Bergurau merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan. Ia sudah menjadi warna-warni dalam hidup seseorang dengan gurauan gurauan sama ada bersama adik beradik, kawan kawan atau sesiapa sahaja bertujuan mahu men ceriakan suasana.
Seseorang yang ber perwatakan serius sahaja sepanjang masa, tiada unsur humor dan sebagainya sebenar nya telah menafikan fitrah seorang manusia biasa. Gurau senda biasanya mem buatkan sesuatu hubungan men jadi lebih rapat dan akrab, tidak kira lah hubungan dengan keluarga, kawan mahupun kekasih.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ter hadap kekasihnya, apabila dia bergurau dengan ‘mengurung’ gadis tersebut di sebuah pusat beli belah.
“Boleh tak siapa2 cek dia…”
Perkongsian @rezaamir meraih perhatian ramai apabila dia menolak troli yang diduduki kekasih nya masuk ke dalam sekumpulan troli yang lain.
Apa yang membuatkan netizen berdebar adalah, gelagat lelaki ini yang terus meninggal kan gadis tersebut umpama seperti benar-benar membiarkan kekasihnya terkurung di dalam troli itu.
VIDEO
“Aku pernah buat kat adik aku, terus merajuk taknak bercakap…”
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi boleh di dapati dari komen netizen. Ada yang ter kejut dengan kelakuan lelaki tersebut tidak kurang juga yang ber seloroh ingin ‘menyelamatkan’ gadis itu.
SUMBER:rezaamir/Redaksi