Semasa

Terkejut Najib & Rosmah Mansor Tengok Gambar Viral Tersebar, Ini Tindakan Mereka..

SELEPAS tular gambar mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beristeri dua, akaun sosial milik individu bernama Nadia Fauzi menjadi sasaran netizen yang mahukan kepastian tentang hal tersebut.

Nadia yang merupakan anak kepada komposer terkenal iaitu Fauzi Marzuki bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap dakwaan ibunya, Hashimah Ramli sudah berkahwin dengan Najib sejak beberapa tahun lalu.

“Betul ke awak anak tiri Najib?

“Jadi betul la? Kirim salam pada ayah, saya peminat dia. Ayah yang nama Fauzi bukan Najib,” komen netizen.

Sebelum ini, kecoh satu akaun Twitter milik Salim Iskandar memuat naik foto Najib bergambar dengan sebuah keluarga selain seorang wanita yang merangkul erat lengannya ketika mereka sama-sama meraikan satu majlis sambutan ulang tahun.

Beberapa komen juga turut mengesahkan hal tersebut dan dan ada yang tidak sangka Najib mempunyai isteri kedua selain Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Nadia menerusi Twitter miliknya turut memberi komen tentang gambar kek yang dikatakan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen
“Kek tu sedap.

“Kek pun kena kutuk, kesian,” ujarnya.

Desas-desus Najib berkahwin dua hangat diperkatakan minggu ini, namun belum ada sebarang penjelasan daripada ahli Parlimen Pekan itu.

Bagaimanapun bekas pengacara RTM, Iesya Toh yang sering berkongsi tentang perkembangan isu semasa dan politik negara mendakwa perkahwinan tersebut sudah lama berlangsung.

“Dalam lama dah pun, benda (hubungan) halal… bukan girlfriend, bukan skandal,” jelasnya.

Nadia tidak memberi maklum balas pertanyaan netizen.

Sementara itu Fauzi dalam satu kenyataan memberitahu dia enggan mengulas lanjut berita yang tersebar kerana dirinya tiada kaitan dengan bekas isteri selepas mereka berpisah.

“Perkahwinan dia dengan Najib tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.

“Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen,” katanya seperti yang dipetik dari Getaran.

Untuk rekod Fauzi dan Hashimah bercerai dengan tal4k satu pada Mei 2013 di Mahkamah Rendah SyariahGombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Fauzi Marzuki Enggan Komen Isu Kahwin Bekas Isterinya Dengan Najib

Menurut Fauzi lagi, dia juga sebenarnya tidak tahu-menahu dengan perkahwinan bekas isterinya itu dengan Najib, sehinggalah dimaklumkan sendiri oleh orang lain.

Difahamkan Hashiimah dan Najib sudah lama berkahwin iaitu sejak lebih setahun lalu.

Seorang komposer yang hebat dan berkaliber, Fauzi telah menghasilkan banyak lagu-lagu hit untuk penyanyi rakaman terkemuka tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Datuk Sharifah Aini, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Anita Sarawak, Ella, Shima dan Francesca Peters.

Antara komposisi lagu-lagunya yang terbaik adalah Lagenda (Sheila Majid), Kekasih Awal & Akhir (Jamal Abdillah), Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Teringin (Shima), Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella), Pusara Di Lebuh Raya (Ekamatra) dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf). – Getaran, 20 Mei 2022

Najib, Rosmah lapor SKMM

PETALING JAYA: Seorang rakan kepada Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan gambar bekas perdana menteri itu bersama seorang wanita yang memeluk lengan kirinya.

Individu itu yang merupakan rakan akrab keluarga Najib dan Rosmah membuat laporan di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, petang semalam.

Kata individu enggan dikenali itu, Najib dan Rosmah digambarkan “sangat terkejut” ketika ditunjukkan gambar berkenaan, yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Saya telah menunjukkan gambar dan kapsyen kepada Najib dan Rosmah di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya.

“Saya membuat laporan ini bagi pihak Najib dan Rosmah, dan seperti yang mereka minta, mereka memohon satu siasatan diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan diedit dan kapsyen terbabit tidak benar.

“Saya juga memohon tindakan diambil terhadap pihak berkaitan dari sudut undang-undang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sejak semalam, tular sekeping gambar menunjukkan seolah-olah Najib dalam satu majlis di premis persendirian dengan seorang wanita yang memeluk erat lengan kirinya dan diapit empat individu lain.

Identiti wanita terbabit menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, di mana beliau kelihatan tersenyum dan mesra berada di sebelah Najib, sehingga ada yang mengatakan wanita misteri itu isteri baharunya.

Sementara itu, jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, semalam.