Semasa

Sy lstri Kedua, Suami Bermalam dgn Sy 2 Hari je, Tapi Tak Puas Hati Kak Madu dpt 5 Hari

Foto sekasar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Kisah Dan Pengalaman Saya Menjadi Isteri Kedua (Poligami). Jgn salahkan poligami.

Salahkan orang yang menyalah gunakan hak berpoligami dan bukan semua perempuan kedua itu permpas ye. kadang-kadang cinta datang tanpa di duga.

Allah yang mengurniakan rasa cinta itu dalam hati manusia dan sebenarnya poligami dapat menyelamatkam ramai wanita yang memerluukan suami sebagai pembimbing dan penyelamat dalam kehidupan mereka.

Saya nak kongsi cerita saya sebagai isteri kedua saya berkahwin umur 34 tahun kami tak bercinta cuma rakan sekerja.

Bila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan saya isteri kedua, saya menolak.

Tapi kami tetap berkawan macam biasa. 4 bulan dalam perasaan tak menentu, dia tetap pujuk saya.

Last, saya solat istikharah beberapa hari. Ada perasaan aneh muncul, saya terus tima dia.

Peliknya, hati saya jd tenang sangat lepas setuju terima dia. Kami kawin ikut prosedur mahkamah dgn persetujuan isteri pertama. Hubungan dgn madu baik. Tapi tak lama.

Dia mula cemburu. Bila suami dgn saya, dia mengamuuk, antar sms maarah2, merajuk dll. Saya dah rimas.

2 kali kami hampir bercrai gara- gara isteri pertama. Sekarang ni kami takbaik macam dulu lg. Isteri pertama sebenarnya baik.

Mungkin sebab tekanan keluarganya dia jadi murung. Suami saya baik, cuba berlaku adil.

Sebelum kawin, isteri pertama bagi syarat. Giliran bermalam untuk saya hanya 2 malam dan dia 5 malam.

Memandangkan dia ada anak kecil saya takberkira. Tapi sekejap je syarat tu berjalan. Dia selalu wat hal. Sekarang, saya hanya dapat satu malam.

Petang2 suami saya datang jika ada masa. Tapi kami takleh gi mana2, nak gi melancong jgn harap la. Setahun lebih kawin, saya belum pernah gi mana2 dgn suami.

Saya pasrah. Sebab saya yakin, Allah maha adil. Suatu masa nanti saya akan dapat apa yang saya nak. Saya menangis depan suami disebabkan nasib saya begini.

Pernah saya paksa suami lepaskan saya jika tak dapat berlaku adil. Tapi isteri pertama rayu saya dan suami agar tak teruskan niat bercrai.

Alhamdulillah, walau dlm situasi gini pun, kami suami isteri sentiasa bahagia, sebab suami sentiasa berlembut dan penyayang.

Nasihat saya pada saya nak jadi 2nd wife, pikir betul2, tanya hati, boleh kah tahan kena kutuuk oleh masyarakat. Kuat kah nak tima seraangan dari madu.

Kalau rasa ok, teruskan niat anda. Allah dah pilih kita, maksudnya kita memang mampu hadapi ujian bermadu. Bahagia atau tidak, Allah yang tentukan. Wasallam

Part II: Sepertimana kita semua sedia maklum, alam rumah tangga semestinya tidak lari daripada menerima ujian.

Baik di awal perkahwinan mahupun selepas berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.

Isu suami ingin kahwin dengan wanita muda bukanlah perkara baru yang kita dengar dalam masyarakat kitan.

Menerusi laman KRT seorang wanita yang sudah berkahwin hampir 30 tahun berkongsi kisah suaminya yang berkahwin dengan wanita muda.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah mendapat 15k tanda like dan 1.3k share. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Saya sudah berkawin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan.

Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan sabar. Hidup susah, serba tidak cukup itu berjaya di lalui dengan beribu ribu kecekalan hati.

Sebab tiada satu pun alam rumahtangga itu yang tidak di uji. Bertahan demi anak2. Hati jadi kuat kerana anak anak.

Sehingga lah hidup mulia berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu, muncul orang ketiga yang lebih muda dan manja.

Pada awalnye memang berasa sangat sedih kecewa dan putus asa. Tapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semakin rase redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak2.

Pernah juge menasihati suami,

“Anak2 dah besar, semue melangkah kaki ke universiti, alhamdulillah semue anak2 baik sikap dan bahasa. Ape awak nak lagi?”.

Dia just menjawap, perempuan yang baru ni buat die merasa muda dan ceria. Dan suami pula memang menginginkan anak perempuan, memandangkan anak dengan saya semua lelaki.

Isteri mana lah yang tak sedih, tapi sebab malas nak memanjangkan masalah, dan dengan usia menghampiri 50 ni, bukan masa lagi untuk berduka lara.

Saya izinkan, anak2 semue dah besar, suami pulak dah ade perempuan lain yang jaga. Ahamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang.

Banyak perkara berfaedah saya bole buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan bole buat rawatan kulit dan muka.

Dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup huru hara melayan kerenah isteri baru, bergaduh, anak2 meragam, berjaga tengah malam.

Dengan usia se tua itu sepatut nye dapat berehat, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda.

Bila tiba giliran balik kerumah saya, suami mengadu. Sakit sane sini. Dalam hati saya bercakap, ‘PADAN MUKA’.

Orang yang tak tau bersyukur memang patut dapat balasan.

Tinjaun di ruangan komen, kebanyakkan pembaca kagum dengan kecekalan si isteri dan menentang tindakan si suami yang sudah berusia tapi masih mahu menikahi wanita muda. Lihat apa kata mereka.

Filz Filzah –Tu lah. Patutnya dah umur umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pegi masjid bersama, jalan2, happy2 berdua, sebab anak2 dah besar, banyak masa untuk di luangkan bersama.

Masa muda dulu sibuk keje, dan anak2 kecik kan. Sekarang, back to masa anak dia kecik balik. Yang bahagia dan happy, makcik.

To pakcik, PADAN MUKA. Sendiri carik penyakit. Tanggung lah sendiri..

De Mie –Alahamdullilah, bangga saya dengan cerita puan. Cekal tabah redha semua demi anak2. Betul la tu, “PADAN MUKA”.

Si suami tu telajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan, tanggungla sendiri

Dampa Alai –Kemaruk sangat nak khawin orang muda, tak sdar diri dah separuh abad, padan muka.

Orang dah umur tu goyang kaki jer enjoy sana sini ha ha ha, dia masih mengendung anak kecik. Semoga sis bahagia bersama anak2.

Nor Hatizah –Ye, patut dalam usia tu dah berlapang masa untuk diri ke masjid or melancong atau buat hobi masa muda yang dulu2 mungkin tak dapat buat atau jalan makan2 bersama anak yang dewasa dan seskali bermain dengan cucu.

Bukan malam tido di ganggu anak nak susu dan kamar tidur wangi tapi berbau macam2 aneka bau minyak angin or dari buangan si anak.

Diqq Rezally Said –Puan saya sangat dengan semangat puan. Tiada satu pun rumahtngga yang tidak diuji cuma nye bentuk ujian itu mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah puan berjaya melalui nye dengan tabah semoga puan terus dianugerahkan kesabaran dn kekuatan yang luar biasa dari Allah SWT aamiin

Ahmad Thani –Sekiranya kita bercakap dalam skop yang kecil, YA penuh dengan emosi, hanya pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Boleh dilihat kepada komen2 yang dilontarkan.

Pertama, saya mahu jelaskan bahawa fitrah seorang lelaki sangat berlainan dengan perempuan, sangat2 berbeza.

Allah maha mengetahui dan disebabkan hal itu Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih ramai.

Kedua, perempuan bersifat “dilindungi” dan sekiranya dia sukakan seorang lelaki, tiada apa yang boleh menghalangnya sekali pun perlu menjadi madu, dan perkara itu boleh dilihat dengan kesetiannya.

Ketiga, sunnah berkawin ramai ini bukan melihat kepada bilangannya tetapi perlu merujuk kepada keadilannya.

Alahamdulillah, saya kekal dengan seorang isteri, saya sering berdoa agar kekal bahagia, saya tidak mencari yang lain dn diharap tidak akan jumpa jodoh lain. Maaf diatas perbezaan pendapat.

Sumber : Kisah Rumah Tangga.