Seekor ular dikesan pada ruang penyimpanan barang pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau. – Foto Ihsan Pembaca AWANI.
KUCHING: Para penumpang pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada Khamis gempar dengan penemuan seekor ular dikesan merayap di ruang penyimpanan barang.
Menurut Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat tersebut, Kapten Liong Tien Ling, sebaik sahaja menyedari kehadiran reptilia tersebut kapten pesawat telah mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
“Kejadian ini amat jarang berlaku pada mana-mana pesawat. Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk mengeluarkan ular tersebut, juruterbang pesawat membuat lencongan ke KIA,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kelihatan dalam rakaman, reptilia itu dilihat bergerak sangat perlahan di belakang panel lutsinar.
Ada yang menyatakan situasi ini seperti dalam drama hollywood Snakes On The Plane