Kisah akan seorang remaja sindrom down Bella, yang didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda pastinya sangat menyentuh hati ramai.
Sejak hari pertama kes tersebut terbongkar sehinggalah hari perbicaraan menjadi perhatian ramai yang rata-rata mahukan keadilan buat insan istimewa itu.
Nurse kongsi ketika Bella di wad
Terbaru, seorang pengguna TkT0k dikenali sebagai Miss Syaza memuat naik vide0 semasa Bella berada di jagaannya selepas dapat membebas kan diri dari rumah yang dianggap ‘neraka’ itu.
Dalam video tersebut dapat dilihat beberapa rutin yang dikongsikan oleh Miss Syaza yang merupakan jururawat menjaga Bella pada ketika itu.
Menurut Miss Syaza, Bella seorang yang baik namun kadang kala dia agak takut-takut malah tidak boleh dengar bunyi bising. Bukan itu sahaja Bella juga akan menjerit setiap malam dan tidak dapat tidur dengan lena.
Bella juga dikatakan seorang yang suka membantu malah perhatian lebih sepanjang berada di wad berkenaan.
Malah, Miss Syaza juga mendoakan agar ada keadilan buat insan istimewa itu malah sentiasa akan mendoakannya.
Difahamkan, rakaman tersebut diambil sewaktu Bella berada dia bawah jagaannya malah merupakan video yang telah lama disimpan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian tersebut. Mereka juga berharap ada keadilan buat adik Bella.
SUMBER:(Miss Syaza)/Redaksi