Semasa

Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Keluar Duit Di ATM, Tindakan Wanita Ini Pada Afiyah Di Kecam Netizen..

TINDAKAN seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Invading privacy of someone especially with a small kid while withdrawing money from the ATM is not cool.

Please report this TikTok accounthttps://t.co/6uZVtZ92Li pic.twitter.com/hjcA3IgIh9

— Don’t read my pinned tweet (@heize80) April 10, 2022

Ganggu privasi orang, lagi2 ada anak kecil

Tindakan tersebut juga menerima kecaman ramai apabila satu akaun Twitter memuat naik kembali video berkenaan di aplikasi itu susulan pengguna TikTok terbabit menutup ruangan komen selepas teruk diserang netizen.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Terkesan dengan kecaman banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti

Bagaimanapun video tersebut telah dipadamkan oleh Yana.

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.

KREDIT: MSTAR