aku bersalin normal di hspital kerajaan, aku cakap kat laki aku nak balik rumah mak aku , nak pantang sana.

Tiba2 laki aku kata mak bapak dia dah sampai kat rumah, katanya nak jaga aku dan anak aku.. Aku time tu tak sedap hati dah..

Tapi redho jela.. Sampai je rumah aku terus tak boleh pegang anak aku, boleh pegang time nak tidur kan je..

Anak aku kot? Nak borak dengan laki aku pun dia tak kasi katanya nanti aku nak bersama pulak,

aku tengah skit2 ni tak kan nak pikir benda sedap pulak? 3 hari berturut turut aku tak boleh brcakap dengan laki aku then anak aku dia amik bawak kedepan tinggalkan aku dalam blik macam orang giila tak tahu nak buat apa.

Mlm2 aku tidur tanpa suami disisi wlpn kami duduk serumah. Aku perluukan suami ketika berpantang.

Aku entah kenpa meng4muk satu rumah aku terus cakap aku tak suka duduk rumah aku, nak ckap dengan laki aku tak boleh nak jaga anak sendiri tak boleh aku rampas anak aku dari tangan mak mentua aku then masuk bilik, tapi tak lama tu aku mintak maaf balik la..

Sebab tertinggi suara.. Aku suruh mak aku amek kat rumah, nak mak aku jaga aku.. Mak aku datang la ambil aku dengan anak aku, then tingglakn dorang tu kat rumah.

Rumah aku dengan mak aku dekat je tak smpai 10minit.. Bila smpai rumah mak aku ya allah rasa seronok sangat, lain mak sndarii dengan mak mentua jaga

Aku dah tak. tahan hidup macam ni, mak mentua tak suka, dari awal kawan , laki sendirii depan mak dia tak backup, banyak bnde terjadi aku dengan mak mentua aku tu.

Kadang2 rasa menyesal jugak kawin dengan anak tunggal ni.. ni baru2 ni cerita jangan benci cinta aku tu aku cakap la dengan laki aku apela husna ni kacau rumah tangga orang, mak dia leh jawab, ‘laki boleh kawin 4 kan’

Bederau drah aku dengar dia cakap macam tu, (time ni dia datang melawat aku) hmm, perlu ke aku bersabar lagi?

Hati aku skit sangat, laki aku tu macam takwujud je lau dia ada kat depan mata kalau ada mak dia.

Aku tak bekerja suri rumahh, semenjak alahan teruk tu.. Mungkin dia pikir aku ni kikis duit anak dia je kot?

Lagi satu mak mentua aku ni jenis depan orang lain, balik ampung orang lain, dia cakap kat orang aku ni intan payung dia.

Kalau aku cerita sebaliknya mesti orang tak percaya sebaab mak dia puji aku melambong2 depan orang..

Haihh naseb badan.