Semasa

“Termenung tengok harga..”- Harga Terbaru Milo Kotak Buat Ramai Geleng Kepala

Ada laporan mengatakan bahawa harga semua barang keperluan dijangka me­lonjak sekitar 50 hing­ga 60 peratus mulai bulan de­pan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Malah beberapa harga bara­ngan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur-sayuran telah me­nyaksikan peningkatan sebelum Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.

Ekoran kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini, ramai pengguna mulai mengeluh kerana terkesan dengan perubahan tersebut.

Cukup melihat perubahan harga barang mentah, tidak terkata rasanya menanggung kos sara hidup yang makin tinggi.

Harga air kotak milo RM5?

Pun begitu, siapa sangka rupanya perubahan itu juga berlaku pada air kotak milo kegemaran ramai.

Sepertimana yang dikongsikan oleh Amirul Hizami, menyaksikan tanda harga pada air kotak milo bersaiz kecil mencecah hingga RM5.

Ia jelas sekali mengejutkan orang ramai, mana tidaknya harga sekotak air itu sudah setanding sepinggan nasi berlaukkan ayam.

“Baik beli peket, bancuh sendiri”

Jangankan dia, netizen juga geleng kepala melihat keadaan itu sehingga ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tidak keruan memikirkan keadaan ekonomi negara ketika ini.

Bagaimanapun, pemilik akaun tidak memaklumkan secara terperinci samada tanda harga itu tersilap lekat atau sebaliknya.Demikian adalah kerana ramai tidak percaya bahawa air kegemaran mereka menyaksikan perubahan yang mendadak seperti itu.

SUMBER: https://redaksi.com/