Semasa

“Tolong berhenti makan sis..”- Almy Nadia Tidak Kecil Hati Kena Body Shaming Dengan Follower.

Bagi pengikut Datin Almy Nadia, mereka sedia maklum bahawa aktres itu sering membuat pelbagai reviu produk di media sosial miliknya sebagai salah satu cara untuk meraih pendapatan.

Namun begitu, terdapat seorang individu seperti kurang senang dengan bertindak melakukan ‘body shaming’ serta menghina fizikal pelakon berusia 36 tahun itu.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Almy berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan komen individu tersebut meminta dia berhenti menikmati makanan yang dipromosikan.

Malah, salah satu komen turut mempersoalkan mengapa pelakon filem Dunia Baru The Movie itu mempromosikan produk mengurangkan berat badan sedangkan dia sendiri mempunyai badan berisi.