Assalamualaikum. Saya tak tahu nak mula cerita dari mana. Perkahwin kami baru nak masuk 3 tahun.
Ada 2 orang anak sepasang. Abang nya 1 thun 9 bulan , adiknya dalam hari lg. Suami saya terkantoi bercinta dengan perempuan lain.
Yg paling remuk hati saya dah hmpir setahun mereka bercinta.
Perempuan tu tua umur 36 beza jauh dengan suami dan saya yg masih 26 thun..
Untuk pengerahuan semua 3 hari sebelum tarikh brsalin saya dapat tangkap suami saya BERDUA DUAAN DLM RUMAH SAYA SENDIRI!!
Kebetulan wktu tu saya duduk dengan mil sebab plan memang nak pantang rmh mil.
Satu hari tergerak hati nak balik rumah saya sebab nak amik barang Allahu berderai hancur hati saya tengok ada kasut perempuan kat luar pintu.
Saya gagah masuk rumah dengan harapan suami saya tak buat bukan2.
Tp tanggapan saya salah!! Dia brsama perempuan lain.
Hancur hati saya dlm keadaan saya sarat mengandung dkt situ juga suami ckp dia memang plan nak kawin dengan perempuan tu.
Tngu lps saya brsalin katanya dan paling menyakitkn hati saya dlm keadaan saya sarat mengandung .
Rupanya suami saya dah jumpa keluarga belah perempuan tu untuk bgthu hasrat suami untuk poligami.
Hancur hati saya ya Allah , 1 tahun saya kena tipu hidup2. Waktu dlm ward..
Slps saya selamat melahirkan anak . Saya trbaca smua chat suami dengan perempuan tu ! Hncur hati! Lvcah smua ada.
Hilang batas pergaulan! Bayangkn la dlm keadaan saya brsalin saya berpantang , saya kawal emosi hmpir meroyan..tp saya kuat lawan !
Alhamdulillah saya ok cuma hti saya dah tawar dengan suami . Saya patuh dan taat kerana dia masih suami saya.
Dan yamg terbaru hari ke 2 saya brpantang terkantoi suami pernh trlanjur brsama perempuan tu.
Saya baca smua chat !! Saya masih lg kuat bila tgok muka anak2 masih kecil yaAllah
Terlalu perit untuk saya terima smua ni. sekarang saya tak balik dah rumah dia bawa masuk perempuan tu.
Saya tiada kekuatan nak masuk rmh tu lg.. Sekarang suami minta izin untuk poligami..
Saya izinkn wlaupun perit hati saya prkhawinan kmi baru sangat. Saya merayu ceraikn saya , sebab saya takboleh nak hipokrit dan tipu diri sndri.
Saya memang tak boleh terima cara dia brhubungn dengan perempuan tu dan dia tipu saya hampir 1 TAHUN!
Dan dah terlanjur pun ! Suami ckp bg masa untuk dia 1thun . Klu tk brlaku adil . Ya saya akn tuntut cerai. Dri segi mampu , ya saya akui suami saya trlebih mampu.
Suami saya memang seorg yg sangat baiikkkk smpai saya tak syak apa apa pun.
Fon suami pun saya tak pernh check sebab dia takpernh abaikn saya anak2 nafkah smua cukup perfect !
Solat ,quran , tak tinggal.
Suami janji nafkah ke saya sebulan 50k , rumah 2 biji serta kereta dan bulan lepas dia tunaikn bab nafkah sebulan 50k . Cuma hati saya remuk .
Susah untuk saya terima smua ini dlm keadaan trlalu drastik dan dlm keadaa saya tgh berpantang .
Mereka akn kawin lps saya hbis pantang .. Doakan saya kuat.
Allah uji saya , Allah tahu saya mampu , su bersyukur sgt kerana saya tak meroyan ! Hmpir sahaja !
Bila saya tk kuat . Saya akn igt ” Cinta Allah tak pernah mti. Cinta manusia mati ” terus saya bangkit dan berhenti menangis..
Part II: Ketika aku mengandung anak yang ke5 aku didatangi ujian rupanya suamiku telah mencintai perempuan lain itupun aku trbaca whatsapp mereka dalam diam,suamiku curang dibelakangku.
Aku cuma nak luahkan rasa ketidakpuasan hati. Aku isteri pertama. Ada 4 orang anak. Usia perkahwinan sudah menjngkau 15 tahun.
Suami berkahwin lagi dengan seorang janda. mereka dikenalkan oleh seorg kawan. Suami seorg kontraktor kecil²an sahaja.
Nilai projek pun bawah rm50k (tolak modal itu ini, tolak hutang2, bersih dalam rm5k, itupun dijalan modal pusingan.
Sebelum anak bersekolah, aku tinggal brsama suami di bandar dengan myewa rumah, setelah anak sulungku memasuki persekolahan.
Suami menyarankan aku balik ke kg kerana dengan kesibukan nya, dia tdk dapat membagikn masa untuk kami.
Maklumlah orang baru nak up, lobi projek sana sini, jumpa orang2 besar. Aku fhm kerja suami.
Wlupun aku seorg surirumah,aku juga merangkap s/u suami, segala borang2 tender, claim aku isi.
Setelah itu,tinggal kami 5 beranak di rumah keluargaku. suami seorg di bandar, sejak itulah perubahan besar pada suami, dulu mula2 berpisah.
Setiap hari dan malam suamiku mghubungi aku dan anak2 tetapi lama kelamaan, sudah jarang sekali, sebulan pun kurang dari 5 kali.
Wang belanja kadang2 dibagi itupun rm500. Kalau bulan ni ada, bulan depan memang tak lah.
Aku faham, mungkin suamiku blum dapat projek lg sebab tu aku mula berjual kuih. Bolehlah belanja untuk anak ke sekolah.
Nasib baiklah orang tuaku banyak membantu dan mereka faham. Selama 5 tahun kami duduk d kampung, sesekali suami balik juga.
Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah baik, suami sudah pun mampu mgeluarkan sebuah kereta besar untuk kegunaan nya berurusan sblum ni cuma kereta biasa2 saja.
Suami juga berjnji akan mbelikan aku sebuah rumah dibandar dan kami akan tinggal brsama semula tetapi semua tu hanya janji semata2.
Janji tinggal janji. Ketika aku mengandung anak yang ke5 aku didatangi ujian suamiku rupanya mencintai perempuan lain itupun aku trbaca whatsapp mereka dalam diam,
Suamiku curang dibelakangku Allahuakbar luluh jantung ku bila mengetahuinya.
kami bergaduh besar, suami terus balik ke bandar. meninggal kan aku menjerut rasa seorang diri, sakit hati ku bila mengetahui yang suami ku dan perempuan itu enjoy sedangkan aku dan anak2 kurang mendapat perhatian darinya.
Dari fb perempuan tu, aku nampak gambar mereka makan di hotel 5 bintang siap dengan baju sedondon.
Gambar barang kemas 1 set dengan captionnya hadiah dari my future husband. Sedangkan aku, satu cincin pun tidak ada.
Balik2 janji sahaja dari mulut suamiku untuk mbelikn ku macam2. Banyak lagi gambar mereka d fb pmpuan tau, kebanyakannya mereka brjalan2 dengn kereta baru suamiku.
Tuhan saja tau perasaan ku ketika itu, terasa sangat dikhianati. Inilah silapku kerana berjauhan dari suami tetapi niatku cuma untuk membantu dan megurangkn bebannya.
Lagi pula suami yg mencadangkan kami balik ke kampung.
Setelah puas aku merayu, memujuk sehinggalah aku mengugut, tetap juga suami brkeras ingin mengahwini janda itu, walupun ketika itu aku mengandung, aku mohon belas kasihannya tetapi suami mgeluarkn kata2 yg cukup menghiris hati.
Kononnya dia nak isteri yg pandai berfesyen, sentiasa wangi, sentiasa pandai jaga badan. dia dah mula bosan dgnku.
Selama ni suami tak pernah melukakn hatiku. Dia seorg lelaki yg penyayang.
Memamg betul janda tu memang cantik, pandai bergaya, body pun menarik. mulai dari suami brkata begitu, aku rasa down sangat2.
Dia lupa kenapa aku jadi bgini. Dia lupa masa untuk aku berdandan aku habiskn untuk mengurus 4 orang zuriat nya. Dia benar2 lupa.
Setiap saat, aku berdoa sebab hanya pd Allah aku memohon pertolongan. Aku cuba brhubung dengan pmpuan tu tetapi tidak kesampaian. No hp ku telah diblok mgkin suamiku yg myuruh.
Hari2 ku lalui dengan airmata, aku tidak lagi brbahas tentang itu, suamiku pula mkin lama mkin jarang pulang dan mghubungi kami.
Hanya wang jadi penganti dirinya. kalau brtelefon pun dia hnya bercakap dan bertanya anak2. genap usia kandunganku 5 bulan, doktor memberitahu yang kandungan ku bermasalah.
Anak dalam perutku tidak mbesar, kemungkinan dari diriku.
Aku trlalu stress, masalah emosi yang tidak dpat ku kawal memberikan kesan negatif pada kandungan ku. Kadang2 perut ku sakit2 tetapi aku abaikan. ketika itu bulan puasa,aku sibuk mgurus anak2.
Membeli pakaian, berjalan dari 1 kedai ke 1 kedai..anak yg sulung berusia 10 tahun, kedua berusia 8 tahun, ketiga 6 tahun dan no 4 berusia 4 tahun.
Aku seorang saja yang urus. Suami cuma tahu kirim wang. wang. wang. dia sogokkn kami dengan wang.
Waktu itu, aku sudah dapat beli barang2 kemas. Beli apa saja yg aku mau. mungkin itu saja caranya untuk tutup rasa bersalahnya.
Aku tak kisah. Suamiku memang sudah tawar hati padaku. Cintanya sdh beralih pada janda tu. 5 hari sebelum raya, aku mengalami pndarahan.
Anak dalam kandungan ku meninggal dalam perut. Waktu aku di hospital, baru suamiku datang.
Sebelum ni dia nak balik pada malam raya dan raya kedua akan blik semula ke bandar. Sibuk katanya.
Keluargaku tidak bnyk soal dan mereka tidak tahu pergolakan dlm rumahtanggaku. Suami bijak menyembunyikan kesalahan nya. berteman airmata lagi aku mgenang anakku yang sdh tidak ada.
Dan hari rayaku hanya duduk berpantang di rumah. Suami Membawa anak2 ke rumah keluarganya. Hanya aku di rumah ditemani oleh mak.
Raya ke2 pula dia trgesa2 balik ke bandar. selepas habis cuti raya, dalam keadaan masih berpantang, aku kembali mgurus anak2. mak ada juga membantu tetapi apalah sangat kudrat org tua tu.
Mak menghidap sakit jantung. Tidak boleh bekerja sangat. Boleh sesak nafas dan genap 3 minngu aku berpantang.
Suami mghubungi ku untuk mberitahu yang dia akan bernikah esok nya perasaan ku ketika itu terlalu sakit untuk kugambarkan.
Airmata saja yang keluar, tidak ada sepatah ayat pun yang dapat aku ucapkn. Suami seolah2 tidak ada belas kasihan padaku.
Tidak dia sedar yang aku masih dalam kesakitan luar dan dalam. Dia cuma fikirkan tentang dirinya dan nafsu nya sahaja. Hbis saja suami bercakap.
Aku di bilik atas, sengaja aku jauh dari mak supaya mak tidak mendengar perbualan kami nanti mak terkejut pula.
Ketika kaki ku menginjak anak tangga prtama badanku rasa ringan sangat dan tanpa ku sedar, aku trjatuh brguling di 12 anak tangga.
Tiada sudah rasa sakit aku rasa, aku cuma terdengar jeritan mak dan anak2 ku. Aku cuba bangun tetapi rasa perit di celah paha rupa2nya darah bnyk kuar.
Mak cuba call ayah. ayah ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan. sekali lagi aku dihantar ke hospital.
Kali ini mak berada di katil sebelah ku di wad kecemasan kerana sesak nafas. Mungkin terkejut mak dipasang kan oksigen tapi mata mak masih trarah ke arah ku. Aku
Rasa lemah sangat. esoknya bila aku sedar, mak ada disebelahku syukurlah mak dah stabil tapi suami ku tetap tidak muncul kan diri setelah di call.
Maklumlah lah hari itu dia akan disatukn dengan cinta hatinya.
Majlis mereka di ada kan di sebuah hotel di bandar. Hebatkan cinta mereka. mungkin orang akan ingat kisahku seperti sebuah drama.
Tetapi memang inilah jalan ceritaku. aku berusaha jadi isteri dan ibu kepada anak2 ku. walaupun aku tidak dipandang dan dihargai oleh lelaki bernama suami.
Aku tidak diceraikn oleh suami ku kerana alasannya masih sayangkan aku. Tang mn sayangnya aku pun tak tahu.
Biarlah. Tak sayang pun tak mengapa asal tanggung jawab nya pada aku dan anak2 masih ada.
Masa untuk kami memang kurang tapi tidakk menjadi hal sebab anak2 pun macam tidak kisah sangat kehadiran ayah mereka..mgkin sdh biasa brtahun2 jarang jumpa.
Itu kisah ku 10 tahun yang lalu. Anak2 dah mbesar tapi rumah yang dijanjikan belum lagi ada. nilai projek suami sudah bertambah.
Aku masih tinggal brsama mak. Ayah suda mninggal dunia. Tugas ku pula menjaga mak yang sakit.
Suamiku masih tetap berbahagia dengan isteri keduanya. Sudah 5 tahun berkahwin Tetapi mereka blum dikurniakan anak.
Mungkin sebab tulah kali dia bercerai dengan suaminya yang prtama. dan yg paling menyakitkan hatiku. suami dalam diam mbelikn perempuan tu banglo mewah lengkap serba serbi berserta oramg gaji.
Semua duit2 claim dimasukkn kedalam akaun isteri barunya. Sedangkn aku dan anak² tidak ada simpnn tetap.
Maknanya wang projek kepunyaan isteri barunya. dia saja yg berhak mengeluarkan duit.
Patutlah honeymoon smpai ke korea, vietnam dan melancong kemana2 sedangkan aku dan anak2 hanya duduk dikampumg walaupn cuti sekolah.
Dia sedaya upaya meyembunyikn hal itu tp kuasa Allah, sekelip mata perkara itu sampai ke pengetahuan ku.
Sekali lagi kami bergaduh besar dan kali ini suami langsung tidak balik dan mghubungi kami.. biarlah.
Aku berserah pada Allah. Hari ini,xmereka bergembira esok pula siapa yamg tahu.
Mungkin giliran aku dan anak2 pla yang bergembira.