Semasa

Prnah TuIar Pngantin Prmpuan Dipaksa Tayang dan Pakai Emas 60kg, Akhirnya Berlaku Sesuatu yg Mngejutkn

Sebuah majlis perkahwinan di Hubei, China berlangsung pada 30 September lalu, menarik perhatian ramai.

Ini apabila pengantin perempuan memakai aksesori emas seberat 60 kilogram.

Tindakan pengantin ini bagaimanapun, meraih kritikan dan ‘simpati’ daripada netizen berikutan dia dilihat sukar untuk berjalan.

Ia berikutan membawa ‘beban’ yang berada di leher dan pergelangan tangannya.

Bukan 60kg, Rupanya 6kg je

Lapor Tribun News, pengantin perempuan ini segak mengenakan gaun berwarna putih dipadankan dengan suaminya yang memakai sut hitam.

Bagaimanapun, pengantin lelaki terpaksa ‘membongkok’ demi membantu isterinya untuk menanggung beban emas tersebut.

Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut risau dengan pengantin perempuan ini berikutan kesukarannya untuk berjalan.

Mengulas lebih lanjut, pengantin perempuan ini memakai 60 gelang emas dan setiap satu gelang tersebut dianggarkan mempunyai berat satu kilogram.

Dan pemberian tersebut merupakan hantaran daripada pihak lelaki yang berasal daripada keluarga berada.

Difahamkan, pengantin lelaki ini juga mempunyai kerja tetap dan mempunyai pendapatan yang tinggi.

Menurut kepercayaan, emas adalah simbol kekayaan, melambangkan status seseorang itu dan dipercayai mampu menghalang roh jahat.

Sumber: Tribun News