Semasa

Tak Sempat Keluar Duit nak Beli Barang Dapur, Suami Wasap Minta 100 Buat BeIi R0kok ngan Topup Dia

Assalamualaikum dan selamat malam. Mohon admin hide profil saya. Saya dah tak tahu nak luahkan kepada sesiapa.

Saya semakin hari semakin stress. hidup nie dah macam ta akda makna buat saya

Kisah dia macam nie. Saya ibu anak dua suami malas bekerja asyik minta duit dengan saya untuk beli rokok, beli prepaid topup.

Saya penat sebab saya hanya  buat bisnes on9 ja kadang ada sale kadang takda.. nak kerja saya tak mampu nak bayar orang mengasuh anak saya.

Saya tak ada kenderaan untuk kegunaan bergerak sendiri.

Ada motosikal pun suami punya, dia dok guna. sekarang kami dah tak dok sebumbung.

Disebabkan dia malas bekerja dia balik rumah mak dia sendiri, dan saya tinggal dengan mak saya disebabkan kami tidak mampu untuk menyewa.

Mesti jadi persoalan kenapa saya tidak ikut dia kan? saya tidak ikut dia sebab dulu tinggal dengan mak dia.

Tapi bila nak beli barang belanja mak dia selalu minta duit, padahal saya tak kerja dan buat bisnes on9 masa tu.

Nak jadikan cerita mak dia marah2 anak saya yg tengah melasak nak makan itu ini.

Mak dia cakap dekat saya lebih baik balik dok dengan family aku tak larat nak sara.

Sebenarnya  mak suami takboleh nak salahkan saya sebab tanggungjawab suami bukan saya.

Dan sekarang saya tinggal dengan family suami tggl dengan mak dia. hampir 2 tahun berlalu, suami selalu balik rumah family saya.

Yang saya sedih sebulan bagi 300 sejak dapat duit i sinar ka apa entah sebab dia tak bekerja.

Saya nie bdohkan dah suami bagi duit saya pun gunala beli barang saya dgn ank2.

Lepas 4 hari suami bagi duit dia wasap tanya ada duit tak lagi, saya pun cakap ada lagi 150 selepas Saya beli barang anak dengan saya,(anak dua orang).

Dia cakap dengan saya aku cakap jimat duit tu bukan habiskan beli barang kenapa la bdoh sangat..

Allahuakbar sebak saya cakap takpa la saya jual balik barang yang saya beli untuk saya tu.

Saya  masukkan dalam grup untuk jual balik takdak orang yg membeli hati saya luluh.

Kenapa Allah uji macam nie.. sekarang pun masih sama kalau bagi duit dia ungkit2 balik..

Setelah umum bpr tambahan keluar saya rasa lega boleh beli barang untuk saya dan ank2.

Tak sempat nak pergi keluarkan duit suami col minta saya transfer ke acc dia 100 lepastu dia cakap nak guna.

Saya cakap duit tu la saya nak guna untuk beli internet anak buat pdpr,untuk beli barang saya dgn ank, makan anak2.

Mak suami menyampuk bukan seribu pun anak aku minta seratus ja pun. Saya malas gaduh saya transfer.

Keluar dari bank saya beli internet untuk sebulan untuk ank saya, saya belikan makanan serba sikit untuk kami walaupun sya tinggal dengan mak ayah saya tetap beli.

Saya taktahu nak cakap saya makin hari makin stress. Nak jadikan cerita bila tinggal dengan family saya ada kakak dia balik rumah mak ayah.

Makan ke masak ka semua saya yg buat. Kak saya bangun pagi mandi,xmakan terus hadap fon dgn suami dan ank2 dia.

Macam tu la runtin bila ada umah family. Apa pun takbuat saya tengah masak air mata laju mengalir sebab terlalu penat fikir hidup saya.

Jual on9 kadang ada rezeki ada kadang takdak  untk anak pun saya tak mampu nak bagi kalau anak minta. Jahatkan saya?

Hari nie saya cakap dengan mak, mak nanti akak balik minta la tolong dekat dapur, cuci pinggan anak beranak diorang pun takpa mak kalau taknak masak.

Mak saya kata kalau dah taktahan keluar cari rumh sendiri sambil tolak kepala saya

kalau orang tengok saya dari luaran nampak happy tapi sebenarnya saya banyak pendam sebab takda arah tuju untuk saya bawa anak-anak nak balik rumah mentua.

Mentua cakap macam tu, suami pun jadi biawk malas kerja.

Minta pendapat apa harus saya buat,saya takdak tempat untuk pergi dan bawa anak saya..

Kadang2 terfikir kenapa Allah takambil ja saya dengan anak2 supaya saya tidak menyudahkan orang lain.

Supaya orang lain boleh hidup bahagia tanpa saya.

Tolong la jangan kecam saya.

Balqis: Perempuan please la jangan jadi bodoh. Benda ni bukan sorg dua hadap. Rasa kat KRT ni semendang benda yg sama. Udah2 la jadi bodoh.

Amik la pengajaran dari kisah perempuan lain. Laki ko tu dayus. Bahasa mudahnya. Dayus sebab tak jaga amanah Allah.

Akhirat nnt berat la dia sebab ada amanah tapi tak pikul. Tau kawin. Tau main. Tau buat anak. Tapi nk bela nk jaga tak reti.

As a perempuan n bini…sila pi mahkamah bila habis PKP. File tuntutan nafkah. Tak perlu bercerai.

Isteri boleh file permohonan untuk nafkah walaupun dalam perkahwinan. Boleh tuntut nafkah untuk diri dan anak anak. Eloknya buat kalau suami jenis hanjing mcm ni.

Filekan dan biar mahkamah keluarkan arahan hitam putih supaya suami WAJIB bayar nafkah walau apa cara sekalipun. Ingat ye…

Kalau suami tak mampu bayar nafkah anak bini…adik beradik lelaki dia, ayah dia dan pakcik2 dia WAJIB bayarkan pada isteri dan anak2 si dayus tadi.

Satu lagi saya sarankan…duit apa yg terima tak perlu bg pada suami. Dia nk marah nk berkeras itu hal dia.

Pi balai buat laporan polis. Cukup la jadi bodoh. Dah la hidup serupa hamba. Jadi lembu beranakkan anak dia.

Pastu in the end? Kau kene peras mcm apa ja. Cukup la ye.

Hidup jgn menzalimi diri sendiri. Dan jangan zalim pada org lain. Tak reti hidup leklok…pi mati lebih baik.

So sis…jgn jadi bodoh ya. Kalau rumah mertua tu dah serupa neraka jahanam…

pi pejabat agama buat aduan dan mohon kebenaran pejabat agama untul keluarkan surat supaya awak boleh bawak diri dan anak anak balik rumah mak sendiri.

Reen: Kumpul sikit-sikit duit berniaga online tu dek…pastu usahakan cari bilik sewa…dok dgn anak2…

Tinggal kan keluarga suami dan family sendiri…hidup dgn anak2 jer lagi bahagia…

Moga ada sinar bahagia buat adek dan anak2 …moga Allah merahmati

Hamidah: Pergi baitulmal cuba minta bantuan sewa rumah dan bantuan bulanan. Kalau dapat pindh shj bawa.

Buat kerja on9 atau kalau dpt kerja yg boleh tampung anak ke pengasuh pergi kerja shj.

Minta cerailah dgn suami drp ada mcm tiada dan menyemak shj.

Izani: Awak pergi buat aduan kat mkmah..buat report yg suami awak tak jalankn tngjngjwb sbgi suami dn ayah kpda ank2..

Klu suami awak nak bercerai sklipun mkmah ttp akn perintahkn dia byr nafkah ank2..lgi bagus untk awak..

Klu suami tak bayar,mkmah boleh penjarakan atu kenakan denda pda dia..smoga urusan d permudahkan.

Hana: Sebelum nikah spttnya perlu ade rumah sewa sndri/transport sndri

Dah nikah Tu xyh lah dduk serumah dgn fmly sndri/fmly mil. dah 2tahun xdduk Sama,xde nafkah tpi Masih lagi nak menunggu ??tggu utk??

2tahun bkn masa yg singkat ea..jgn mengunakn alasan ank² perlukn kasih syg sorg llaki yg bergelar ayah da klau suami mcm Tu,biawak hidup

Sis perlu keraskn hati Tu,pedulilah kalau mil awk na duk perli2 ke apa,sis kena kumpul duit mulai skrg,klau suami Minta ,ckp je xde..dalh X bgi nafkah,sis Pula na tanggung hidup dy,dah kenapa…

Saya yakin kt luar sna ramai lgi IBU tunggal yg menyara ank² dgn kudrat sndri,sya selalu pgng kata² niyh “NAK SERIBU DAYA,TAK NAK BERIBU DALIH”..

Bangkit sis!!!sis perlu kuat utk ank²,sampai bila nak sis nak org cemuh sis??

Sya juga pnh melaluinya sis…Jgn bergantung dgn family..2tahun cukup lama da sis utk family sis Bantu..